DI ANTARA SEBAB JIWA KITA TIDAK TENANG




Firman ALLAH: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)


Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya ALLAH Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.


Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada ALLAH. InsyaALLAH ketidaktenangan akan hilang.

[sumber:FB]

kaji diri sendiri
selami hati nurani
dan lakukan perubahan sekarang....



GEMPAR !!! GAMBAR MALAIKAT??





GAMBAR MALAIKAT?? - Jangan terburu2.. sekadar berkongsi dan meminta pendapat sahabat2 semua...

Wallahua’alam……. Salam,

Gambar ini diceritakan sendiri oleh jurugambar yang mengambil gambar ini.

Dia ditugaskan oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang menunaikan rukun islam pada disember 2008.

Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera.

Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat. Bila dilihat semula gambar ini, jurukamera baru perasan terdapat “bubble” di dalam gambar berikut.

Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt..

Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana .

Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit..

Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja.

kesimpulannya. …. setiap satu “bubble” itu mewakili satu nama malaikat.

Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt……

Mungkin ada yang ingin sampaikan pada semua umat Nabi Muhammad saw pada ketika ini…

Wallahualam...

Subhanallah......

[sumber]



NIAT BAGUS DAH TAPI.......DUGAAN PEROKOK..





FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, meletup dalam mulutnya disebabkan kerosakan bateri.

“Bateri rokok elektronik itu melayang ke dalam almari menyebabkan kebakaran,” kata ketua Jabatan Bomba Teluk Utara, Joseph Parker.

Laman Facebook mendedahkan lelaki itu sebagai Tom Holloway, 57. Holloway berada di pejabat ketika alat itu meletup, menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan peralatan pejabat terbakar.

Bekas bateri yang ditemui di atas permaidani yang cair sebesar cerut. Penyiasat tidak tahu jenama rokok berkenaan, jenis bateri atau usia peralatan itu, kata Parker.


Baterinya boleh dicas semula kerana tempat mengecas dan bateri lain ada dalam bilik itu, katanya. Parker juga mengakui itulah kali pertama mendengar kejadian seumpama itu.

Sementara itu, pengasas bersama ‘Tobacco Vapor Electronic Cigarette Association’, Thomas Kiklas, berkata industri itu tidak mengetahui ada sebarang masalah dengan rokok elektronik atau bateri meletup.

Kiklas berkata, rokok plastik termasuk bateri kecil dan katrij. Bateri bertujuan menjadi cas elektrik apabila alat itu disedut. Set mengecas melepaskan wap dalam tiub rokok. Bauan yang dipenuhi nikotin itu memberikan rasa dan pengalaman merokok tanpa asap.

Kiklas memetik laporan persekutuan yang mendapati 2.5 juta rakyat Amerika menggunakan rokok elektronik tahun lalu.

“Berbilion orang menghisap rokok ini dan kami tidak pernah mendengar kejadian seperti ini sebelum ini,” katanya.

Industri tidak mendakwa rokok elektronik membolehkan perokok mengikis tabiat itu, cuma ia adalah alternatif lebih sihat berbanding rokok biasa kerana kurang kimia.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi amaran mengenai rokok berkenaan dalam laman webnya Oktober lalu dan berkata ia boleh menyebabkan ketagihan, mungkin mengandungi kimia bahaya seperti nikotin dan menyebabkan kanak-kanak mencuba produk tembakau lain. – AP

sumber

kesian mamat ni...niat da bagus dah tapi....dugaan pulak dia dapat...
aku baru tahu ada rokok macam ni...slow betul aku ni..hhuhu

apa-apa pun...katakan TAK NAK pada ROKOK k...




SERIUS !!! - IKLAN PALING COOL DAN KREATIF PERNAH AKU TENGOK














apa macam...kool tak???kreatif betul dorang ni..aduiiiyaiii...
kalau la boleh letak satu kat rumah kan best...huhu



WOW !!! 15 MINIT SEHARI UNTUK 5 KELEBIHAN





cukup mudah...satu Perkara Dilakukan Mendapat 5 Kelebihan....

apakah dia???

sebelum kita mengetahui apakah perkara tersebut..

kita baca 5 kelebihan ini dahulu ok..

nak tau tak apa 5 kelebihan tu??

ok..diantara 5 kelebihan tu adalah ..........................

1: Wajah yang cantik
2: Rezeki yang melimpah ruah
3: Kesihatan yang baik
4: Anak yang soleh dan solehah
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang saja untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari...


Kata Nabi Muhammad S.A.W:

Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan
siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan
barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan
siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan
barang siapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

so..terpulang lah kepada kita..mahukan 5 kelebihan ini ataupun tidak..jika mahu..maka solat lah..
tapi ianya akan lebih sempurna dan lebih banyak kelebihan sekiranya kita menunaikan solat itu semata-mata kerana ALLAH..

p/s : dah tau kena la buat..jangan tunda2 lagi..:)

[SUMBER]



KaLau sUKe BoLeh LIKE...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri BusuK