SAMPAI BILA




sampai bila..

diantara kita...
aku kah yg bersalah..
hingga kan ko pergi..
tanpa kata-kata..
mungkinkah cara ku..
melukakan hati mu..
maafkan lah daku..
oh.... sayangku

kemanakah...
janji mu itu..
yang ko ingin... bersama....
dimanakah....
kasih sayang mu itu..
yang sedang dilema rindu..

ooo..

sampai bilakah.. aku harus menanti
sampai bilakah.. aku harus menangis
sampai bilakah.. aku harus menanti dirimu
sampai bilakah.. cinta kita begini

ku mengharapkan..
kepulangan mu..
kemanakah arah cinta mu itu
yang telah kita.. bina bersama
untuk kita berdua
kembalilah wahai oh sayangku
ku kirim kan doa dan restu
kembali la sayang pada janji mu
bila kita berjumpa.....
artis: Lela



5 SEN UNTUK ROKOK




harga rokok sebenar hanya 5sen je..

Assalamualaikum semua..

wahai perokok, anda jangan terkejut pulak dengan entri ini..entri ini cerita tentang anda..

ya memang benar..rokok hanya 5 sen sahaja.. tapi bukan sekotak..tapi 5sen untuk sebatang..sungguh murah bukan..

la tak percaya ke??dan masih tak percaya???

jom kita kira sama2...

dengan membayar 50sen untuk sebatang rokok anda telah membelanjakan;

  • 24sen untuk cukai hasil tembakau,
  • 14sen untuk keuntungan pengilang rokok,
  • 5sen untuk peruncit,
  • 1sen untuk keuntungan pemborong / pengedar rokok dan
  • 1sen untuk dinikmati penanam / pengawit tembakau..

so nilai sebenar sebatang rokok hanya 5sen je kan wahai perokok..betul tak MK kira ni??

5sen je harga rokok sebenarnya..rugi tak rugi tak..

tapi anda akan bertambah rugi bila anda menghisap sebatang rokok..eh bukan rugi la..tapi anda telah mendapat hadiah dari sebatang rokok yang anda hisap tu..hadiah nya;

  • 20 kali lebih risiko kanser paru-paru
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2 kali lebih berisiko serangan strok dan
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok

tapi yang paling penting sekali anda telah menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda..

anda sayang mereka anda patot berhenti..MK percaya anda mampu berhenti demi orang tersayang....




BUSY LA SANGAT.......




Assalamualaikum semua...

huh!!!...orang lain pun busy jugak la..bukan ko sorang je yang busy..banyak betul alasan ko ek..tak nak update cakap la tak nak update kan senang..

betul la..MK dalam dilema ni..dilema dimana semua orang sudah merasai nya..iaitu keadaan dimana kita akan menjadi terlalu busy..tu yang MK tak dapat nak update belog ni...

mm lama jugak la kan..rindu pun ada jugak tau..tapi nak buat macam mana..=(..biarlah hati ini yang menanggung segala kerinduan itu..huhu..ayat ni tak boleh blah la MK oi...

orang lain pun busy jugak MK oi..boleh je update belog dorang..

mmmm betul jugak kan..tapi dorang semua ada internet dihujung jari..

tapi MK kat hujung jari ada kuku je..macam mana nak update..sedih kan..huhu..

sebab tu la kalau dorang busy dorang boleh update belog dorang..semua nya disebabkan hujung jari dorang ada internet..hehehe

ok lah..tak nak la cerita sedih2 kat sini....

setiap orang ada masalah masing2..dan jangan ingat masalah kita ni adalah masalah paling besar diantara masalah orang lain..dan orang yang paling berani adalah orang yang menghadapi masalah mereka tanpa merosakkan masa depan diri sendiri..fikirkan la....

sekian...

terima kasih kerana sudi membaca...=)








SERANGAN YANG BOLEH MEMBANGKITKAN KEMARAHAN SEJAGAT




Assalamualaikum semua..

inila isu kita hari ni..isu serangan..


serangan mulut..serangan seksual..serangan perompak..serangan dari along..tapi entri ni tak de kaitan pun dengan serangan yang aku cakap kan tadi..ini bukan isu politik ek..ini isu peribadi..nak tahu apa dia...



KITA berasal dari SETITIS air MANI TAPI.........




apa nak jadi ni........

Kesiannya KITA ni BERASAL dari SETITIS air MANI tapi BELAGAK pada TUHAN bukan main LAGI,

Disuruh BUAT kita tak BUAT,di suruh TINGGAL kita BUAT memang MANUSIA selalu TAK sedar DIRI,

TAUBAT memang JARANG sekali tapi DOSA tiap SAAT dan tiap HARI memang MANUSIA selalu RUGI,

WAHAI manusia YANG tak sedar sedarkan DIRI jangan BIAR mati datang MUNCULKAN diri baru KALIAN ingat ILAHI..ALLAH

p/s: peringatan sebelum tido supaya aku akan berubah pada esok hari..amin...



6% DITANGGUHKAN BUKAN DIBATALKAN




huh! kecoh sekarang ni pasal 6% cukai yang akan di kenakan terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini..Ha?? khamis ni..adui naik lagi la kos hidup aku ni..baru nak jimat sikit duit ni..nak simpan untuk masa depan aku nanti..tapi semua nya bakal berubah la pulak..hmmm!!

tadi aku terbaca tentang telco berbincang dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tentang cukai 6% ni..katanya nak ditangguhkan..betul ke??ke ayat manis je tu..

"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu..

[sumber]

tapi..........................

fikir-fikir balik..benda ni hanya ditangguhkan je..bukan nya dibatalkan terus..aduiyai..sama je kot..apa bezanya diteruskan dengan ditangguhkan...kalau ditangguhkan lambat laun nanti kena bayar jugak 6% cukai tu kan..kalau dibatalkan baru la aku seronok..huhu..



HARI-HARI KITA SEBUT DEWA MEREKA




jangan sangka pisang tak boleh berbuah dua kali...jangan fikir kita duduk didunia ni seorang diri...tak percaya ke??kalau tak percaya tak pe..sebab tak da kaitan entry MK kali ni dengan semua benda tu..hehe..sedar dalam tak sedar - percaya ataupun tidak - hari-hari kita sebut dewa mereka..ha yang ni baru ada kaitan dengan entry MK kali ni tau..minda khayalan sedang berkhayal ke??memang sedang berkhayal pun masa buat entry ni..tapi ingat bukan berkhayal kosang tau..hehehe..

berbalik kita pada tajuk entry yang begitu panjang dan yang paling panjang di kalangan terpanjang..huh! berbelit lidah..sedar tak yang kita sedang di bentuk dengan dakyah-dakyah memuja tuhan-tuhan berhala yahudi dan nasrani dalam keadaan yang paling halus dan menghaluskan..perkara ini berlaku seawal kita berumur 4 tahun lagi..mmm lama tu kan..nak tahu apa dia...mm nanti la dulu..belum habis lagi ni intro dia..hehehe..

semua ini ada kaitan dengan Bahasa Inggeris..kenapa dengan bahasa inggeris ni..bagi yang da tahu kena baca jugak..yang mana tak tahu lagi pun kena baca jugak..semat kan la budaya membaca dalam diri kita ek..hehe..ok sebelum MK berkhayal lebih panjang baik kita teruskan dengan tajuk utama entry ni....di sebalik pengertian bulan dan hari Masehi..

Pengertian Bulan-Bulan Masehi
  1. Januari - berasal dari perkataan Janus, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat kebelakang.
  2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu Februo yang bermaksud kesucian. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
  3. Mac - berasal dari perkataan Mars, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
  4. April - berasal dari bahasa latin iaitu Aperto yang bererti terbuka atau berkembang. Dalam bulan ini biasanya bunga- bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon menggelar bulan ini sebagai Easter kerana menghormati tuhan musim panas (summer).
  5. Mei - berasal dari perkataan Maia iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama Atlas.
  6. Jun - berasal dari perkataan Juno, salah satu tuhan orang Romawi.
  7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah Julius Caesar yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
  8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu Caeser Augustus bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama Sextilitis (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
  9. September - berasal dari perkataan Septem yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
  10. Oktober - berasal dari perkataan Octo yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
  11. November - berasal dari bahasa latin iaitu Novem yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
  12. Disember - berasal dari bahasa latin Decem yang bererti sepuluh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang keduabelas.
Nama Asal Hari-Hari Masehi
  1. Sunday - berasal dari perkataan Suns Day ertinya matahari.
  2. Monday - berasal dari perkataan Moons Day bererti hari bulan.
  3. Tuesday - berasal dari perkataan Day of Tyr sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama Tyr.
  4. Wednesday - berasal dari perkataan Woden nama salah satu dewa suci Rom.
  5. Thursday - berasal dari perkataan Day of Thor sempena nama dewa Rom iaitu Thor yang bermakna Dewa Halilintar.
  6. Friday - berasal dari perkataan Day of Freya iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama Freya.
  7. Saturday - berasal dari perkataan Saturnus yang bererti bintang Saturnus mengikut kepercayaan orang Romawi.
ha apa perasaan korang lepas baca benda ni...MARAH, BENCI, SUKA, ataupun GEMBIRA..takpe tak perlu jawab pun..yang penting korang da baca entry yang cukup berguna ni pun da cukup bagus tau..tapi BERGUNA ke??.ha yang ni pun korang tak perlu jawab ek..hehehe...

rupanya dorang telah merancang segala perbuatan dan perilaku dorang dari awal lagi tanpa kita sedari..patot la bahasa inggeris menjadi bahasa pengantar dunia...dan patot la mereka menjajah setiap pelusuk negeri..rupa nya ada makna tersirat yang paling halus dan menkhayalkan...patot la kita semakin hari semakin lalai..huhu..tapi tak pe..disebabkan islam adalah agama yang paling sempurna maka kita boleh mengatasinya..TAPI kita harus menjaga satu perkara iaitu SOLAT..solat adalah tiang agama..itu yang paling penting..sempurna solat seseorang maka akan sempurna la kehidupan dia..ha MK da solat ke...mmmm ok2...MK pegi solat dulu...salam



SIAPA DALANG 9/11 ??




Assalamualaikum semua..

9/11...10 tahun selepas bencana yang berlaku ke atas WTC..bukan nya aku nak sambut 9/11 ni..tapi selepas 10 tahun ia masih tiada punca dan tiada penyelesaian sehingga kini..siapa yang menjadi mangsa?? Amerika atau Saudara seISLAM kita..kita lihat, kita dengar dan kita fikirkan..

apa yang aku fikirkan 9/11 ini adalah satu pelaburan untuk merosakkan agama islam oleh amerika dan konco2nya..mereka hanya memerlukan 3ribu sebagai modal tapi mendapat keuntungan hampir sejuta..bahkan lebih dari sejuta..


itu dalam bahasa bisness..tapi dalam bahasa kebenaran mereka menggunakan 3ribu rakyat sendiri untuk membunuh sejuta rakyat atau umat islam..bahkan lebih banyak dari itu..begitu banyak umat islam yang telah mereka hapuskan..mereka sebenarnya adalah pengganas dunia..sebab mereka menggunakan manusia sebagai wang pelaburan untuk menghapuskan umat islam..

tapi kita hanya dapat melihat dan mengiyakan saja kehendak mereka..terdapat banyak teori konspirasi mengenai 9/11..kenapa ada teori macam ni..sebab cerita sebenarnya masih tersembunyi dan masih dilindungi oleh mereka yang begitu licik..siapa lagi yang licik kalau BUKAN YAHUDI kan..


teori yang terkenal mengenai 9/11

  1. Bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dimusnahkan secara terkawal menggunakan peledak kerana ia runtuh terlalu cepat dan secara teratur walaupun hanya tingkat atas itu yang terbakar
  2. tiada pesawat melanggar Pentagon sebaliknya sebahagian bangunan Jabatan Pertahanan AS itu dimusnahkan menggunakan peluru berpandu. Ini kerana tidak mungkin juruterbang amatur boleh melakukan pergerakan sukar untuk melanggar Pentagon, 78 minit selepas pesawat pertama melanggar WTC dan tiada sebarang kesan pesawat ditemui di Pentagon.
  3. Pesawat yang terhempas di Pennsylvania ditembak jatuh oleh peluru berpandu kerana kawasan nahas terlalu kecil dan tiada serpihan pesawat dapat dilihat.
  4. Bangunan 7 di WTC dimusnahkan melalui pengeboman terkawal kerana pencakar langit yang tidak dilanggar pesawat itu runtuh dengan cepat dan teratur.
  5. kapal terbang melanggar WTC dikawal menggunakan alat kawalan jauh.
  6. wujud perdagangan dalaman bagi saham syarikat penerbangan United Airlines dan America Airlines hanya beberapa hari sebelum 11 september membuktikan wujud pengetahuan mengenai rancangan serangan itu
  7. 4000 pekerja YAHUDI tidak hadir ke pejabat mereka di WTC semasa hari serangan
sumber:sinar harian

yang aku tak boleh blah yang no 7 tu..tak logik langsung..tak kan 4000 orang mintak MC dalam satu hari pulak kan..so kat sini dalang 9/11 adalah YAHUDI..muktamad!!!..





PTPTN MASUK??PASAL APA PULAK NI..




ting tong..ting tong..




New Message...



RM0.30 CREDIT RM*****.00 to account no. **** on 9/9/2011 00:00:00. Your **** balance is RM*****.14. Bank Islam


pagi semalam aku terima benda ni..tapi bukan dekat blog ni..dekat dalam handfone aku..hehehe.. terkejut jugak aku..aku da habis belajar dia bagi lagi duit..biar betul ni..huhu.. tapi aku tak cepat melatah..aku kan profesional..*profesional la sangat..huhu

dengan secara profesional nya..aku pergi cari kontrak yang ptptn buat dengan aku...tapi bukan aku yang buat kontrak dengan ptptn tau..jangan tak percaya pulak..hehe.. sebab cerita aku semua fakta yang dikhayalkan..hehehe..

tapi ni aku nak cerita serius sikit..cari punya cari..akhirnya aku jumpa jugak kontrak tu..aku pun mula la buat kajian tentang kontrak tu..lebih kurang macam CSi la..hampir satu jam.. *ni aku tipu..tak sampai sejam pun.. 

rupa2nya dalam kontrak tu aku letak tarikh aku tamat belajar Disember 2011..tapi aku tamat July 2011..memang patot la pun dia masuk kan lagi dalam akaun aku ni..

nak buat macam mana kan..rezeki time aku tak de duit la ni..aku bersyukur kepada Allah...Alhamdulillah..

ni lah ganjaran berbuat baik kepada orang.. sebab sehari sebelum tu aku ada buat header flash untuk Kotak Bulat a.k.a KB.. tapi biasa2 je flash dia.. takde la gempak2 sangat..nanti kalau aku buat gempak2 korang tak percaya lak aku yang buat kan..hehehe.. *poyo betul mamat ni kan


mungkin ada yang dah tengok header tu.. maklum la KB kan popular.. baca entri dia sikit mesti korang da terus LIKE page dia kan.. *macam aku buat jugak..hehe....

p/s: nak buat pe ek dengan duit ni..lalalala..




MAKANAN PALING LAZAT DIDUNIA | BIAR BETUL NI?




Assalamualaikum semua...

pagi ni hujan tak menjadi..terpaksa la aku bangun awal..nak tahu sebab apa aku bangun awal pagi2 cuti ni..cer teka..cer teka..

mmm diam je..tak dapat teka la tu kan..mmmm tak pe la...biar aku jawab..huhu..aku kan seorang pemuda yang rajin..hehehe..aku kena pergi pasar la..*rajin la sangat..da kena bising baru la nak pergi..huhu..memang pun da kena bising baru pergi..bukan apa baru meriah kan bising2 macam tu..hehehe..

tapi aku tak pergi kesorangan..aku pergi dengan awek aku yang telah menjaga segala makan dan minum aku selama aku hidup di dunia ini..huhu..*ayat skema beb....best wooo dapat awek macam ni...

ok..aku da melalut sikit dari entri ni..*bukan pe nak cerita sikit tentang kerajinan aku ni je..hehehe..kita kembali pada tajuk entri ni..ha yang ini aku kurang percaya sikit..sikit pun aku tak percaya..tapi aku terpaksa dan kena percaya jugak..sebab ini world punya..


korang nak tahu tak makanan paling sedap didunia apa???..KFC..mmm bukan..PIZZA..mmmm bukan..McD..mmm pun bukan...tak percaya kan???

dari apa yang aku baca harini kat sinar harian..MAKANAN PALING SEDAP DI DUNIA jatuh kepada....jeng jeng jeng..

makanan ni di pagi syawal memang glamour..silap besar la kalau tak de kan...nak tahu tak pe dia...ha ni dia...

RENDANG

kalau tak percaya korang baca berita kat bawah ni....

GEORGIA - Makanan paling sedap di dunia? Tentunya makanan yang baru sahaja kita nikmati semasa hari pertama Syawal tempoh hari, iaitu RENDANG.

Masakan tradisional kaum Melayu di Malaysia itu mengungguli senarai 50 Makanan Paling Sedap di Dunia yang diterbitkan agensi berita antarabangsa, CNN.

Lebih 35,000 undian diterima dalam tinjauan CNN selama dua bulan di laman sesawang Facebook yang berakhir, bulan ini.

Makanan lain termasuk asam laksa Pulau Pinang, sate, dan nasi goreng turut tersenarai dalam undian itu .

Selain itu, makanan Barat seperti burger keju, coklat dan ais krim juga dipilih sebagai antara makanan paling lazat di dunia tetapi apa yang paling membanggakan adalah, kesemua 10 makanan teratas dalam senarai itu datang dari negara Asia.

ha da percaya kan..hehehe..nak tahu sebab apa aku bold kan yang "selama dua bulan" tu..sebab nya dalam dua bulan tu jatuh nya bulan Ramadhan dan Syawal..mesti lah rendang menjadi pilihan pengundi kan..hehehe..tapi itu aku tak nak amik kesah..sebab Rendang memang sedap...lagi2 RENDANG KERANG..sedap wei...makkkk...nak rendang kerang harini boleh tak????.....



[VIDEO] LELAKI INI PEGANG 1000 DADA WANITA




laju je korang bukak entri ni ek..hehe..

 
Bukan lelaki ni la....yang bawah ni..

huh!...banyak tu..gila la mamat ni..tapi yang perempuan ni lagi gila..yang tengok ni pun sama jugak gila..hehehe..ala2..jangan la sentap ek..hehe..gurau je la..huhu..

bagi yang tak tahan jangan tengok ok..yang kuat je boleh tengok..huhu..aku jumpa benda ni kat FB..tak de maknanya aku nak search benda2 macam ni..huhu..*baiknya aku..ni member aku letak link kat FB..huhu..

tapi korang jangan pulak nak try buat macam ni..memang nak kena la lau korang buat macam ni..jangan ikut budaya bodoh dorang ni ok..tengok je tapi jangan buat ok..huhu..




dah2 cukup tu..lebih2 la pulak korang ni kan..dah dapat betis nak peha pulak.hmmmmmm..kalau nak lagi korang tengok kat youtube..*adui..ajar dorang la pulak ni..hmmm..

mmmm macam2...rosak2...



200 RIBU BERCERAI DI MALAYSIA | AKU TAKUT NAK KAHWIN




Assalamualaikum semua...

tengok angka kat tajuk entri ni pun da cukup mengerunkan..bayangkan la banyak ni jugak arash Allah telah BERGEGAR..mana tak nya..ibarat kita telah meruntuhkan MASJID hampir 200 RIBU kali..huh!..banyak tuuuuuuuuuuuuu...

MK tahu.. MK tak layak nak sebut pasal kawin2 lagi ni..sebab MK pun belum kawin lagi..bujang tau..hehehe...tapi just nak share je la kan..sebab MK gerun la tengok angka yang begitu mengerunkan ni..mana silap nye ek???agak2 korang la kan...apa punca mereka ni bercerai ek..mmmmm??????

adakah hawa nafsu penyebab utama..??? ATAU adakah perkahwinan ini tidak mendapat restu dari ibu dan bapa?? ATAU mereka kahwin secara terburu-buru?? ATAU mana satu ek??


nak tahu berita selanjut nya disini...isu ni dikupas oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut......

SENAI – Faktor terlalu mengikut hawa nafsu menjadi penyumbang terbesar kepada punca penceraian kepada lebih 200,000 pasangan suami isteri Malaysia seperti yang dilaporkan di pejabat agama Islam seluruh negara kira-kira 10 tahun lalu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut memberitahu, perkahwinan pada masa kini berlaku dengan terlalu terburu-buru melalui proses perkenalan yang sangat singkat berbanding perkahwinan pada zaman dahulu.

"Kita lihat pasangan yang baru berkenalan dalam masa tiga atau empat bulan terlalu tergesa-gesa mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga tanpa meluangkan masa untuk betul-betul mengenali pasangan mereka.

"Tambahan pula, ibu bapa langsung tidak dilibatkan dalam mendapatkan restu perkahwinan mereka dengan alasan yang mahu berkahwin bukanlah ibu bapa tetapi diri mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Pada masa dahulu katanya, pasangan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk melalui proses merisik, bertunang dan berkenal-kenalan dengan lebih dekat.

"Sekurang-kurangnya mereka dapat mengenal :pasangan masing-masing dan ibu bapa juga dilibatkan dalam proses pra perkahwinan itu walaupun bakal mempelai itu bukanlah pilihan ibu bapa,” katanya.

Beliau memberitahu, pasangan yang akan berkahwin juga perlu prihatin terhadap persediaan untuk menempuh alam perkahwinan selain memikirkan tentang tanggungjawab dan peranan yang perlu mereka galas.

"Sekarang ini, ramai pasangan yang mahu berkahwin tetapi solat lima waktu pun tidak dikerjakan, jadi mana datangnya berkat dalam rumah tangga yang bakal dibina nanti.

"Ada juga yang tidak tahu untuk mengucap dua kalimah syahadah dan lebih memalukan lagi, ada juga yang belum berkhatan,” katanya.

Noh berkata, sepatutnya perkara yang berkaitan agama itu jangan terlalu diambil mudah kerana sekiranya ditinggalkan, ia akan mendatangkan banyak masalah.

ooo baru aku mengerti..rupa-rupa nya faktor NAFSU punca terbesar penCERAIan ek..betul gak kata Datuk Noh Gadut ni...baru kenal seminggu da percaya KAW2..sanggup mati bersama la konon nya..tak boleh blah..huhu..

alamak terasa la pulak aku ayat yang ni.."ramai pasangan yang mahu berkahwin tetapi solat lima waktu pun tidak dikerjakan"..huhu..diam kejap..

tapi yang ni aku paling risau.."tidak tahu untuk mengucap dua kalimah syahadah" dan yang ni "ada juga yang belum berkhatan"..

mmm fikir2 kan lah tapi jangan sampai stress..huhu...tata..=)

[sumber]



[ GAMBAR ] BOLA BOWLING YANG MENGGERUNKAN



















Aku Nak Trafik Percuma Daripada Jejaka Terhangat





aku jumpa event ni masa aku melawat kakkoii..event yang dibuat oleh JEJAKA TERHANGAT..

lepas tu hatiku tergerak nak join la pulak...aku pun join la..lama tak join benda macam ni..hehe..ni yang aku wat entri untuk join..korang nak join tak..jom la join...

orang yang berjaya adalah orang yang pandai merebut peluang..hehehe..

pandai sangat ke aku ni..lantak pi la kan...hehehe...jom join.....................



BERFIKIR LAH SEBELUM KITA BERHENTI BERFIKIR




Assalamualaikum semua...

selamat hari selasa semua...ape khabar..sihat??..jom minum petang nak??..amboi nak aje..huhu

ini bukan entri berpuisi..mahupun entri sastera..ini bukan entri untuk mengenakan orang mahupun mengutuk..tapi ini entri untuk berfikir sebelum kita berhenti berfikir..ha dalam maksud tu..anda mampu memahami nya..

jom kita berfikir......................

  • hormati lah mereka sebelum anda mahu mereka menghormati kita
  • maafkan lah mereka sebelum anda mahu mereka memaafkan kita
  • ziarah lah mereka sebelum anda mahu mereka menziarahi kita
  • berbuat baik lah dengan mereka sebelum anda mahu mereka berbuat baik kepada kita
dan
  • berfikir lah sebelum kita berhenti berfikir
dan yang last sekali....
  • follow lah mereka sebelum anda mahu mereka menFollow kita

alangkah bagus nya sekiranya kita begini...pasti kita akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni..InsyaAllah..

jangan lah kita terlampau mengharapkan mereka untuk mengenal kita tapi berusaha lah untuk mengenalkan diri kita kepada mereka..renungkan lah dan selamat berAMAL..



ORANG SEREMBAN BACA NI...




Gangguan bekalan air di Seremban esok dan Rabu

SEREMBAN - Beberapa kawasan di daerah Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama sembilan jam mulai pukul 9 malam esok (6 September).

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata, penutupan sementara bekalan air itu dilaksanakan bagi kerja sambungan 'tee' di Kampung Kondok.

Kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air itu ialah Kampung Kondok, Kampung Jerangkang, seluruh kawasan Jimah, Felda LBJ, Felda Sendayan, Eka Matahari, Kampung Pulau, Taman Gadong Jaya 1, Taman Gadong Jaya 2 dan Kampung Jijan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azlan berkata, bekalan air dijangka pulih pada pukul 6 pagi Rabu (7 Sept).

"Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.
- Bernama

[SUMBER]



AKU BUKAN BODOH OK




Assalamualaikum semua...

esok da stat keje kan..sapa yang da keje pergi keje esok ok..jangan nak mintak mc pulak esok..tak baik..itu da kira menipu..dosa..bila dah dosa rezeki jadi tak berkat..bila tak berkat faham2 la jadi apa pulak kan..tapi kalau betul2 boleh mc..tu tak pe..

bagi yang belajar tu..esok kelas macam biasa ek..jangan nak fikir yang cikgu or lecturer tak sampai lagi sebab balik kampung..jangan kata tiket bas da habis ke..bas da penuh ke..jalan jam ke..time balik kampung tak fikir pulak semua tu kan..hehee...

ala gurau je la..tak kan da sentap kot..dulu MK pun cam tu la..tapi yang first tu belum buat lagi..sebab tak keje lagi..tapi akan berbuat begitu kot nanti..huhu..eh tak boleh tak boleh.. dosa tu..nanti rezeki tak berkat le..huhu..

aku bukan bodoh...memang la..sapa nak megaku diri sendiri bodoh kan..kalau ada pun mesti orang tu memang bodoh kot..tak pun yang bodoh tu aku..aku bodoh..eh tak baik tau kate diri sendiri bodoh..buat nya cakap aku bodoh empat puluh empat kali..konfem aku boleh bodoh kan..ish tengok tu..jangan kata diri sendiri macam tu..tak baik..tak paham2 ek...

aku bukan bodoh la...aku pandai..serius aku pandai..ha kan elok kata diri kita macam tu..mana tahu lepas sebut aku pandai..aku betul2 boleh pandai kan..

mmm tapi tak mungkin kot..mana ada orang pandai yang hanya sebut aku pandai boleh jadi pandai..semua nya kena belajar la..tak de makna nya nak pandai dengan cara mudah..tak dapat le de..

so aku bukan bodoh ok...............

*ha bagus..jangan cakap aku bodoh lagi tau..sebab aku bukan bodoh..






KISAH MEON DAN ASRAMA MISTERI (2)




..............................................................................
KISAH MEON DAN ASRAMA MISTERI (1)
...............................................................................


selepas sebulan meon berada diasrama itu...maka bermula lah cerita yang tidak sedap didengar keluar dari mulut member meon.

"eh malam tadi kau ada dengar pape tak??"

"ha dengar ape pulak??"

"la ko tak de dengar ke??"

"yela..dengar apa??"..nada tinggi

"malam tadi aku dengar ada orang berjalan kat koridor la meon.."

"ha??yeke??sapa yang ko nampak tu??"

" ntah la..aku nampak macam budak2 ni je tapi dorang buat apa pulak jalan malam2 buta macam tu kan..jalan punya la slow..ulang-alik..ulang-alik..seram pulak aku tengok.."

menurut meon..katil member dia betul2 mengadap tingkap..konfem2 dia nampak dengan jelas benda tu mundar-mandir kan..di tambah pulak dengan keaadaan tingkap yang tidak berlangsuir eh berlangsir dan lampu koridor dipasang..

selepas hampir 15 minit mereka berborak tentang kejadian itu..mereka pun beredar untuk pergi makan petang di dewan makan..

.........................................................................................................................................................................................


pada malam yang sama..meon pulak diganggu...


"errr.. bunyi apa pulak tu."

"sapa pulak yang berborak kat belakang dorm tengah2 malam buta ni."bukan nak tegur..tapi da terdengarkan..

"aduiiii.."

jantung meon mula berdegup kencang mahu di siasat takut..mahu di tengok lagi la takut..buatnya aku pergi ternampak benda yang bukan2 masak aku..da la aku nampak sorang2..kalau dengan budak2 ni..tak pe la jugak kan..mmm baik aku dengar je la..fikir meon..

semakin difikir semakin laju degupan jantung si meon ni..mula la meon teringat cerita membernya siang tadi..

"adui time2 macam ni la dia nak teringat cerita siang tadi..huh!"

meon mengangkat sedikit kepala nya untuk melihat membernya..kot2 dia belum tido lagi..

"ish nak kejut si mat ke tak ek.."mat nama member meon

"mmm tak yah la..kesian pulak aku tengok si mat ni.."

bunyi orang berbual semakin kuat kedengaran..berderau darah si meon..berpeluh di buatnya..

"mmm tak boleh jadi ni.."

meon mula teringat kata2 emak nya..

"meon...ingat pesanan mak ni..jangan lupa baca 3 Qul dan ayat kursi sebelum kamu tido..jangan suke cakap celupar..dan yang paling penting sekali jangan sesekali tinggal solat ek.."


"Bismillahirahmanirahim"

meon pun mula membaca ayat kursi berulang kali..terkumat kamit mulut si meon membaca ayat kursi itu..

bunyi tadi semakin sayup2 kedengaran dan semakin hilang didalam kesunyian..bunyi-bunyian tadi digantikan pula dengan bunyi cengkerik..

pergerakkan mulut meon pun semakin perlahan dan terhenti..meon tertido dalam keadaan badannya hilang dek selimut yang membaluti sepenuhnya anggota badan si meon..

[bersambung]





[GAMBAR] 10 LUBANG DUNIA




Mirny Diamond Mine of Siberia



Great Blue Hole – Belize



Burning Gates of Turkmenistan



Kimberley Big Hole - South Africa



Bingham Canyon Mine – Utah



Glory Hole in Monticello Dam California



Diavik Diamond Mine – Canada



Guatemala Sinkhole



Chuquicamata Copper Mine – Chile



Udachnaya Pipe – Russia







INI DODOL..YANG INI WAJIK...




Assalamualaikum semua...

dah raya..mestilah cerita pasal raya kan..kate sambutan bermusim..tak kan la nak cerita raya tiga bulan lepas tu pulak kan..mesti da tak seronok nak baca lagi kan..huhu..

hari raya hari yang mulia..hari raya hari yang bahagia..hari raya hari yang penuh gelagat yang menyeronok kan..daripada atok dan nenek hingga lah ke anak dan cucu..masing2 ada cerita yang tersendiri kan..tu la yang paling menyeronok kan di hari raya..betul tak???

ayah.......yang ini apa yang warna hitam ni..

la ni pun tak tahu ke anak ku..ni la dodol sayang ku..

ha?? "dodol sayangku" pe ke pelik nama nya tu ayah..tak pernah dengar pun...

ish budak ni..bukan dodol sayangku..tapi DODOL...


ni la dia...

D.O.D.O.L


man....oh man....mari sini makan wajik..

ha?? wajik?? ape tu ayah.....

ala wajik ni lebih kurang macam pulut la man...mari sini makan sikit wajik ni...

mmm tak nak la ayah..man tak suke la..

ish belum rasa lagi da kate tak suke..apa la man ni..

tak nak la..man tak suke..........................

ish budak ni...


bagi yang masih tak kenal wajik...ni la wajik..

W.A.J.I.K..


ini kisah benar yang benar2 berlaku masa raya hari tu..huhu..tapi dah diubah sikit kisah nya..tapi isi nya tetap same..hehe..ada jugak budak zaman sekarang yang tak kenal lagi wajik dan dodol tu tau..nak tahu sebab pe??sebab nya kita selalu membeli dari membuat tu yang dorang tak kenal dah kan..hehe..ha jangan tak percaya pulak..hehehe..

nota khayalan : berapa rumah dah korang beraya ni..mesti da banyak kan..tapi bila nak datang sini..=)..




PERKARA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS RAYA




Assalamualaikum semua......

PUASA sudah..RAYA pun sudah....MERDEKA pun baru je sudah..KETUPAT RENDANG pun sudah disudahkan..yang tinggal hanya perkara yang belum sudah je..sudah2 la tu ek..

ini entri bukan pasal sudah..tapi nak cerita apa yang berlaku selepas raya..bukan cerita pasal anda semua..tapi cerita pasal kita semua..hehehe..jom layan...........

akan berlaku: banyak nye duit raya aku dapat..nak beli apa ek???

akan berlaku: adui.....sakitnye perut aku ni..da berapa kali dah aku layan toilet hari ni..adui....sakitnya..................

akan berlaku: cuti da tinggal satu hari je ni..malasnya nak keje...aduiyaiiii....

akan berlaku: huh! jalan jem la pulak..kenapa la dorang balik harini jugak..time aku nak balik la dorang nak balik kan...aduiyai....



akan berlaku: mat....harini da berapa hari bulan hijrah mat...mmm ntah la...aku tak ingat la...
aik masa bulan ramadhan ko boleh pulak ingat kan..ni tak ingat pulak..
ala tu aku ingat sebab aku nak kira berapa hari lagi nak dekat raya..ada paham..hehehe..
mmm macam2 la ko ni mat...pe la nak jadi..

akan berlaku: mak.......nasi ada tak????..*masa raya layan ketupat je kan..nasi pun dah tak hingat..huhu


ha.....berapa banyak duit raya yang korang dapat ni...uiiiiiiiii....banyak tu...nak sakit sikit???...



KaLau sUKe BoLeh LIKE...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri BusuK