..............................................................................
KISAH MEON DAN ASRAMA MISTERI (1)
...............................................................................
selepas sebulan meon berada diasrama itu...maka bermula lah cerita yang tidak sedap didengar keluar dari mulut member meon.
"eh malam tadi kau ada dengar pape tak??"
"ha dengar ape pulak??"
"la ko tak de dengar ke??"
"yela..dengar apa??"..nada tinggi
"malam tadi aku dengar ada orang berjalan kat koridor la meon.."
"ha??yeke??sapa yang ko nampak tu??"
" ntah la..aku nampak macam budak2 ni je tapi dorang buat apa pulak jalan malam2 buta macam tu kan..jalan punya la slow..ulang-alik..ulang-alik..seram pulak aku tengok.."
menurut meon..katil member dia betul2 mengadap tingkap..konfem2 dia nampak dengan jelas benda tu mundar-mandir kan..di tambah pulak dengan keaadaan tingkap yang tidak
selepas hampir 15 minit mereka berborak tentang kejadian itu..mereka pun beredar untuk pergi makan petang di dewan makan..
.........................................................................................................................................................................................
pada malam yang sama..meon pulak diganggu...
"errr.. bunyi apa pulak tu."
"sapa pulak yang berborak kat belakang dorm tengah2 malam buta ni."bukan nak tegur..tapi da terdengarkan..
"aduiiii.."
jantung meon mula berdegup kencang mahu di siasat takut..mahu di tengok lagi la takut..buatnya aku pergi ternampak benda yang bukan2 masak aku..da la aku nampak sorang2..kalau dengan budak2 ni..tak pe la jugak kan..mmm baik aku dengar je la..fikir meon..
semakin difikir semakin laju degupan jantung si meon ni..mula la meon teringat cerita membernya siang tadi..
"adui time2 macam ni la dia nak teringat cerita siang tadi..huh!"
meon mengangkat sedikit kepala nya untuk melihat membernya..kot2 dia belum tido lagi..
"ish nak kejut si mat ke tak ek.."mat nama member meon
"mmm tak yah la..kesian pulak aku tengok si mat ni.."
bunyi orang berbual semakin kuat kedengaran..berderau darah si meon..berpeluh di buatnya..
"mmm tak boleh jadi ni.."
meon mula teringat kata2 emak nya..
"meon...ingat pesanan mak ni..jangan lupa baca 3 Qul dan ayat kursi sebelum kamu tido..jangan suke cakap celupar..dan yang paling penting sekali jangan sesekali tinggal solat ek.."
"Bismillahirahmanirahim"
meon pun mula membaca ayat kursi berulang kali..terkumat kamit mulut si meon membaca ayat kursi itu..
bunyi tadi semakin sayup2 kedengaran dan semakin hilang didalam kesunyian..bunyi-bunyian tadi digantikan pula dengan bunyi cengkerik..
pergerakkan mulut meon pun semakin perlahan dan terhenti..meon tertido dalam keadaan badannya hilang dek selimut yang membaluti sepenuhnya anggota badan si meon..
[bersambung]