Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

NIAT BAGUS DAH TAPI.......DUGAAN PEROKOK..





FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, meletup dalam mulutnya disebabkan kerosakan bateri.

“Bateri rokok elektronik itu melayang ke dalam almari menyebabkan kebakaran,” kata ketua Jabatan Bomba Teluk Utara, Joseph Parker.

Laman Facebook mendedahkan lelaki itu sebagai Tom Holloway, 57. Holloway berada di pejabat ketika alat itu meletup, menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan peralatan pejabat terbakar.

Bekas bateri yang ditemui di atas permaidani yang cair sebesar cerut. Penyiasat tidak tahu jenama rokok berkenaan, jenis bateri atau usia peralatan itu, kata Parker.


Baterinya boleh dicas semula kerana tempat mengecas dan bateri lain ada dalam bilik itu, katanya. Parker juga mengakui itulah kali pertama mendengar kejadian seumpama itu.

Sementara itu, pengasas bersama ‘Tobacco Vapor Electronic Cigarette Association’, Thomas Kiklas, berkata industri itu tidak mengetahui ada sebarang masalah dengan rokok elektronik atau bateri meletup.

Kiklas berkata, rokok plastik termasuk bateri kecil dan katrij. Bateri bertujuan menjadi cas elektrik apabila alat itu disedut. Set mengecas melepaskan wap dalam tiub rokok. Bauan yang dipenuhi nikotin itu memberikan rasa dan pengalaman merokok tanpa asap.

Kiklas memetik laporan persekutuan yang mendapati 2.5 juta rakyat Amerika menggunakan rokok elektronik tahun lalu.

“Berbilion orang menghisap rokok ini dan kami tidak pernah mendengar kejadian seperti ini sebelum ini,” katanya.

Industri tidak mendakwa rokok elektronik membolehkan perokok mengikis tabiat itu, cuma ia adalah alternatif lebih sihat berbanding rokok biasa kerana kurang kimia.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi amaran mengenai rokok berkenaan dalam laman webnya Oktober lalu dan berkata ia boleh menyebabkan ketagihan, mungkin mengandungi kimia bahaya seperti nikotin dan menyebabkan kanak-kanak mencuba produk tembakau lain. – AP

sumber

kesian mamat ni...niat da bagus dah tapi....dugaan pulak dia dapat...
aku baru tahu ada rokok macam ni...slow betul aku ni..hhuhu

apa-apa pun...katakan TAK NAK pada ROKOK k...




FB BAKAL ADA PENCABAR???





Ramai yang telah mendaftar dan setakat ini terdapat seramai 700,000 lebih (angka ini semakin bertambah) ahli seluruh dunia tapi masih ramai yg tertanya2 dan teragak2 utk join Wazzub...ok, sya cuba terangkan secara ringkas...kita semua sedia maklum ttg FB, Google, TWT, Yahoo,etc kan? Kita guna service mereka secara percuma kan?

Tau tak dia org untung berbilllion dollar dalam suku tahun je? Tau tak darimana dan mcmana mereka menjana keuntungan? Semua keuntungan mereka dpt dpd pengguna yg guna service dia org, iaitu KITA SEMUA.

Dgn guna service dia org hari2, click sana, click sini, invite kwn2, log in berjam2,etc, semua ni memberikan profit dgn company2 ni....tapi yg kaya raya ialah pemilik company2 ni, kita sebagai pengguna tak dpt apa2 pon.

WAZZUB ni adalah laman social / search engine sama seperti yg disebutkan di atas, tp beza nya, company ni ajak org ramai utk jadi ahli secara FREE, dan dgn guna service mereka, WAZZUB akan byr profit keuntungan dia org sehingga 50%....menarik kan? kalau lah cthnya FB byr kita bila kita log in berjam2, kan kah kita dah dpt byk side income kan kan kan?

Company bagi masa 3 BULAN untuk semua orang signup dan ajak seramai yang mungkin untuk signup kat bawah kita. Kalau join selepas tu tak dapat apa2.

JADI INGAT, MESTI REGISTER DAN HEBOH KAN KEPADA RAKAN2 SEBELUM 9 APRIL NI

So jgn lepaskan peluang ni, pendaftaran FREE...tak rugi pun kalau register sbb semua free...jadi yg penting, register kat sini dulu, cadangkan dgn kawan2 dan tunggu 9 April nanti.

jangan lupa join-->[ SINI ]

p/s : ha!..berminat tak??..jom la join teman kan saya..hehe..:)




WAJIB BACA! KEMPEN BOIKOT PRODUK ROBERT KUOK!






Hantu Tomyam - adakah ini benar??...oh tidak!!..majoriti pengguna tepung adalah dari tepung CAP SAUH dan CAP KUNCI..bayangkan lah..roti canai dan kuih muih yang kita makan kebanyakan nya menggunakan tepung ni...aku harap benda ni dapat disahkan dengan segera oleh pihak bertaggungjawab..sila lakukan siasatan dengan segera!!!...kami mahukan PENGESAHAN YANG JELAS dari pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini...

[sumber][sumber]



PEREMPUAN JADIAN YANG MENGGIURKAN





KUALA LUMPUR: Lelaki yang mahu mencari pasangan kini perlu lebih berwaspada supaya tidak terpilih ‘wanita jadian’. Ini kerana dengan kos RM70,000, seseorang lelaki boleh bertukar menjadi wanita, malah ada kalanya lebih ‘jelita’ dan memiliki susuk tubuh lebih menggiurkan berbanding kebanyakan perempuan tulen.

Kos itu termasuk melakukan pembedahan menukar alat sulit, membesarkan payudara dan pelbagai rawatan susulan.

Ia lebih murah berbanding sebelum ini sekurang-kurangnya RM100,000 diperlukan hanya untuk melakukan dua pembedahan terpenting itu.

Perkara itu diakui Kis, 28, atau lebih mesra panggilan Nell dalam satu temu bual dengan wartawan Metro Ahad, baru-baru ini.

Sekali pandang, raut wajah, fizikal dan perwatakan Nell tidak ubah seperti wanita terutama di bahagian payudara apabila ‘saiznya’ boleh menimbulkan perasaan cemburu di kalangan kaum Hawa.

Berasal dari ibu kota, Nell mendakwa Thailand, Taiwan dan Singapura menjadi pilihan golongan sepertinya kerana memiliki kemudahan serta kepakaran melakukan pelbagai pembedahan diperlukan dari hujung jari ke rambut.

“Kalau 10 tahun lalu RM100,000 diperlukan untuk melakukan pembedahan alat sulit dan payudara, kini dengan hanya RM15,000, kedua-dua pembedahan penting itu boleh dilakukan.

“Justeru, tidak hairan kini makin sukar untuk membezakan mak nyah dengan wanita tulen kerana majoriti kami memiliki segala ‘aset’ mereka,” katanya.

Nell berkata, selain payudara, dia menjalani beberapa pembedahan lain seperti dahi, rahang, dagu dan kening untuk kelihatan lebih cantik.

Setakat ini, katanya, dia menghabiskan hampir RM60,000 sepanjang melalui proses berkenaan dan hanya tinggal dua langkah lagi untuk melengkapkannya iaitu membuang alat sulit dan mencantikkan hidung.

“Jumlah itu tidak termasuk kos pembedahan, sebaliknya merangkumi segala aspek iaitu penjagaan, kelengkapan, aksesori seperti pakaian, alat solek, salun dan pelbagai lagi.

Seperti wanita, saya menyediakan bajet khas RM1,000 sebulan untuk kos penjagaan diri bagi memastikan sentiasa cantik,” katanya.

Dia berkata, antara ketiga-tiga negara terbabit, Thailand menjadi pilihan kerana selain memiliki ramai doktor pakar, ia turut menawarkan kos paling murah.

Katanya, untuk pembedahan membuang alat sulit, kos minimum sebanyak RM8,000 ditawarkan manakala payudara sekitar RM3,500.

Ramai mak nyah, termasuk saya, memilih Thailand kerana kos untuk pergi ke sana juga murah dan mudah. Bagi pembedahan alat sulit, hanya bahagian batang dibuang.

Buah zakar pula dimasukkan ke bahagian dalam. Melalui teknologi moden menggunakan kaedah ‘kikis’ (laser), sukar melihat kesan jahitan selepas pembedahan, sekali gus payah membezakannya dengan yang asli,” katanya.

Nell berkata, perbezaan yang boleh dilihat hanya alat sulit mak nyah yang melakukan pembedahan berada atas sedikit berbanding kedudukan sebenar.

Bagaimanapun, katanya, satu-satunya perkara yang tidak boleh diubah ialah alat kelamin ‘baru’ berkenaan tetap mengeluarkan air mani apabila mencapai klimaks.

Mengenai risiko pembedahan membuang alat kelamin, dia mengakui ada beberapa kesan sampingan yang perlu ditempuhi.

“Kesan jangka pendek ialah menjadi pelupa dan pemikiran tidak normal. Biasanya dalam tempoh beberapa bulan pertama, mereka rasa terasing daripada masyarakat luar dan berada dalam dunia sendiri.

“Perkara ini dialami semua rakan saya yang menjalani pembedahan terbabit. Bagi jangka panjang pula, masalah biasa dihadapi ialah tekanan jiwa, terutama apabila usia semakin lanjut,” katanya.

Bagi memiliki payudara montok mengalahkan wanita, katanya, beberapa cara boleh dilakukan dan ia tidak semestinya melalui pembedahan.

Katanya, cara paling mudah dan tidak menyakitkan ialah melalui pengambilan pil dan suntikan hormon yang boleh didapati di kebanyakan farmasi seluruh negara.

“Pil perancang keluargaturut diambil bagi memiliki payudara sempurna. Ini menyebabkan kulit mereka menjadi halus dan cantik serta membesarkan bahagian dada,” katanya.

Bagi yang mahukan kesan lebih cepat, mereka mengambil beberapa suntikan hormon.

Nell berkata, selepas mencuba pil dan suntikan, dia akhirnya nekad melakukan pembedahan pada 2009 kerana ia kaedah terbaik bagi memiliki payudara cantik seperti tulen.

“Saya menjalani pembedahan silikon dan ia juga pembedahan pertama dilakukan saya.

“Saya melakukannya di sebuah klinik di Thailand dengan bayaran RM3,500.

“Selain silikon, pembedahan lain boleh dilakukan ialah melalui pemasangan implan dan ‘salt water’.

“Risiko pembedahan itu ialah perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah kerana selain boleh menyebabkan kecacatan kekal, ia membahayakan nyawa,” katanya.

Anak ketiga daripada lima beradik ini berkata, seperti wanita, mak nyah yang menjalani pembedahan transformasi keseluruhan tidak akan berhenti setakat itu saja dalam usaha menjadi cantik.

Nell mendakwa memiliki naluri wanita secara semula jadi sejak kecil dan merasai pengalaman pertamanya seawal usia 10 tahun.

Saya kali pertama diliwat pada usia 10 tahun oleh seorang jiran.

Namun ia bukan secara paksaan kerana saya memang menyukainya.

“Apapun, pengalaman pertama saya ‘bermesra’ dengan kaum sejenis dialami setahun sebelum itu bersama sepupu. Namun pada masa itu kami hanya ‘ringan-ringan’,” katanya.

[SUMBER]



NGERI !!! POTONG MAYAT ANAK DENGAN GERGAJI





KEPALA mangsa dihentak bertubi-tubi dengan batu bata sehingga mati. Tubuh kanak-kanak itu kemudian dipotong menggunakan gergaji tangan dan dibuang ke pesisir jalan.

Yang mengejutkan, perbuatan kejam terhadap Aliahna Lemmon yang baru berusia sembilan tahun dilakukan bapa kandungnya, Michael Plumadore, 39.

Kejadian ngeri itu berlaku di Fort Wayne, Indiana, Amerika Syarikat pada 22 Disember lalu.

Selepas membunuh anaknya, Plumadore membuang cebisan tubuh mangsa yang diisi ke dalam beg plastik sampah ke pesisir jalan berdekatan kediamannya. Namun bahagian kepala, kaki dan tangan mangsa disimpan dalam peti ais.

Ibu mangsa, Tarah Souders, 28, sebelum itu membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa sepanjang perayaan Krismas lalu. Tarah dan Plumadore ketika itu sudah berpisah, kali terakhir mereka bersama pada hujung November lalu.

Ketika siasatan dijalankan, selang sehari selepas Krismas iaitu pada 26 Disember lalu, Plumadore menyerah diri dan mengejutkan polis dengan pengakuannya melakukan pembunuhan ngeri itu.

Suspek kemudian membawa pegawai penyiasat mendapatkan semula tubuh mangsa yang dibuangnya sebelum itu.

Pegawai Polis, Kenny Fries berkata, pembunuhan itu paling kejam pernah berlaku dalam tempoh 30 tahun di Indiana.

“Suspek membawa kami (polis) ke rumahnya, kemudian memberitahu sebahagian tubuh Aliahna diletakkannya dalam peti ais.

“Sukar mempercayai apa berlaku, kejadian ini antara kes yang tidak mungkin dapat saya lupakan,” katanya.

Setakat ini, polis tidak mahu mendedahkan motif pembunuhan sehingga kes ini dibawa ke mahkamah bagi pendakwaan pada Januari ini.

Berdasarkan laporan polis, pembunuhan berlaku sekitar awal pagi pada hari kejadian. Sebaik melakukan pembunuhan, suspek tidur dan hanya dikejutkan dengan panggilan daripada Tarah yang tercari-cari Aliahna ketika itu.

Mulanya, suspek cuba menyembunyikan jenayah dilakukannya, namun akhirnya menyerah diri selepas sambutan Krismas iaitu 26 Disember.

Bagi Tarah, kematian anak perempuannya masih mengejutkan, lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh pasangannya.

“Dia (suspek) sangat menyayangi Aliahna. Apa yang berlaku bagaikan mimpi ngeri buat saya. Saya sukar menerima hakikat yang Plumadore melakukannya,” katanya.

Sementara itu, polis Indiana mendedahkan suspek adalah tidak asing dalam dunia jenayah, terutama membabitkan serangan seksual. Rekod polis mendapati suspek terbabit dengan 15 jenayah berkenaan.

INFO:

SUSPEK: Michael Plumadore
UMUR: 39 tahun
TUDUHAN: Membunuh anak
LOKASI KEJADIAN: Fort Wayne, Indiana, Amerika Syarikat
TARIKH KEJADIAN: 22 Disember 2011
MANGSA: Aliahna Lemmon, 9

FAKTA JENAYAH: Plumadore dituduh menghentak kepala anaknya dengan batu bata sehingga mati sebelum mengerat tubuh mangsa dan dibuang ke pesisir jalan.
Kepala, kaki dan tangan mangsa disimpan suspek dalam peti ais di rumahnya.
Plumadore menyerah diri pada 26 Disember dan mengejutkan polis dengan pengakuan melakukan pembunuhan ngeri itu. Suspek membawa pegawai penyiasat mendapatkan semula tubuh mangsa yang dibuangnya sebelum itu.

FAKTA KES: Motif pembunuhan masih tidak didedahkan dan suspek kini menunggu pertuduhan di mahkamah

[sumber]



HANGAT!! JAMPI PEJAL PAYUDARA





KOTA BHARU: Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

“Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.

“Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan.[sumber]

Hantu Tomyam : mmm macam2 betul dunia sekarang ni..dah cantik nak cantik lagi..dah sempurna nak sempurna lagi...nak mudah lagi dan tak perlukan bayaran kita boleh amalkan ayat-ayat Al-quran yang boleh membantu kita dari terkena gangguan jin dan syaitan ni...korang boleh baca dekat link dibawah ni...



Bayi Berusia Setahun 11 Bulan Maut Digilis Lori





KEMAMAN – Tindakan seorang bapa meninggalkan anaknya yang berusia setahun 11 bulan dalam bakul motosikal di belakang sebuah lori membawa padah apabila pemandu lori berkenaan mengundur kenderaannya lalu menggilis anak kecil malang itu dalam kejadian di Kawasan Kuari Terengganu Tengah, Ibok, di sini, pagi semalam.

Tragedi ngeri itu mengakibatkan, Muhammad Shakir Zufayri Mohd Asri, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, bapa mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut cuba untuk menyelamatkan anaknya.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan ditinggalkan sendirian di dalam bakul motosikal oleh bapanya yang menuju ke sebuah bengkel dengan kedudukan motosikal diletakkan di belakang sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut pasir di kuari berdekatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, pemandu lori yang tidak sedar akan kehadiran motosikal itu mengundurkan kenderaannya lalu merempuh motosikal berkenaan.

“Dia (pemandu lori) hanya menyedari telah menggilis mangsa setelah lorinya ditepuk beberapa kali oleh saksi yang berada di tempat kejadian.

“Apabila turun dari lori dia terkejut melihat seorang kanak-kanak serta sebuah motosikal terpelosok di bawah lorinya,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman dan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan mangsa kecederaan parah di bahagian kepala.

Jenazah mangsa dituntut keluarga tengah hari semalam dan dikebumikan di tanah perkuburan di kampung mangsa di Batu 9, Ibok.[sumber]

Hantu Tomyam : Al-Fatiha kepada adik Muhammad Shakir Zufayri Mohd Asri..kepada ibubapa di luar sana..beringat lah sebelum kena...jangan biarkan anak anda bersendirian walaupun seketika..BERINGATLAH...



[ Pantas ] Angkut 40 unit komputer dalam 10 minit





SUNGAI PETANI – Seorang pelanggan melalui detik cemas apabila sebuah kafe siber di Taman Angsana, Sungai Petani, yang dikunjunginya disamun sekumpulan penyamun kira-kira jam 5 pagi, kelmarin.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia berasa takut selepas melihat kumpulan penyamun yang bersenjatakan parang menyerbu premis tersebut.

Selain mangsa, ketika itu seramai enam pengunjung lain dan seorang pekerja kedai berada dalam premis.

“Dua lelaki masuk terlebih dahulu dan acu parang. Mereka halau semua orang yang ada dalam kedai dan arah berkumpul di tandas.

“Telefon bimbit dirampas sebelum kami dikurung dalam tandas,” katanya.

Mangsa berkata, kemudian, sekumpulan lagi penjenayah datang dan mengangkut 40 unit komputer dalam 10 minit.

“Selepas saya berjaya keluar dari tandas, saya lihat mereka semua melarikan diri bersama barang rompakan dan ada dua van yang digunakan penyamun di tempat kejadian,” katanya.

Mangsa berkata, dia percaya pemilik pusat siber yang baru beroperasi kurang dari setahun itu kerugian mencecah RM150,000, termasuk RM800 wang tunai yang ada di kaunter, selain 40 unit komputer yang dilarikan penjenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada laporan dibuat berhubung kes tersebut.

Difahamkan, wayar yang menghubungkan rakaman litar tertutup (CCTV) dipotong, manakala wayar komputer juga diputuskan sebelum rompakan itu.[sumber]



WANITA BERSTATUS GURU DICEKUP BERKHALWAT




 
Gambar Hiasan

AMPANG - Taktik seorang guru menggunakan dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun ketika berasmara dengan seorang lelaki bagi mengaburi pihak berkuasa tidak menjadi, apabila dicekup awal pagi semalam.

Pasangan itu ditahan Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam operasi cegah maksiat di hotel murah di Ampang, Taman Seraya dan Pandan Indah, kira-kira jam 2.30 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah untuk memadu asmara.

Ketika penguat kuasa menyerbu bilik hotel berkenaan, wanita berusia 28 tahun, yang mengajar di Perak bersama pasangannya berusia 29 tahun itu bertegas mereka suami isteri, tetapi gagal menunjukkan sijil nikah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita berkenaan dipercayai membawa anaknya bagi melindungi tindakan jijik bersama pasangannya.

“Orang ramai akan menyangka pasangan itu suami isteri apabila ada anak bersama dalam bilik hotel berkenaan, tetapi kami membongkar rahsia pasangan itu setelah disoal siasat secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah, manakala pasangannya seorang kontraktor.

“Lelaki berkenaan memakai singlet dan berseluar panjang, manakala pasangannya berpakaian lengkap dan berkain batik,” katanya.

Di hotel berasingan, sekumpulan pemuzik lelaki perempuan bukan muhrim dari Singapura dicekup tidur sebilik.

“Difahamkan mereka pertama kali datang ke Kuala Lumpur untuk membuat persemba-han,” katanya.

Beliau berkata, turut ditahan, seorang lelaki warga Pakistan bersama pasangannya warga Indonesia.

Wanita yang berusia 26 tahun itu bekerja sebagai pembantu pelayan restoran, manakala pasangannya berusia 31 tahun itu seorang kontraktor.

Operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir jam 6 pagi itu mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Pegawai Masjid Nurrusaadah di Kampung Cheras Baru, Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan dan Masjid Masjid Ubudiah Kampung Tasek Tambahan.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali.[SUMBER]

Hantu Tomyam : adui...menjatuhkan maruah guru-guru sedunia je la..sedih aku tengok..tak tahu nak kata apa da..no komen..hmmm..=(



GADIS DICABUL BEKAS KEKASIH DALAM KERETA





KUALA BERANG - Pertemuan dengan bekas kekasih membawa kenangan hitam bagi seorang gadis apabila dia dicabul dalam kereta pada 22 Disember kira-kira jam 3.30 petang di tepi jalan Kampung Gerdong, Kuala Berang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, pada hari kejadian, mangsa berumur 19 tahun datang sendiri dengan rela hati berjumpa dengan lelaki terbabit dan masuk ke dalam kereta bagi berbincang serta menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Ketika hendak pulang, lelaki tersebut telah menarik kepala mangsa ke arah badannya sambil meraba buah dadanya tanpa membuka baju dan membuka zip seluar serta memasukkan jari kiri ke dalam kemaluan mangsa.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Langkap, Sungai Tong, Setiu kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan mendapatkan rawatan di Hospital Setiu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pasangan itu dipercayai menjalinkan hubungan sejak lima tahun lalu dan memutuskan hubungan pada Mei 2011 kerana mendapat tentangan daripada keluarga perempuan yang tidak menyukai lelaki berkenaan.

Menurutnya, suspek berumur 23 tahun dari Kampung Felda Belara, Kuala Terengganu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.[sumber]

Hantu Tomyam : ape punya laki..terlebih tengok video lucah la ni..bagus pun perempuan ni tak pilih laki ni jadi suami kan..huhu..lagi satu, tak de tempat lain ke nak bincang..dalam keta juga yang di pilih..huhu..apa pun tak boleh..



PUNCA UTAMA OSBON DAN BOBOI LAYAK KE FINAL MLM








ML Mega 2011 [Minggu 9] - Osbon [1]



ML Mega 2011 [Minggu 9] - Osbon [2]



ML Mega 2011 [Minggu 9] - Boboi [1]



ML Mega 2011 [Minggu 9] - Boboi [2]





ha ni la punca dorang layak ke final..betul tak??
mmm...nampaknya ramai yang setuju la kan..
mm bagus2....
tapi jangan lupa sokong dorang dengan cara mengundi dorang k..
JANGAN LUPA UNDI OSBON dan BOBOI tau..
LIKE!!!!



2 TAHUN TERPAKSA LAYAN NAFSU BAPA





Hantu Tomyam : adui...ada lagi bapa yang makan anak ni ek..buat rosak nama bapa2 sedunia betul la laki ni..merosakkan masa depan anak ko je la..pe la perasaan dorang ni kan sampai tergamak buat macam ni kat anak sendiri..ntah pape ntah...huh!..

KULIM - Haruan makan anak. Begitulah yang dapat digambarkan perlakuan jijik seorang bapa yang sanggup menjadikan anaknya tempat pelepas nafsu.

Sikap terlalu memanjakan anak perempuannya itu yang berusia 14 tahun terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan bapanya yang sering memaksa melakukan hubungan seks.

Mangsa yang tinggal bersama keluarganya di sebuah taman perumahan di sini terpaksa menyembunyikan perbuatan sumbang bapanya itu kerana takut dan malu sekiranya diketahui oleh orang lain.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh mengesahkan laporan dibuat remaja terbabit.

Menurutnya, dalam laporan dibuat, mangsa memaklumkan perbuatan terkutuk berkenaan sudah berlanjutan selama dua tahun iaitu sejak mangsa berusia 12 tahun lagi.

“Kejadian terakhir berlaku di bilik bapa mangsa beberapa hari lalu.

“Mangsa diminta tidak memaklumkan perbuatan itu kepada ibunya kerana ia akan menjejaskan hubungan mereka suami isteri,” katanya.

Bagaimanapun, isteri suspek curiga dengan sikap suaminya yang terlalu memanjakan mangsa sedangkan pasangan itu memiliki anak perempuan lain.

“Isteri suspek berasa pelik dan curiga kerana apa sahaja yang dilakukan oleh mangsa, tidak akan ditegur suaminya walaupun perbuatan itu salah.

“Berikutan itu, dia tergerak hati menyoal anaknya jika ada perkara yang tidak baik dilakukan suaminya itu," katanya.

Ghuzlan berkata, curiga si isteri terjawab apabila anaknya membongkar perbuatan terkutuk suaminya.

Dia kemudiannya membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Kulim.

Katanya, perlakuan seks yang melibatkan remaja bawah umur, diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perbuatan itu.

“Remaja sering menjadi mangsa perbuatan terkutuk ini, lebih menyedihkan ia dilakukan oleh ahli keluarga mereka sendiri.

“Anak-anak sepatutnya disayangi dan dibimbing, bukan dilakukan sebegitu rupa,” katanya.[sumber]



BELASAH TEMAN WANITA SELEPAS TERKANTOI CURANG




Hantu Tomyam : apa ke banggang nya laki..ko dah kantoi dengan awek ko sendiri pasal ko curang..ko pegi belasah pulak awek ko ek..sampai tulang pipi dia patah pulak tu..apa jenis laki la ko ni..

AMARAN!!!: Jangan cari lelaki jenis macam ni..tak de guna punya orang.

Gambar Hiasan

AMPANG- Hanya kerana rahsia kecurangannya terbongkar, seorang lelaki sanggup membelasah teman wanitanya sehingga retak tulang pipi.

Wanita berusia 20-an itu bukan saja cedera akibat diperlakukan sedemikian malah trauma dan terpaksa menerima rawatan di hospital sebelum dibenarkan keluar serta nekad membuat laporan polis kelmari.

Sumber memberitahu mangsa pergi ke rumah teman lelakinya di Pandan Indah, di sini untuk bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu.

"Malangnya, sebaik tiba di rumah teman lelakinya itu, mangsa melihat lelaki berusia 20-an itu bersama seornag wanita lain di dalam rumah.

"Mangsa yang berang dan yakin teman lelakinya itu curang naik angin dan memarahi lelaki terbabit dan bertanyakan mengenai wanita itu", katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terjatuh akibat tindakan ganas lelaki itu terpaksa menahan kesakitan dan bangun semula untuk pulang ke rumahnya di Klang.

"Bagaimanapun, sebaik tiba dirumah, mangsa dikatakan mengalami bengkak muka dan pengsan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan doktor mendapati tulang pipi mangsa retak dan memerlukan rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang.

Selepas lebih seminggu dimasukkan ke wad, mangsa dibenarkan pulang dan membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

sumber : Haraian Metro



BMW 325i MILIK FASHA SANDHA LESAP




MODEL kereta BMW 325i milik Fasha yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kereta jenis BMW 325i miliknya lesap, dipercayai dicuri di kawasan letak kereta Jalan Wangsa Delima berhampiran pusat beli-belah Wangsa Walk, di Wangsa Maju di sini semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Fasha, 27, yang ditemani ibunya dikatakan meninggalkan kereta itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran premis tersebut.

"Fasha yang keluar semula menuju ke arah keretanya 10 minit kemudian terkejut apabila mendapati kereta BMW 325i berwarna putih miliknya telah hilang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jelas sumber itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Fasha di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kehilangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu, Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Penanggal mengesahkan kehilangan kereta tersebut.

[sumber]

Hantu Tomyam : kesian fasha sandha..tak de rezeki la tu kan cik fasha sandha..sabar tau..banyakkan berdoa ek..



JAKIM SAHKAN BURGER RAMLY TIADA DNA BABI




JAKIM SAHKAN BURGER RAMLY TIADA DNA BABI


IPOH: Orang ramai diminta tidak was-was berhubung status halal burger Ramly selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk frankfurter jenama Ramly yang dijual di pasaran tempatan adalah halal.

Pengesahan Bahagian Hab Halal Jakim itu sekali gus menafikan dakwaan produk frankfurter jenama Ramly mengandungi DNA babi.

Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk produk frankfurter jenama Ramly yang dikeluarkan Bahagian Hub Halal Jakim masih sah sehingga 14 Januari 2012.

"Bahagian Hab Halal Jakim dan Kementerian Kesihatan sudah mengambil beberapa contoh produk dari kilang terbabit untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan pada 14 November lalu.

"Hasil uji kaji Jabatan Kimia Malaysia mendapati produk berkenaan tidak mengandungi sebarang DNA babi," kata Jakim dalam kenyataan.

Jakim menegaskan, mereka tidak akan bertolak ansur dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara terutama membabitkan isu halal dan berlaku pelanggaran undang-undang berkaitan.

Justeru, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan membabitkan isu halal, orang ramai diminta untuk merujuk melalui laman web Bahagian Hab Halal http:// www.halal.gov.my.

Sebarang pertanyaan berkenaan status halal sesuatu produk boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, Jakim di talian 03-83150200.

[sumber]

Hantu Tomyam : sapa lah yang nak sabotaj RAMLY ni..aduiyai...ni lah satu-satunya produk dari anak melayu yang terkenal didunia..



BUDAK 12 TAHUN JADI HAMBA SEKS BAPA KANDUNG





KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tergamak menjadikan anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebagai hamba seksnya sejak setahun lalu di Jinjang.

Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa lelaki berusia 37 itu juga terpaksa menanggung rahsia besar bapanya yang mengugutnya supaya tidak membocorkan perbuatan jijik berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahan menjadi hamba seks bapanya nekad menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Jinjang selepas dia sekali lagi dirogol suspek, kelmarin.

Sumber berkata, episod hitam itu bermula pada tahun lalu apabila bapa kanak-kanak berkenaan membawanya ke tempat kerja di ibu kota dan merogol mangsa.

“Dia yang gagal melawan hanya mampu berdiam dan menangis ketika menjadi mangsa nafsu seks bapa."

“Mangsa yang ketakutan hanya mampu berdiam dan terus menyimpan rahsia itu kerana bimbang dicederakan,” katanya.[sumber]

Hantu Tomyam : adui...tergamak dia buat macam tu dekat anak sendiri..apa jenis bapa la kalau da buat anak macam ni..sedih betul aku tengok..merosakkan nama SEORANG BAPA je la ko ni..huh!



REMAJA 15 TAHUN DIBELASAH KEKASIH




gambar hiasan
KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibelasah kekasihnya sehingga mengakibatkan mukanya berdarah dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat karaoke di sini kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Kejadian berlaku apabila teman lelaki mangsa ternampak mangsa ditegur beberapa kawan lelaki ketika berada dalam pusat karaoke terlibat.

Berang dan cemburu terhadap perlakuan mangsa, suspek bertindak menumbuk, menendang dan kemudiannya menerajang mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka.

Mangsa yang ketakutan kemudiannya melarikan diri ke tingkat bawah pusat hiburan itu sebelum ditemui anggota polis Cawangan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim.

Mangsa berkata, dia hanya mengenali teman lelakinya sehari selepas beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah kepadanya.

“Saya baru sahaja mengenali teman lelaki saya itu dan tidak mengetahui nama sebenarnya. Ketika kejadian, saya berada dalam bilik karaoke dan menyanyi bersama beberapa rakan lain. Kekasih saya kemudiannya menyerang dan mencederakan saya.

“Suspek mengajak beberapa rakannya untuk memukul saya tetapi mereka enggan berbuat demikian sebaliknya hanya melihat saya dibelasah. Dia juga mengugut saya. Kerana tidak tahan ditendang, saya melarikan dari bilik itu,” katanya.

Suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

[sumber]

Hantu tomyam : tu la mudah sangat nak jadi kekasih tanpa berfikir..kan dah kena belasah..bagi perepmpuan di luar sana..hati-hatilah semasa memilih pasangan anda ok..yang lelaki pulak..jangan sesuka-suki hati korang pulak nak buat anak orang macam tu..kena kat adik beradik korang nanti pandai lak nak melenting...



APA YANG TAK BETUL TENTANG GAMBAR NI? #1





Oh bukan gambar yang atas ni la...gambar atas ni hanya persoalan je..
kalau korang nak tahu apa yang tak betul tentang gambar ni..korang boleh tengok gambar tu kat bawah ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
|


ha pe yang korang rasa tak betul tentang gambar ni..???
kalau tengok betul2 memang tak kan nampaknya...lalalalala...

hantu tomyam : mencari benda yang tak betul..huhu



Video Yang Akan Buat kan Anda Memakai Tudung [ Untuk Wanita ]








orang yang memakai tudung tidak semestinya menutup aurat..
dan orang yang menutup aurat sudah tentu dia memakai tudung..

fikirkan lah..menutup aurat bukan la sekadar fesyen..
tapi adalah perintah ALLAH



KANTOI BUAT MAKSIAT DALAM KERETA [ 3 GAMBAR ]





KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.


Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.


Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.


“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.


Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.[sumber]



KaLau sUKe BoLeh LIKE...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri BusuK