SUNGAI PETANI – Seorang pelanggan melalui detik cemas apabila sebuah kafe siber di Taman Angsana, Sungai Petani, yang dikunjunginya disamun sekumpulan penyamun kira-kira jam 5 pagi, kelmarin.
Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia berasa takut selepas melihat kumpulan penyamun yang bersenjatakan parang menyerbu premis tersebut.
Selain mangsa, ketika itu seramai enam pengunjung lain dan seorang pekerja kedai berada dalam premis.
“Dua lelaki masuk terlebih dahulu dan acu parang. Mereka halau semua orang yang ada dalam kedai dan arah berkumpul di tandas.
“Telefon bimbit dirampas sebelum kami dikurung dalam tandas,” katanya.
Mangsa berkata, kemudian, sekumpulan lagi penjenayah datang dan mengangkut 40 unit komputer dalam 10 minit.
“Selepas saya berjaya keluar dari tandas, saya lihat mereka semua melarikan diri bersama barang rompakan dan ada dua van yang digunakan penyamun di tempat kejadian,” katanya.
Mangsa berkata, dia percaya pemilik pusat siber yang baru beroperasi kurang dari setahun itu kerugian mencecah RM150,000, termasuk RM800 wang tunai yang ada di kaunter, selain 40 unit komputer yang dilarikan penjenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada laporan dibuat berhubung kes tersebut.
Difahamkan, wayar yang menghubungkan rakaman litar tertutup (CCTV) dipotong, manakala wayar komputer juga diputuskan sebelum rompakan itu.[sumber]
0 | seDanG MakaN ToMYam
0 Comments
KaLau sUKe BoLeh LIKE...
Entri BusuK
ToMYam YanG SedaP MinGGu iNi
- BUDAK UMUR 7 DAN 9 TAHUN BUAT HUBUNGAN SEJENIS
- 10 CARA TIDUR YANG MELAMBANGKAN PERSONALITI SESEORANG
- [GAMBAR]: BILA MENYAMBUT HARI MERDEKA
- 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW
- BILA SI COMEL BUAT MUKA SERIUS
- KAU INGAT SEMUA ORANG KENAL KAU KE?? ADUii MALUNYA...
- SEMANGAT KEMERDEKAAN 2011
- WANITA BERSTATUS GURU DICEKUP BERKHALWAT
- DI ANTARA SEBAB JIWA KITA TIDAK TENANG
- KETAHUI 8 SIFAT LELAKI SEORANG PENYAYANG