Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

MODEN SANGAT KE AKU??








moden sangat ke aku?
kalau aku masih melihat kejayaan orang lain tapi aku masih seperti dulu

moden sangat ke aku?
kalau aku masih mengikut orang lain tanpa mengetahui apa yang aku ikutkan dari mereka

moden sangat ke aku?
kalau aku berpakaian tapi aku masih tidak menutup apa yang patot aku tutupkan

moden sangat ke aku?
kalau aku masih berperangai dengan perangai seperti golongan yang terdahulu

moden sangat ke aku?
kalau aku masih bertuankan nafsu untuk menentukan masa depan aku

moden sangat ke aku?
kalau aku mempunyai degree dan diploma tapi masih tidak mempunyai ilmu

moden sangat ke aku?
kalau aku mempunyai teknologi yang canggih tapi masih melupakan Al-quran dan Al-sunnah

oh..modennya aku..
tapi..............
apa itu moden?

M-mudah
O-otak
D-ditipu
E-ekoran
N-nafsu

ooooo...ini ke zaman moden???..

berfikirlah sementara kita masih boleh berfikir..
berpesanlah sementara kita boleh berpesan..
dan berkongsilah sementara kita boleh berkongsi..



SIAPA KATA TANDAS TAK BOLEH JADI SASARAN PENCURI..NI DIA BUKTINYA..







amik dia..berantai cukup ha...lau ko hebat sangat curi la kalau boleh..huhu..

agak2 la pun lau nak mencuri tu..harta awam pun ko nak balun..

buatnye time tu ko terdesak nak guna..baru ko tau penderitaan nya...

nak senang tapi menyusahkan orang lain..huh!!!






Jom!! hilangkan stress dengan LAWAK BOBOI dan OSBON





Assalamualaikum semua...

hakhakhakhak.....

aku tak boleh tengok la si budak gemuk comel ni...comel siot...da la gemuk..pas tu buat perangai macam tu..dengan kasut panda dia...i like...tak boleh blah...

OSBON pulak memang menjadi pulak minggu ni..terbaik la...lawak yang boleh buat muka aku jadi keras..naik kejang muka aku bila gelak..hakhakhak..

kalau korang tengah stress sekarang ni..tak kira la stress dengan keje ke..dengan asgnment ke..dengan exam ke..

aku rasa dengan tengok BOBOI dan OSBON ni segala stress korang boleh terubat kot..

jom gelak sakan dengan aksi lawak dorang ni...hakhakhak..

cinta muka bulu...lawa siot najwa latif versi HSB ni..hakhakhak...





yang OSBON pulak..love bite cap kaki..hakhakhak..





ha macam mana..dah hilang stress ke belum????



ENTRI KHAS UNTUK BLOGGER




entri terakhir aku untuk hari ini..

hayati lah lirik ini kerana ianya untuk kita...renung2kan lah..

kerana aku menulis bukan kerna nama...

BUKAN KERNA NAMA

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu




MACAM NI KE LARI TAK CUKUP TANAH??




macam ni ke lari tak cukup tanah??..

Assalamualaikum semua..

mesti korang pernah dengarkan pasal lari tak cukup tanah ni..tapi korang pernah tak melalui peristiwa macam ni..

kalau pernah cer cite cer cite..nak tau gak macam mana peristiwa macam tu boleh berlaku..

nak harap kan aku cerita memang tak la kan..sebab aku tak de cerita lari tak cukup tanah ni..huhu.kalau cerita pasal tomyam banyak la..hehe..

habis tu kenapa buat tajuk entri ni??..

ooo korang nak tahu la ni ek kenapa aku buat entri ni..

aku buat entri ni sebab aku rasa aku da jumpa da benda yang mengambarkan tajuk entri aku kali ni..hehe

aku jumpa benda ni pun secara tak sengaja..sebab aku kalau boring aku layan funny prank kat youtube..lepas tu aku gelak sorang2..layan beb!!

tapi ada satu video ni..aku tengok lepas tu aku terfikir..oo macam ni ke lari tak cukup tanah??..

akhirnya aku jumpa jugak orang yang lari tak cukup tanah ni..hehehe..lawak beb!!

jom layannnnnn......


ish bukan yang ni..tapi yang ni la..



hakhakhakhakhakhakhakhakhak...................................

hantu tomyam kata gelak boleh hilang kan stress..jom gelak..hakhakhakhakhakhak



SERANGAN YANG BOLEH MEMBANGKITKAN KEMARAHAN SEJAGAT




Assalamualaikum semua..

inila isu kita hari ni..isu serangan..


serangan mulut..serangan seksual..serangan perompak..serangan dari along..tapi entri ni tak de kaitan pun dengan serangan yang aku cakap kan tadi..ini bukan isu politik ek..ini isu peribadi..nak tahu apa dia...



KITA berasal dari SETITIS air MANI TAPI.........




apa nak jadi ni........

Kesiannya KITA ni BERASAL dari SETITIS air MANI tapi BELAGAK pada TUHAN bukan main LAGI,

Disuruh BUAT kita tak BUAT,di suruh TINGGAL kita BUAT memang MANUSIA selalu TAK sedar DIRI,

TAUBAT memang JARANG sekali tapi DOSA tiap SAAT dan tiap HARI memang MANUSIA selalu RUGI,

WAHAI manusia YANG tak sedar sedarkan DIRI jangan BIAR mati datang MUNCULKAN diri baru KALIAN ingat ILAHI..ALLAH

p/s: peringatan sebelum tido supaya aku akan berubah pada esok hari..amin...



BERFIKIR LAH SEBELUM KITA BERHENTI BERFIKIR




Assalamualaikum semua...

selamat hari selasa semua...ape khabar..sihat??..jom minum petang nak??..amboi nak aje..huhu

ini bukan entri berpuisi..mahupun entri sastera..ini bukan entri untuk mengenakan orang mahupun mengutuk..tapi ini entri untuk berfikir sebelum kita berhenti berfikir..ha dalam maksud tu..anda mampu memahami nya..

jom kita berfikir......................

  • hormati lah mereka sebelum anda mahu mereka menghormati kita
  • maafkan lah mereka sebelum anda mahu mereka memaafkan kita
  • ziarah lah mereka sebelum anda mahu mereka menziarahi kita
  • berbuat baik lah dengan mereka sebelum anda mahu mereka berbuat baik kepada kita
dan
  • berfikir lah sebelum kita berhenti berfikir
dan yang last sekali....
  • follow lah mereka sebelum anda mahu mereka menFollow kita

alangkah bagus nya sekiranya kita begini...pasti kita akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni..InsyaAllah..

jangan lah kita terlampau mengharapkan mereka untuk mengenal kita tapi berusaha lah untuk mengenalkan diri kita kepada mereka..renungkan lah dan selamat berAMAL..



AYAT-AYAT MENARIK DI LAMAN FACEBOOK




sampai2 tempat kursus terus on9..ingat kan MK da lambat rupenya belum stat lagi..bukak facebook tengok wall..macam2 yang keluar dari hati member MK ni..puisi di pagi jumaat yang mulia kan..hehe..ingat nak wat entry je pasal ni tadi..tapi tak sempat plak..baru nak post da start class..huhu..sekarang baru dapat post tau kesian kan....tapi takpe jom baca luahan hati dorang nak...................


Member 1

Lebih banyak dugaan,lebih cepat kte menjadi matang...
Semakin kerap kte diuji,semakin tingkat keimanan kte kpd Allah..
'jgn mengeluh,jgn ptus asa'!!

Member 2

jangan sesekali menyesal dengan apa yang kita hadapi.. cuba untuk hadapi segalanya dengan tabah!

Member 3

2 bulan lepas sy pernah terduduk, kecewa kerana salah seorang "internet guru" sy dari Ontario, Canada menghilangkan diri.. Habis income sy di Canada time tu.. pagi ni, beliau skype dgn sy, dan berikan harapan baru.. Rupanya, dia dlm masalah.. New Hope!

Member 4

Fikir, fahami n renungkan..

-WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik, TAPI wanita yang baik sudah tentu bertudung..
-BERTUDUNG x semestinya menutup AURAT, TAPI menutup AURAT semestinya akan bertudung..
-ORANG yang SOLAT belum tentu baik, TAPI orang yang baik tentu akan solat..
...-ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang, TAPI orang yang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa..

Member 5

Setiap perjuangan bagi mancapai maksud hidup itu memerlukan pengorbanan masa, tenaga, harta dan kehidupan..pengorbanan masa bermula dengan kurangnya keselesaan, hobi, hiburan dan masa tidur -----> perbanyakkan fikir ummat dan amalan taubat..

dan juga kata2 MK  ringkas dan padat..hehehe..

ku ingat kan lambat rupenye tak start lagi....huhu

nota khayalan: masing2 meluahkan perasaan tentang aku, dia dan mereka..



PERLU KE LETAK GAMBAR SEKSI-SEKSI KAT LAMAN SOSIAL??PERLU KOT..




Assalamualaikum semua....

minda khayalan nak berkhayal kejap boleh tak??da lama tak berkhyal tau..tapi bukan berkhayal kosong ek...huhu...

perlu ke letak gambar seksi2 dekat dalam laman sosial macam facebook, twitter, myspace tak pun tagged...bukan nak marah tapi nak tegur sikit je la...sempena bulan ramadhan yang mulia ni.....huhu....


perlu ke????tapi kenapa??sebab cantik??yeke??tapi tak kan sampai letak gambar seksi-seksi...

Biarlah...dah cantik kena la tunjuk...tak kan nak simpan pulak??tapi cantik sangat ke??ish mestilah cantik....

tengok ni...cantik kan??

mmm memang cantik tapi sakit mata lah...

Aik tengok benda cantik pun sakit mata jugak ke??

aah...sakit lah....silap hari bulan boleh rabun tau....

ha yeke???tak kan sampai macam tu pulak???tak logik la???

aik tak kan nak tunggu benda logik baru nak percaya pulak.....hoho..

ish mestilah....mmmmmm macam-macam...

tapi tak pe....ni ha ada benda logik sikit..bukan sikit tapi banyak..bukan banyak tapi penting..bukan penting tapi berguna..bukan berguna tapi nak berkongsi sikit, banyak dan berguna...


Kecantikan kita adalah rezeki kita..
seperti kita memperoleh rezeki..
adakah kita patot bersyukur atau menunjuk-nunjuk???

sudah tentu kita akan bersyukur bukaaaaaan..............

begitulah juga tentang hal nya kecantikkan..
ianya seperti rezeki yang di berikan oleh Allah kepada kita..

perlu ke kita menunjuk-nunjuk???atau perlu ke kita bersyukur???

menunjuk-nunjuk adalah sebahagian dari sifat syaitan....

dan.............

bersyukur pulak sebahagian dari sifat Rasulullah....

sesungguh nya Allah telah memberikan kita akal untuk berfikir..........
yang mana salah dan yang mana betul....
dan yang mana betul tapi tetap salah.....
dan yang mana betul tapi yang betul-betul benar...
dan yang benar adalah yang paling benar....

berfikir dan renungkan untuk sementara tapi berubah lah untuk selama-lama nya...amin...............






BELOG RINGAN VS INTERNET SLOW




Assalamualaikum semua...

ha harini MK nak share dengan korang pasal tajuk entry ni..ntah bila MK rajin nak buat benda ni pun MK tak tahu la...tiba-tiba je hati tergerak nak buat...tapi tak tahu benda ni fakta atau aota...tapi MK dah sedaya upaya nk buat entry ni supaya entry ni menjadi fakta..hehe..

ha benda ni MK terfikir bila MK tengok korang timbang2 berat belog korang...MK pun dengan gatal2 manja pun pegi la timbang jugak...tapi masa MK timbang berat ni..background belog MK bergerak bila kita scroll..dan result nye seperti ini...


pada keesokkan hari pulak...MK telah mengubah script background dari bergerak ke background static...dan MK pun pegi la ke tempat penimbang..kot2 boleh kurang kan berat kan..hehe...dan hasilnya......


dengan hasil yang ditunjukkan MK sarankan korang guna la background static untuk mengurangkan berat belog anda...lagi banyak background yang di repeat lagi berat la belog korang nanti...

tapi........................................

ni pulak pasal INTERNET SLOW..


ha nampak tak pic kat atas ni...belog ringan sama size dengan pic ke-2 tapi load time lama...mmm tu tanda internet korang memang slow jangan nak salah kan belog berat pulak..hehehe....sebab masa MK timbang berat belog ni internet MK dalam keadaan yang paling slow...huhu...so kalau korang nak dapat timbangan yang sempurna...tunggu internet korang stabil dulu tau...hehe..

nota khayalan : fakta ke aota ni???



AKU NAK JAWAB APA KALAU DORANG TANYA AKU MACAM NI???TOLONG!!!!!




Assalamualaikum semua....

da masuk hari ke-3 da kita berpuasa kan..kejap je..huhu..ok MK nak buat entry pendek je ni...ni entry pasal soal jawab...MK soal koang jawab ek..hehehe..tapi soalan ni bukan datang dari MK...datang dari member MK..non-malay...MK ada pergi kursus kat satu tempat ni..kursus 3 bulan tapi dapat bayaran...seronok tu..hehe..lepas habis kursus 3 bulan dapat keje lak...bertambah best la kan...hoho..

persoalan ni timbul selepas sesi borak2 dengan member MK ni.. dia seorang perempuan non-malay..borak punya borak punya borak punya borak..terkeluar la isu yang MK rasa MK terdiam kejap dan berfikir macam mana ek nak jawab...[berfikir]mmmmmmmmmmm..

dia cakap macam ni...
" orang melayu sekarang ni da tak nampak melayu dah kan...sebab dorang da ikut style barat...pakai baju seksi2..kadang2 i da tak tahu dorang ni melayu ke tak..kadang2 i tengok macam orang cina..mana tak nya pakai singlet dengan seluar pendek..pas tu speaking tapi english broken..gaya je lebih kan..."

ha lebih kurang macam tu la dia cakap..aduiiiiii..terasa jiwa raga bila dia cakap macam tu..huhu...MK terdiam jap tau lepas dia cakap macam tu...nak balas pun tak tahu nak cakap apa..sebab dia cakap benda betol la kan..kalau korang ada jawapan tolong MK ek..huhu...

orang di luar sana..jaga2 lah tingkah laku kita...jaga pemakaian kita...tak nak la dorang bercerita pasal kita macam ni...tak ke malu kan..mana budaya kemelayuan kita tu..cara pemakaian kita yang sopan dan santun tu..tak kan da hilang di telan zaman..

apa pun MK mintak maaf la sekiranya korang terasa ke..apa ke kan..daripada orang lain yang tegur... lagi malu kan..betol tak??..kalau tak betol MK mintak maaf ek...

nota khayalan : ingat!! orang lain sentiasa memerhatikan kita..apatah lagi Allah s.w.t



KAU INGAT SEMUA ORANG KENAL KAU KE?? ADUii MALUNYA...




Assalamualaikum semua....

da bersedia nak buka ke??ha dah??awal nye...hehehe..tapi kalau yang tinggal kat sabah or sarawak memang patot awal la kan...sebab dorang sahur awal...hehe..percaya tak MK kena sound cam ni "ko ingat semua orang kenal ko ke???" adui...sedih tau...MK tahu la MK ni tak terkenal mana pun...baru je nak belajar berblogging ni...apa benda widget pun MK tak tahu tau..ni kan nak jadi terkenal..memang jauh sekali...bukan sekali je..jauh berkali-kali..

itu pun kalau korang percaya la MK kena sound cam itu...bagi MK..MK tak percaya sebab MK ni baik orang nya...mana tak nya...ketuk telur ayam..telur ayam tak pecah...kan ke nama nya baik tu...hohohoho.. tapi entry ni bukan nya pasal MK pun...tak da kaitan..orang baik la kata kan...hehehe...ni cerita pasal PM Britain...nak tahu kisah nya...

ha ni kisah nya....tapi kena baca sikit la ek..lalalala...


TUSCANY, Itali - Seorang pelayan wanita berusia 27 tahun, Francesca Ariani (gambar kecil) meminta maaf kerana beliau membuat kenyataan biadab kepada Perdana Menteri Britain, David Cameron, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku semasa Cameron mengunjungi sebuah bar bersama isterinya, Samantha di sini baru-baru ini.

Perdana Menteri itu meminta pelayan berkenaan membawa minuman ke sebuah meja di luar kafe yang menjadi tempat duduk beliau dan isterinya.

Namun, Ariani menyatakan dia terlalu sibuk sebaliknya meninggalkan Cameron membuat pekerjaan menghantar minuman bersendirian.

Ariani berkata: "Saya berasa amat malu. Saya tidak mengetahui beliau ialah Perdana Menteri Britain.

"Saya amat kesal jika saya kelihatan biadab. Saya tidak berniat begitu."

Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa dia amat sibuk.

"Beliau (Cameron) meminta dua cawan cappucino dan secawan espresso dan menyatakan akan berada di meja di luar tetapi saya menyatakan beliau (Cameron) perlu membawanya bersendirian kerana saya berada di belakang bar," jelas Ariani.


Kejadian itu berlaku di luar bar Dolcenero di Montevarchi, Itali. - Agensi


ha itu la cerita nya....bagi MK tak da la biadap mana pun kan...betol tak????..ingat terkenal sangat kan PM Britain tu...rakyat eropah pun tak kenal dia...ini kan MK..konfem2 la tak kenal jugak kan..lalalala...
selamat berbuka....




GEMUK TAPI COMEL..RASA NAK PICIT2 JE TAU..




Assalamualaikum semua....

macam mana berbuka tadi??banyak tak makan...tapi jangan makan banyak2 tau....nafsu tu..cukup la sekadar makan sebelum kenyang ek...

ha entry ni bukan pasal MK kutuk orang gemuk ke...MK jumpa budak gemuk ke..pas tu MK picit2 dia....bukan2...tu semua MK tak da buat tau...bulan pose ni MK jaga tingkah laku sikit...tapi korang jangan fikir pulak MK buat baik masa bulan pose je tau...lalalala...

tapi ini ini cerita menarik..gemuk tapi comel...rasa nak picit2 je...tak caya??korang tengok ni.....



TRENTON, Amerika Syarikat (AS)
- Seekor kucing paling berat di dunia, Otto mengalami penurunan berat badan selepas ia dihantar ke sebuah hospital haiwan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berat badan asal haiwan itu ialah 16.4 kilogram (kg) tetapi ia berkurangan lebih 2.3kg.

Haiwan itu mempunyai berat badan 13.4kg semasa ia dipamerkan dalam satu program televisyen msnbc.com pada Khamis lalu yang berjudul Today.

Kucing itu dihantar oleh pemiliknya ke sebuah hospital haiwan di New Jersey pada Januari lalu untuk menjalani program diet selama enam bulan. - Agensi

ha macam mana.....da percaya tak...mesti korang nak picit2 je kucing tu kan....cuba korang bayang kan....macam mana la kucing tu nak jalan kan...hakhak...mesti jalan terkedek2...tak pun guna kerusi roda...mana tak nya...nak berdiri pun MK tengok macam tak berjaya je...hehehe..geram betul......mmm tak leh tengok lama2...nanti rasa nak picit2 pulak kucing ni...

pape pun...kucing GEMUK YANG PALING COMELpernah MK tengok...

korang macam mana pulak?????ish..... MK tanya pasal kucing ni..bukan pasal korang...perasan betul.....hohohoho...



DUDUK TERLALU LAMA BOLEH MEMBUNUH???




Assalamualaikum semua....

ha cuak tak bila baca entry ni..mesti cuakkan...benda ni kenyataan dan reality....harini berapa lama korang duduk sambil blogwalking ni...kalau duduk lebih dari 12 jam sehari hati2 la ek...kurang kan duduk je tau....bagi yang keje kat ofis..buat2 la bangun sikit..buat exercise sikit lepas sejam korang duduk tu...bagi darah korang jalan2 sikit...banyak pulak sikit nye kan...sikit lama2 jadi bukit..hehehe..ha korang tak percaya lagi...mari baca berita ni........



SHEFFIELD, Britain - Kegilaan seorang pemuda, Chris Staniforth bermain permainan video Xbox hingga 12 jam sehari menyebabkan nyawanya melayang apabila saluran darahnya tersumbat, lapor sebuah akhbar semalam.

Bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.

Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.

"Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu," kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth.

Menurut David, anak lelakinya itu mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum rebah baru-baru ini.

Lelaki berkenaan memberitahu, anaknya tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya atau komplikasi kesihatan sebelum ini.

ha ni la bukti dia...so sekarang korang da percaya kan...hehehe...jangan sangka duduk lama tak boleh menyebabkan darah beku tau...
ok la....MK nak pegi buat pergerakan badan jap....salam...

sumber : Kosmo



BILA KEBURUKAN MENGATASI KEBAIKAN




Assalamualaikum semua...

-sape makan cili dia terasa pedas...
-sape makan hati lu fikir la sendiri...

harini MK nak luah kan isi hati MK ni..ingat korang je ke yang ada isi dan hati..MK pun ada la...huhu...kalau simpan lama2 nanti boleh mendatangkan mudarat kepada MK dan juga orang sekeliling..kalau meletop bergegar belog MK ni...hehehe...so ni je cara paling selamat didunia...



ok di sebabkan hati hanya boleh berkata2 maka tangan la yang menjadi mangsa kali ini...so dengan bantuan tangan la hati MK dapat berkomunikasi dengan korang semua tau..huhu...

hari ni hati MK nak suruh cik tangan meluahkan apa yang cik hati tak puas hati...cik tangan da bersedia ke??kalau sudah jom kita mula kan....................

{ korang baca dengan nada marah tau, kalau tak, tak de feel }

kenapa manusia suka sangat pandang tinggi pada keburukan ha??? pelik betul la...baru sekali buat salah dah ingat sampai mati...baik kita selama ni dorang letak mana ha...da letak dalam kubur ke??..tanam semua kebaikan kita dalam kubur sampai dah tak nampak semuanya...bengong punya orang..ini ke dinamakan keburukkan lebih baik dari kebaikkan.....hmmmmmmm...

{ nada kembali normal }

bagi yang terasa MK mintak maaf..tak da niat pun..tapi kita fikir la ek..MK pun tengah fikir gak ni...MK ni dalam golongan ni jugak ke.....lalalalala.....

p/s: jangan sesekali buat kejahatan kerana kebaikan akan lupus di telan kejahatan...



PUAK YAHUDI PUN TAK BUAT MACAM TU LA....




Assalamualaikum semua....

pagi2 lagi MK da terbaca pasal mayat bayi di dalam beg wanita...apa da jadi zaman sekarang ni..mereka dah hilang tanggungjawab ke...mana pergi kasih sayang kita terhadap orang lain..mana perginya belas kasihan kita ni...sedih MK tengok..bayi yang tak bersalah jadi mangsa...try la fikir sikit...

kalau mayat kita kena buang macam tu..apa perasaan kita ha..ha tahu pun rasa terhina..tapi bila kita buat dekat bayi tu kita takde pulak nak fikir cam tu pulak kan...bayi tu pun manusia jugak la...silap hari bulan bayi tu la yang menyebabkan kita masuk neraka tau...itu pun kalau kita takut kan neraka la...tapi kebanyakan yang buat macam tu maybe kita tak percaya neraka la kan..tak pe nanti bayi tu akan tunjukkan jalan ke neraka kepada orang2 yang telah membuang mereka...baik kita bertaubat cepat...sakit weiii seksaan Allah....bayangkan kesakitan tu kita kena tanggung berulang2...pedihhhhhhhhhhhhh!!..

jari-jemari MK semakin rancak menurut kata hati MK ni...hati MK nak cakap lagi ni..jari-jemari terpaksa jadi mangsa lagi..hehehe..sabar ek sang jari..sikit je lagi ni...lalala..

berbalik pada tajuk entry ni...MK bukan nya nak bangga2 kan orang yahudi ni...kita kena ambil benda yang baik..jangan memanipulasikan benda yang boleh memberi kebaikan kepada kita...itu da kira kita dari golongan yang rugi..betol tak???..hehe...yahudi ni sejahat-jahat dan sekejam-kejam dorang pun...dorang tak pernah pun nak merosakkan keturunan mereka tau...sebab dorang bukan jahil...dorang sangat mementingkan keturunan mereka..mereka sayang sangat akan keturunan mereka..dan mereka tidak bertindak kejam pun dengan puak2 mereka....kalau korang penah dengar kongsi dengan MK ek..so kita fikirkan la...

orang yang jahil je bunuh2 bayi ni sama macam zaman jahiliah dulu kan..semua bayi perempuan ditanam hidup2..kononye tak nak malu la kan dapat anak perempuan....selepas kedatangan islam segala nya berubah..martabat seorang wanita telah di jaga....so apa beza nya zaman jahiliah dengan zaman sekarang...nak hilangkan rasa malu, kita sanggup mengorbankan nyawa yang telah Allah pertanggungjawabkan kepada kita..adakah ini tidak sama dengan zaman jahiliah dulu.......jadikan la islam ini cara hidup..bukan sekadar agama semata-mata...islam ini sempurna sangat2..kita fikirkan la....

salam....

p/s : jangan berfikir demi nafsu tapi berfikir untuk mengatasi nafsu itu



10 BANDAR TERCEMAR DI DUNIA




10. Maputo – Mozambique


9. Moscow- Russia




8. Brunei – Darussalam


7. Baghdad – Iraq


6. Mumbai – India


5. New Delhi – India


4. Mexico City – Mexico


3. Dhaka – Bangladesh


2. Karachi – Pakistan


1. Lagos – Nigeria



sumber : http://www.cronixsoul.com/top-10-worlds-most-polluted-city/




MEMANG PATOT MENANG PUN




ini la video tempat pertama London Film Festival 2010 yang dianjurkan oleh MOFILM...

Kategori : Walls....

jom saksikan video ini.....romantik jugak...hehehe


Heartbrand Picture Book by Zach King


sumber : http://www.mofilm.com/std/119ae5



BERLAKI TAPI TAK BERBINI




-ni bukan cerita pasal rumah dan tangga, suami atau isteri atau romeo dan juliet....
-tapi cerita pasal lelaki dan lelaki..perempuan dan perempuan..hehehe...

korang semua apa khabar???sihat tak??lama gak tak update belog ni...jiwa resah je lau tak update..tu yang rajin ni nak taip entry..hehhe...tapi tak de pun panjang sangat entry ni...sedang2 je..hehehe..

korang pernah dengar tak lelaki kawin dengan lelaki..perempuan kawin dengan perempuan..pernah tak???mmm pernah kan..tapi kat sini tak tahu la kalau ada cerita cam ni...huhu...jauh kan la ek...huhu...so pe kaitan dengan tajuk entry ni pulak kan..huhu..

ok camni..............................

bila lelaki kawin dengan lelaki jadilah ia berlaki tapi tak berbini...betul tak???hehe...

bila perempuan kawin dengan perempuan jadilah ia berbini tapi tak berlaki...hehehe...

ha cam tu la entry MK kali ini...senang je kan nak paham...tak susah pun...lalalala..

tak boleh nak letak gambar la...tak baik aibkan orang...hehehe...tapi kalau korang jumpa mereka yang begini gelarkan je dorang macam tajuk entry dekat atas ni...lalalala...

p/s : Kemarahan Allah mengatasi belas kasihan-NYA



KaLau sUKe BoLeh LIKE...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri BusuK