Showing posts with label Bukti Keagungan Allah. Show all posts
Showing posts with label Bukti Keagungan Allah. Show all posts

AL-QURAN BONGKAR RAHSIA PEMBINAAN PIRAMID





FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).

Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.

Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.
Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.

Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Sehubungan itu, Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, beliau menegaskan bahawa batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.

Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, Piramid Matahari dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa yang lalu.

Tanah liat

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata:, "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada 'tanah liat'.

Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuan dunia menemukan rahsia tersebut.

Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.

Jika ditinjau daripada kejadian Nabi Adam sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, adalah juga berasal daripada penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.
Daripada pemaparan hakikat ayat al-Quran di atas, jelaslah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkan dia di Laut Merah bersama tenteranya.

Malah Allah juga menyelamatkan Nabi Musa as daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang didambakan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian.

[sumber]



SOALAN INI MEMBUATKAN WANITA INI TERUS MENANGIS










Bagaimana wanita ini boleh menangis seperti ini???

Ya Allah..adakah aku masih jauh dari-MU..



BACAAN AL-QURAN YANG SANGAT SANGAT BEREMOSI










perdengarkan bacaan Surah Al-Fatiha dan Surah An-Nas ini berulang kali..
anda mungkin bakal menangis sepertinya..

Note: gunakan headphone dan pejam kan mata anda...hayati sepenuh jiwa..



KECANGGIHAN CIPTAAN ALLAH [ 10 GAMBAR ]




1


2

3

4

5

6

7

8

9

10

hanTu Tomyam : subhanallah..cantik DAN CANGGIH betul ciptaan ALLAH ni..memang cukup sempurna segala penyamaran mereka..

agak-agak la kan..gambar yang mana korang rasa penyamarannya paling sempurna...cepat teka..yang no 1 ka..yang no 2 ka..atau semua sekali ka...

bagi hantu tomyam, aku pilih gambar no4..sebab dari tadi aku tengok tak de pun binatang nye..geram la pulak aku..huhuhu..kalau tak caya korang tengok sendiri..



9 GAMBAR BINATANG ALBINO




apa itu Albino??

Albino (dari bahasa Latin albus yang berarti putih), disebut juga hypomelanism atau hypomelanosis, adalah salah satu bentuk dari hypopigmentary congenital disorder. Ciri khasnya adalah hilangnya pigmen melanin pada mata, kulit, dan rambut (atau lebih jarang hanya pada mata). Albino timbul dari perpaduan gen resesif.

Ciri-ciri seorang albino adalah mempunyai kulit dan rambut secara abnormal putih susu atau putih pucat dan memiliki iris merah muda atau biru dengan pupil merah.

Albino adalah kelainan genetik dan bukan penyakit yang boleh berjangkit..

dibawah ni adalah binatang2 yang mengalami ALBINO..













KEJADIAN ALAM | PELANGI PADA AWAN




Assalamualaikum semua...

ok...ni entri pertama aku di bulan november...aku nak mulakan entri di bulan november ni dengan satu kejadian alam yang mungkin nampak biasa bagi ahli sains..

tapi bagi orang seperti aku ni..kejadian ini sangat menakjubkan...mana tak nya..selalu aku tengok pelangi dekat Air terjun...lepas tu di langit lepas hujan..tapi kali ni..PELANGI MUNCUL PADA AWAN..

kalu aku kata pelik nanti ahli sains cakap ini perkara biasa..macam yang berlaku pada kejadian MOON HALO tu...

apa pun setiap kejadian yang berlaku adalah diatas kehendak Allah..

mungkin ini sebagai peringatan Allah kepada kita..

kerana Allah sangat sayang kepada kita..tapi kita yang sentiasa melarikan diri daripada disayangi Allah...

lihat gambar di bawah ni..indah kan ciptaan Allah..


ALOR SETAR - PELANGI PADA AWAN.....Pelik dan ajaib. Begitulah kejadian aneh yang berlaku di Jalan Sultanah Bahiyah kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Yuhanis Yaakob, 27, berkata, sewaktu kejadian dia sedang melihat pemandangan luar pejabat menerusi tingkap di bangunan pejabatnya di Kompleks Perniagaan Utama, Jalan Sultanah Sambungan.

“Sewaktu kejadian saya lihat cuaca seperti kebiasaannya, namun sedikit mendung seolah-olah hendak hujan lagipun sekarang musim hujan waktu petang."

[ sumber ]

kejadian ini bukan hanya sekadar untuk diperhatikan dan berasa takjub..tetapi merasa dan berfikir tentang kebesaran Allah yang mampu melakukan apa saja di luar pemikiran kita...



TAHU TAK KENAPA SEMUT BERLAGA KEPALA??




assalamualaikum semua..

korang sihat tak??.kalau tak sihat sila bertemu dengan doktor ek..hehe

di kesempatan ini aku nak wish dekat pasukan Selangor kerana masih meneruskan misi ke-33 piala Malaysia..walaupun pada mula nya agak berat untuk ditelan tapi mereka berjaya meneruskan nafas untuk menjulang piala Malaysia..Tahniah aku ucapkan kepada pasukan SELANGOR..

GOOD LUCK!!!!

ok berbalik pada kisah semut ini..korang nak tahu tak kenapa semut ni berhenti sekejap ketika bertemu dengan semut lain..mesti korang tak tahu kan..sebab aku pun baru tahu..hehehe..

ok lah kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal semut ni korang boleh baca kat bawah ni..kajian ni telah dijalankan oleh TC Schneirla. seorang saintis di Universiti New York..


Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.

Dari eksperimen itu Schneirla menyimpulkan bahawa bahan kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan kawannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Kemudian, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) adakah di kawasan sekitarnya ada makanan ataupun ada musuh.

kesimpulannya, Umat Islam pun amat digalakkan bersalam ketika bertemu temannya yang lain. Dengan bersalam biasanya akan bertanya khabar. Dan dengan ini kita boleh mengetahui adanya berita baik atau pun berita buruk..betul tak???

tapi yang malangnya orang kita sekarang ini terutama di bandar yang saling tidak menyapa antara satu sama lain. adakah kita kenal 40 orang jiran di kanan rumah anda, 40 orang di kiri rumah anda, ke depan dan belakang?

bukan setakat orang bandar je..aku ni pun sama jugak..huhu..kadang-kadang 40 orang kat dalam kelas pun aku tak kenal semua..hehehe..

hantu tomyam kata : setiap kejadian perlu diperhatikan..dan setiap yang diperhatikan perlu diambil iktibar sama ada ianya satu pengajaran atau peringatan..fikir-fikirkan lah...=)

sumber



IKAN KELI EMAS DITANGKAP!!!




Assalamualaikum semua..

ikan keli emas??..biar betul ni..eh2 betul la..ikan keli emas la..

semalam aku ada baca pasal perbezaan ikan keli halal dan ikan keli haram oleh dePalma SP..bagus info tu tau..

tapi pagi ni aku terjumpa pasal ikan keli emas ni pulak kat FB..agak nya minggu ni cerita pasal ikan keli je kot..hehe..

ha ikan keli emas ada kat bawah ni....tengok la..


SUNGAI LIMAU – Seorang petani terkejut apabila ikan keli yang ditangkap menggunakan serkap tidak seperti ikan lain kerana berwarna emas.

Roslin Abdul, 45 berkata, kira-kira jam 3 petang dia ke sawah untuk menangkap ikan, ketika sibuk menangkap dia terlihat seekor ikan keli yang siripnya kebiru-biruan berkilau lalu dia menangkapnya.

“Pada mulanya memang susah, bila saya tangkap dengan serkap, bila saya seluk saja dalam serkap itu tidak ada apa-apa pun, saya terfikir juga mungkin ikan ini berpuaka saya terus mencuba sehinggalah sampai ke tempat yang agak kering, akhirnya saya berjaya menangkapnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, dia bertanyakan hal ikan berkenaan kepada orang tua-tua kampung itu yang berumur 70 hingga 80 tahun namun kebanyakan mereka mengatakan ikan itu istimewa.

“Orang-orang tua di kampung ini berkata sepanjang hidup mereka ini kali pertama mereka melihat seekor keli yang berwarna emas.

sumber : sinar harian

ini hanya sebahagian bukti keagungan Allah di akhir zaman..fikir2 kan la..ini sebagai peringatan kepada hamba nya..

siapa hamba nya???

siapa lagi kalau bukan kita..oo kita ni hamba je..ingat kita hanya HAMBA..

hantu tomyam kata orang yang kreatif adalah orang yang berfikir selepas mendapat ilmu..lalala...





JOM KENALI FIZIKAL RASULULLAH




Assalamualaikum semua..

Rasulullah adalah rasul terakhir dimuka bumi ini..tapi sejauh mana kita mengenali beliau..

walaupun beliau tiada lagi di dunia ini dan kita tidak pernah bertemu dengan beliau..tapi kita masih boleh mengenali sifat2 fizikal Rasulullah..

bagaimana caranya??..macam ni..........jom kenali fizikal Rasulullah..


Annas ibnu malik r.a meriwayatkan yang bermaksud :

Postur Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak pendek. kulit beliau tidak terlalu putih dan tidak gelap. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak lurus terurai. Allah swt mengutuskan beliau sebagai rasul ketika memasuki usia yang keempat puluh. beliau tinggal di Mekkah selama sepuluh tahun. Beliau wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh, sementara uban di rambut dan janggut beliau tidak mencapai dua puluh helai..

( Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad )

Al-Bara' ibn Azib meriwayatkan yang bermaksud :

" Postur tubuh rasulullah saw sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bahagian badan diantara kedua bahunya lebar. rambut beliau lebat, hujungnya menyentuh daun telinga bahagian bawah. beliau memiliki baju berwarna merah.saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau.. "

( Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad )

Jabir ibn Samurah r.a meriwayatkan yang bermaksud :

" Mata Rasulullah saw putih kemerah-merahan dan daging tumit beliau sedikit. "

( Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Baghawi, Abu Dawud ath-Thayalisi dan Ahmad )

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan yang bermaksud :

" Gigi depan Rasulullah saw nampak renggang. ketika berbicara, diantara gigi depan beliau itu seperti keluar cahaya. "

( Riwayat Tirmidzi, Bagawi, Darimi, Baihaqi dan Thabrani )

Jabir Ibn Samurah r.a meriwayatkan yang bermaksud :

" saya melihat Rasulullah saw pada sebuah malam yang terang benderang oleh cahaya bulan. beliau mengenakan baju berwarna merah. saya menatap beliau dan memandang bulan. sesungguh nya, beliau lebih indah daripada bulan. "

( Riwayat Tirmidzi, Darimi, Abu syaikh, Hakim dan Thabrani )

Alhamdulillah..selepas mengetahui sifat fizikal rasulullah ini..mudah-mudahan kita akan tertarik untuk mengetahui dan mengenali sifat2 lain yang terdapat pada Rasulullah..

[ sumber : buku tentang keperibadian Muhammad saw ]




INGATLAH!!! BUMI MENGELETAR HAMPIR SETIAP HARI




Assalamualaikum semua..

bila anda hidup pasti anda akan mati..mengingat kematian adalah cara terbaik menjadikan kita lebih sedar dan insaf akan diri kita..sebab kita akan sedar yang kita ni hanya hidup sementara..dan bukan kekal abadi didunia ini..

ingat!!..hidup sementara bukan menghalalkan kita untuk melakukan apa saja didunia ini tanpa berlandaskan ajaran islam..tapi mencari keberkatan didunia dan bekalan untuk digunakan di Akhirat kelak..

begitu juga la kehidupan di dunia ini..yang kuat akan menjadi lemah..yang muda akan menjadi tua..dan bila kita tua pasti jalan pun kita akan mengeletar kan..jadi, bumi kita sedang mengalami fasa yang sama bila kita sudah tua..FASA MENGELETAR..ni bermakna bumi kita sudah semakin tua..dan menunggu ajal yang pasti kunjung tiba..tapi bila???hanya Allah sahaja yang tahu..kita hanya diberi pentunjuk sahaja..

hampir setiap hari kita dengar pasal gempa bumi kan..itu menandakan Allah masih sayang kan kita..kerana sentiasa memberi peringatan kepada sekalian umat manusia..tapi pernah ke kita sayang akan-NYA??..hanya kita je tahu niat masing2..

ni bukti apa yang MK cakap kan tadi......

WASHINGTON: Gempa bumi luar biasa melanda bahagian pantai timur Amerika dan Kanada kelmarin, menggegarkan bangunan dan memaksa pengosongan bangunan pejabat di beberapa bandar dan menangguhkan penerbangan di New York.

Pada masa sama, pihak berkuasa memulakan langkah berjaga-jaga berikutan taufan Irene yang sedang bergerak dari Caribbean dan dijangka membadai wilayah itu hujung minggu ini.

Tiada sebarang laporan kemusnahan teruk atau kecederaan akibat gempa bumi dengan magnitud 5.9 yang dilaporkan Jabatan Geologi Amerika Amerika sebagai berpusat di Mineral, Virginia pada kedalaman satu kilometer.

Tiga menara di Gereja Nasional Washington, kawasan perkuburan negeri untuk beberapa Presiden Amerika Syarikat rosak dan patah, manakala tempat kongres bersidang, US Capitol mengalami kerosakan kecil kelmarin akibat gempa bumi.

Pengarah komunikasi gereja Episcopal, Richard Weinberg, berkata menara pusat setinggi 30 tingkat mengalami kerosakan ketara dengan tiga corak bunga lili pecah dan jatuh.

Gereja Nasional dengan berat 150,000 tan dan dibina menggunakan batu kapur dan mengambil masa 83 tahun untuk disiapkan adalah puncak yang tertinggi di Washington.

Kakitangan Pentagon dan US Capitol diarah mengosongkan bangunan. Pekerja pejabat yang panik keluar ke jalan di bandar itu selepas waktu makan tengah hari yang menyebabkan peralatan pejabat jatuh dari rak serta tempat penyimpanan.

“Kami dapat berasa gegarannya,” kata Larry Beach yang bekerja di Agensi Perkembangan Antarabangsa Amerika Syarikat di pinggir Washington, yang terletak kira-kira 133 kilometer dari pusat gempa.

LIMA: Gempa bumi kuat 7.0 magnitud menggegarkan timur Peru hari ini dengan gegaran dapat dirasakan 480 kilometer (km) dari bandar Lima serta negara jiran, Ecuador dan Brazil.

Ahli Seismologi dari Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa bumi di 80 kilometer dari selatan Pucallpa, sebuah bandar terpencil pemisah antara pergunungan Andes dan hutan Amazon dengan kedalaman 145 kilometer dari aras bawah tanah.

Belum ada laporan kerosakan atau kecederaan direkodkan dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada tsunami berlaku selepas gempa bumi itu. - AFP

SYDNEY: Gempa kuat berukuran 6.2 magnitud melanda pantai Kepulauan Selatan Pasifik Vanuatu awal pagi ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa melanda di kedalaman 10 kilometer di sekitar 77 kilometer di barat laut ibu negara, Port Vila.
Ia berikutan beberapa gempa susulan berdekatan kepulauan itu beberapa hari lalu termasuk gempa berukuran 7.5 mangnitud, Ahad lalu. - AFP


kita patot bersyukur menjadi rakyat Malaysia..kerana kita jarang di uji dengan bencana sebegini..gempa bumi dan gunung berapi memang jauh sekali..kalau ada pun hanya sekadar getaran kecil sahaja..berbanding yang di alami oleh mereka..tapi jangan menduga kekuasaan Allah..kerana Allah mampu melakukan benda yang diluar jangkaan kita..

ingatlah..bersyukur dan bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita..dan jangan lalai dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita..kerana ia akan mengundang bencana disebabkan kita sendiri..



KAMBING DAN BISMILLAH..HA?????




Assalamualaikum semua...

salam ramadhan ke 18..mm sekejap nye masa berlalukan...ha kambing dan bismillah..apa pulak ni..tapi terpulang la kat korang nak percaya atau pun tidak..MK just nak share je..tapi kena ingat..bila kita jumpa benda yang takjub kita kena sebut apa murid2...kita kena sebut SUBHANALLAH..sebut apa???...SUBHANALLAH..ha pandai...

berbalik pada tajuk entry, kisah kambing dan bismillah ni MK jumpa kat FB member MK..kisah ni berbentuk video di mana kambing ni menjadi lembut dan lemah selepas mendengar bismillahirahmanirahim..dengan nama Allah yang maha pengampun dan maha penyanyang..subhanallah..dengan bismillah je kambing dah boleh lemah..ha korang mesti tak percaya kan..dah2 sebelum korang boring dengan bebelan MK ni..jom kita tengok video ni...


ha macam mana..da percaya ke dengan kuasa Allah..sedangkan kambing yang tak de akal pun tunduk dengan kata2 Allah..inikan kita..yang sempurna segala-galanya masih sombong dengan kuasa Allah..MK tengah tegur akan diri MK yang lemah ni...renungkan lah kejadian ini..

selamat berbuka semua......

nota khayalan: lepas ni boleh praktik kan untuk raya korban kan..





PAGI NUZUL QURAN YANG MENGEJUTKAN AKU...SUBHANALLAH!!!




pagi2 dah melayan surat khabar online ni..tengah syok2 baca..aku terjumpa satu artikel yang aku anggap ini petunjuk dan peringatan Allah untuk kita..walaupun kejadiannya berlaku pada khamis lepas..tapi cerita nya tersebar di pagi yang mulia ini..pagi nuzul quran...sebuah artikel yang menceritakan tentang Bayi ganjil seperti makhluk asing..subhanallah..


ADO EKITI - Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

"Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey," katanya.

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.

Bayi itu tidak mempunyai otak.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.


sengguhnya Allah turunkan sesuatu sebagai peringatan kepada kita tentang kewujudanNya..supaya kita akan sentiasa ingat terhadapNya..subhanallah..

[sumber]




ALLAH INGAT BILA KITA LUPA




Assalamualaikum semua..

adakah tsunami di aceh masih segar di ingatan kita atau sudah lenyap di telan masa atau sekadar hangat semasa bencana ini berlaku..dan selepas 7 tahun Allah memberi pringatan lagi kepada kita dengan tsunami di jepun..

bagaimanapun tsunami yang berlaku pada tahun 2004 telah meragut hampir 300 ribu nyawa manusia..jumlah yang begitu besar dalam sejarah bencana di dunia..ini bukan khayalan tapi fakta dan sejarah nya telah tercatat di dalam buku dunia...akan tetapi sesuatu bencana dan musibah yang terjadi kepada kita adalah disebabkan tangan kita sendiri..

Firman Allah dalam ayat 40 surah al-‘Ankabut yang bermaksud:

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu, dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi, dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi, dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

dengan ayat Allah di atas menujukkan bahawa bencana berlaku disebabkan air tangan kita sendiri dan bukan nya datang dari Allah semata-mata...kerana sesungguhnya Allah MAHA PENYAYANG terhadap hambanya..tapi bencana yang Allah turunkan bukan hanya sekadar azab bagi manusia yang lupa tapi musibah dan mendatangkan rahmat kepada orang yang beriman..dan ia tersebut di dalam hadis..

Dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah saw. bersabda,

“Besarnya suatu pahala adalah tergantung dari besarnya ujian dari Allah. Dan sesungguhnya Allah swt. apabila mencintai suatu kaum, Allah menguji mereka. Jika (dengan ujian tersebut) mereka redha, maka Allah pun memberikan keredhaan-Nya. Dan siapa yang marah (tidak redha), maka Allah pun marah terhadapnya.

(HR. Turmudzi dan Ibnu Majah)

ketika musibah menimpa suatu kaum karana dosa, maka musibah itu tidak hanya menimpa orang yang berbuat dosa sahaja, namun orang yang soleh pun terkena. AKAN TETAPI bagi orang yang soleh itu, MUSIBAH akan menjadi RAHMAT .

renungan bersama..

ALLAH SENTIASA DEKAT DENGAN KITA TAPI KITA YANG SEMAKIN MENJAUHI NYA

disini MK selit kan sikit gambar dari Mr google sebagai peringatan kita terutamanya peringatan kepada MK yang rasanya banyak jugak la buat dosa ni kan...mudah-mudahan Allah melembutkan hati kita untuk kembali kepada jalan NYA...Amin..







[sumber,sumber]




2012 : YANG PENTING KIAMAT PASTI BERLAKU




Assalamualaikum semua...

kiamat pasti berlaku..tapi kalau da sampai menetap kan tarikh bila kiamat itu berlaku adakah itu menjadi kan ia karut lagi mengarutkan..waktu terjadi nya kiamat kita semua tidak akan ada seorang pun yang tahu, apatah lagi sampai menyebut tarikh yang spesifik..MK bukan nya tak percaya dengan hari kiamat..MK percaya sangat tentang hari kiamat..tapi bukan berpandukan saintis...

tapi kita perlu kembali kepada al-quran dan al-sunnah..kita tidak ada hak untuk menetapkan bila berlaku nya hari kiamat apatah lagi siap dengan tarikh contohnya 21 disember 2012..kiamat adalah perkara yang ghaib..Hanya Allah saja yang tahu.. Tidak ada satu pun dari makhlukNya mengetahui bila kiamat itu akan berlaku, baik dari para nabi mahupun para malaikat..

Allah ada berfirman:

“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: ‘Bilakah terjadinya?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui’.” (Al-A’raaf: 187)


ini menunjukkan bahawa hanya Allah sahaja la yang mengetahui tentang bila dan bila kiamat tu akan berlaku..kita hanya perlu mempercayai yang kiamat itu pasti berlaku..Tentang waktu, bila kiamat terjadi, kita hanya diberi petunjuk tentang tanda2 datangnya kiamat. Bila tanda-tanda sudah ada, maka hari yang dimaksud memang sudah dekat..tapi INGAT tiada tetapan untuk hari kiamat walaupun hanya mengatakan siang ATAUPUN malam..kerana kiamat pasti berlaku siang DAN malam (bila amerika malam pasti malaysia akan menjadi siang kan)..sebab itu kiamat berlaku siang DAN malam..

Sesungguhnya setiap makhluk hidup seperti manusia, haiwan, atau tumbuh-tumbuhan memiliki tanda-tanda akhir akan kesudahan hidupnya di dunia..Tanda-tanda dekatnya kematian manusia adalah rambut beruban, tua, sakit, lemah..Begitu juga halnya dengan haiwan, hampir sama dengan manusia..manakala tumbuhan pula warnanya menguning, kering, jatuh,lalu hancur..dan Demikian juga alam semesta, memiliki tanda-tanda akhir masanya seperti kehancuran dan kerosakan.

Tanda-tanda kiamat

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

* Asap,
* Dajjal,
* Binatang (pandai bercakap),
* terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
* turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
* Yakjuj dan Makjuj,
* tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
* sekali di barat dan
* yang ketiga di Semenanjung Arab
* yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.


berdasarkan hadis diatas, Rasulullah yang begitu rapat dengan Allah pun tidak mengetahui bila kiamat itu akan berlaku..tapi baginda hanya mengetahui tanda-tanda akan terjadi nya hari kiamat...


siapa kita sampai mahu menetap kan tarikh hari kiamat??
adakah ini cara sulit untuk memastikan kita terpesong dari ajaran islam??
adakah mereka sudah berjaya menyebarkan dakyah mereka untuk mengugat keimanan kita??

dan akhirnya mereka telah berjaya menyebarkan kepercayaan mereka tanpa kita sedari..melalui internet  mahupun melalui filem...

patot ke kita menyebarkan kepercayaan mereka tentang kiamat 2012 atau kita sebarkan hadis Rasulullah tentang hari kiamat???mana lebih mulia korang rasa??

untuk apa kita mengkaji bila kiamat berlaku yang mana ianya pasti akan berlaku DAN Allah sahaja mengetahui rahsia nye..adakah kita ingin menyaingi ilmu Allah???

atau kita perlu memperbaiki kesilapan kita dan memperbanyakkan amalan untuk menghadapi hari kiamat??

Kita berdoa la semoga kita selamat, dunia-akhirat..amin...

[sumber,sumber,sumber]

nota khayalan : sekiranya ilmu ini masih cetek..sila beri tunjuk ajar ek...



YA ALLAH TUNJUKKAN LA KAMI JALAN YANG LURUS




MAKAN TENGAH HARI DI BULAN RAMADHAN...







KESAN KESOMBONGAN DAN KEANGKUHAN MANUSIA




Assalamualaikum semua...

korang sihat tak hari ni??da makan ke belum???kalau belum lagi..pegi la makan dulu..kalau nak tunggu MK belanja memang tak tau la lagi bila kan...hehe...

sedar dalam tak sedar, tak lama lagi kita akan berpuasa kan..sekejap je masa berlalu...huhu...apa pun...hari ni MK nak kongsi dengan korang pasal peristiwa lama dan peristiwa baru...hehe...sekadar peringatan kepada kita sebelum kita menempuhi bulan puasa yang penuh berkat ni...mudah-mudahan bulan ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun2 sebelum nya...

ok...kita mula dengan peristiwa KARAMNYA KAPAL TITANIC...


seperti yang kita semua tahu...kapal titanic adalah kapal yang paling mewah dan paling selamat di zaman nya..menurut pakar pada zaman titanic tu, kemungkinan besar kapal titanic untuk karam adalah sangat kecil...mungkin 0.1% kot..hehe..tapi sangat kecil la kemungkinan tu...berapa peratus tak tau la kan...hehehe...di sebabkan kesombongan dan keangkuhan mereka pada zaman itu la menyebabkan Allah yang maha berkuasa menidakkan segala kemungkinan yang mereka yakin kan tu...pada pelayaran pertama sahaja Allah telah menunjukkan kekuasaan NYA dengan menengelamkan kapal titanic dan dianggarkan beribu-ribu nyawa telah hilamg...

peristiwa seterusnya bangunan WTC New York telah rebah ke bumi...


bangunan ini juga telah dibangga-bangga kan oleh para pereka2 pada zaman pembinaan nya..mereka dengan angkuh mengatakan bahawa bangunan ini adalah bangunan yang paling selamat di dunia dan tidak akan runtuh atau rebah ke bumi walau apa pun bencana yang menimpa...tapi jangkaan mereka meleset sama sekali...bangunan tu akhirnya mencium bumi dengan rakus sekali setelah dirempuh oleh kapal terbang sahaja..ini menunjukkan Allah telah menengelamkan sifat keangkuhan mereka hanya dalam sekelip mata sahaja..dan sampai sekarang mereka masih takut akan peristiwa ini kerana Allah telah mencampakkan ketakutan dalam hati mereka...

peristiwa yang terbaru adalah KERETAPI PALING LAJU di negara china di sambar petir..

mereka juga seperti golongan di atas...bangga dengan ciptaan mereka..mereka terlampau yakin dengan kelajuan kereta api yamg mana mereka anggap kereta api terpantas di dunia..tapi ciptaan mereka tidak sama sekali dapat mengatasi ciptaan Allah...panahan petir telah mengalahkan kelajuan kereta api ciptaan mereka...


WENZHOU, China - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh apabila dua kereta api berkelajuan tinggi berlanggar di timur China kelmarin. Kemalangan tersebut yang turut mencederakan 210 penumpang merupakan nahas terburuk pernah melanda perkhidmatan kereta api China sejak 2008. Insiden itu berlaku apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah kereta api lain yang terhenti di atas sebuah jambatan dekat sini, sekitar 1,380 kilometer ke selatan ibu kota China, Beijing. Ketika kejadian, kereta api pertama kehilangan kuasa akibat dipanah petir sebelum ia dirempuh sebuah kereta api peluru yang bergerak di belakang kenderaan itu. Anggota-anggota pasukan penyelamat memasuki bangkai empat gerabak yang terjatuh ke bawah jambatan dalam usaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup.Menurut agensi berita Xinhua, pihak berkuasa China menghentikan 21 perjalanan kereta api selepas kemalangan tersebut berlaku yang turut mengorbankan dua warga asing. - Reuters.

kesombongan dan keangkuhan adalah milik Allah..perkara ini telah disebut didalam hadis dan Al-quran....

Al Isra’ {17}:37

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung."
hadis riwayat muslim :

Keagungan adalah sarungKu dan kesombongan adalah pakaianKu. Barangsiapa merebutnya (dari Aku) maka Aku menyiksanya..
Hadis Riwayat Ahmad:

Barangsiapa membanggakan dirinya sendiri dan berjalan dengan angkuh maka dia akan menghadap Allah dan Allah murka kepadanya..

p/s: jangan la kita bersifat sombong, walaupun kita hanya sombong dan angkuh kerana mempunyai kecantikkan dari segi rupa paras sahaja..ingat la kita hanya meminjam kecantikan itu dari Allah....ini adalah peringatan yang nyata dari Allah untuk orang-orang yang berILMU




AIR TERJUN BERGERAK KE UDARA???




Assalamualaikum semua....

bukti keagungan Allah ada di mana-mana...kita perlu mencari dan terus mencari supaya kita selalu akan ingat tentang kekuasaan Allah dan tidak lalai dengan kehidupan didunia ini..tiada kuasa lain yang mampu membuatkan air terjun bergerak keatas melainkan kuasa yang MAHA BERKUASA iaitu ALLAH...ini adalah mesej dari Allah yang tiada satu benda pun yang mampu mengatasi kekuasaan-NYA..peristiwa in berlaku di Australia..

SYDNEY - Satu kejadian ganjil berlaku di Sydney apabila air terjun didapati bergerak ke udara akibat tiupan angin yang kuat pada minggu lalu. Kejadian yang ganjil itu berjaya dirakamkan menerusi kamera dan ia kemudian disiarkan di You Tube. Air terjun itu tidak turun dari kawasan tinggi seperti kebiasaan. Apa yang terjadi ialah air terjun itu dipaksa angin bergerak ke udara. Kejadian itu berlaku akibat tiupan angin kencang yang melanda kawasan air terjun tersebut sehingga mencecah 120 kilometer sejam. Seorang penyelidik mengenai perubahan cuaca dunia sebuah pertubuhan bukan kerajaan Oxfam, John Magrath berkata, Bumi menyampaikan satu mesej kepada kita. "Mesej itu ialah cuaca keterlaluan akan menjadi satu kebiasaan," katanya. - Agensi




PLATYPUS: BUKTI KEAGUNGAN ALLAH




Assalamualaikum semua...

arini MK ada cerita tentang satu ciptaan Allah yang mana ahli sains sendiri tidak dapat merungkaikan tentang kategori mana perlu diletakkan mahkluk Allah ini..sejenis mahkluk yang dianggap MAMALIA tapi BERTELUR..pelik kan..mamalia semua beranak bukan bertelur...betul tak???..tapi semua itu benar..sapa pencipta nya???Allah la pencipta mahkluk ini..mulut nya pulak menyerupai PARUH seperti BURUNG dan mempunyai kaki BERSELAPUT macam KAKI ITIK tu tau kan...hehehe..Mahkluk Allah ini pulak mempunyai RACUN (da macam ular la pulak kan) dan meninggalkan telur nya di dalam lubang seperti REPTILIA..Mahkluk Allah ni tak pernah mengalami perubahan sejak ia wujud pada zaman DINOSAUR..Mahkluk Allah ini adalah binatang zaman DINOSAUR yang masih sempurna (sempurna; dia tak da perubahan dari segi fizikal sejak di lahir kan..hehehe) dan hidup pada hari ini..SUBHANALLAH...ungkapkan la perkataan SUBHANALLAH bila kita berasa takjub dan pelik dengan ciptaan Allah...wah MK berceramah la pulak...hakhak...MK nak berkongsi info je...hehehe...jom kita mengenali ciptaan Allah ini.......



KATA-KATA ALLAH DALAM MEMELIHARA NIKMAT KEAMANAN




memelihara nikmat keamanan banyak di sebut didalam al-quran dan hadis. ilmu perlu dicari untuk dijadikan amalan. MK bukan la pakar dalam bab islam tapi ini sebagai peringatan untuk kita semua yang semakin lupa pada al-quran dan hadis. kita hayati ayat-ayat allah di bawah yang menerangkan tentang memelihara nikmat keamanan. orang yang bijak adalah orang yang banyak berfikir dan memperbaiki kesilapan diri. Jom kita renungkan ayat Allah dan Hadis dibawah;



KaLau sUKe BoLeh LIKE...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri BusuK