hantu tomyam : hari ni aku nak share sikit pasal cara nak mengamalkan ayat Manzil , Fadhilat dan apa ayat-ayat Manzil.. Manzil ni adalah beberapa kandungan ayat-ayat al-quran..

oleh itu, Manzil bukan lah sejenis jampi serapah yang digunakan oleh bomoh2 yang menggunakan bahasa pelik2.. ayat-ayat Manzil ini dapat merawat penyakit dari segi Rohani dan Jasmani.. kira dari penyakit misteri seperti gangguan jin sehingga la penyakit fizikal..

daripada kita mengamalkan ayat2 yang tidak terdapat dalam Al-Quran atau ayat2 yang pelik2 lebih baik kita mengamalkan ayat2 Manzil ini..mudah-mudahan kita memperolehi kesihatan yang diredhai ALLAH..

CARA AMAL AYAT MANZIL

  • Dibaca selepas Solat Subuh...dan kalau tak sempat...baca bila-bila masa sebelum matahari tegak atas kepala...
  • Dibaca pada waktu petang selepas asar...atau selepas Solat Maghrib...atau kalau tak sempat...dibaca selepas Solat Isya....
  • kalau benar-benar tak sempat kerana tak cukup masa...ia dibaca sekali sehari...
bila-bila masa terluang...contohnya pada tiap-tiap malam...

namun kalau dapat diamalkan pagi petang maka ia lebih baik dan berkesan...

Sebaik-baiknya ia dibaca dalam keadaan berwuduk dan menghadap ke arah Kiblat...

Kalau tak sempat...boleh dibaca sambil melakukan sesuatu kerja...dan sebaik-baiknya
juga dalam keadaan berwuduk...

Wallohu a'lam.

KELEBIHAN AYAT MANZIL

'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa'(penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jld 3 ms 374) yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmizi.

Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas.

Fadhilat Manzil ini terlalu banyak .Dari pengalaman kebanyakan orang,Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir,jin dan lain-lain.Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat2 tersebut ataupun org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air.Air ini diminum oleh pesakit.

Selain "Manzil" terdapat juga ayat"MUNJIYAT" yang diperolehi dari pengalaman Ibn Sireen Rah untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat syifa' dari pengalaman Imam Abu Qassim Qushairi .

Suatu perkara yang sgt penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT).Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat .Tidak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.

AYAT-AYAT MANZIL

  • Ayat 1-5 Al Baqarah
  • Ayat 102 Al Baqarah
  • Ayat 163-164 Al Baqarah
  • Ayat 225 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
  • Ayat 285-286 Al Baqarah
  • Ayat 18-19 Ali Imran
  • Ayat 54-56 Al 'Araaf
  • Ayat 117-122 Al 'Araaf
  • Ayat 81-82 Surah Yunus
  • Ayat 69 surah Taahaa
  • Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
  • Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
  • Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
  • Ayat 33-36 surah Ar Rahman
  • Ayat 21-24 surah Al Hasyr
  • Ayat 1-9 surah Jinn
  • AL Ikhlas
  • Al Falaq
  • An Naas

[sumber]

info ini bukan sahaja untuk orang yang mempunyai penyakit untuk diamalkan..
tapi ianya juga untuk orang yang mempunyai kesihatan yang normal...sebagai pendinding kepada kita..kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati..

dan ingatlah Allah sentiasa berada disamping kita..minta lah pertolongan dari Allah walau sesusah mana pun masalah yang kita hadapi..kerana Allah sentiasa akan menolong kita..