Assalamualaikum semua..

ok disebabkan semalam MK punya belog kena hack..MK nak berkongsi sikit tentang macam mana nak bagi akaun kita tak boleh di hack oleh hackers yang tengah tak de keje ni kan..

term untuk akaun ni termasuk segala akaun yang korang buat secara online..merangkumi facebook ,myspace , friendster [ kalau ada lagi la kan ], blog dan juga segala jenis akaun email yang korang ada atau online banking korang..

ok benda ni mudah je..tak perlukan kita untuk study kaw2 tapi hanya perlu kan kerajinan je..


  • perkara yang paling mudah sekali..lepas korang dah daftar masuk ke dalam akaun korang tu atau dengan nama mesra nya LOGIN..pastikan korang logout atau signout atau nama mesra nya daftar keluar SEKIRANYA korang tak lagi menggunakan applikasi tu..jangan sesekali meninggalkan aplikasi tu tanpa korang logout..ianya akan memudahkan hackers untuk hack akaun korang..


  • benda lain yang korang perlu buat, jangan sesekali untuk tick atau check stay sign in..ni pun akan menyebabkan akaun anda di hack..mungkin ada sesetengah pengguna akan tick sebab mereka ingin kan kesenangan..kadang2 kesenangan yang kita kecapi bakal memudaratkan kita..ingat tu..



  • hati-hati dengan link yang ada kat shoutbox kita..pastikan anda mouse over dulu dekat link tu untuk melihat address link tu..pastikan anda megenali link itu..sekiranya anda berasa was2 dengan link tu seperti address dia agak pelik..jangan cuba untuk klik link tu..ianya bakal mengundang padah..


  • dan yang terakhir sekali..anda hanya perlu clear history browser anda selepas menggunakannya..terutama nya anda perlu clear cookie..apa itu cookie??..anda boleh klik kat sini [ mouse over dulu untuk check address ] untuk mengetahui nya dengan lebih lanjut apa itu cookie..cara lain untuk clear history adalah dengan menggunakan software CCleaner..MK guna software ni sebab dia mudah sikit..korang boleh download kat sini..



MK rasa ni je kot..kalau korang ada lagi tentang info ni..kongsi la ek dengan MK..boleh stress wei kalau da kena ni..huhu

pesanan dari MK : bagi MK cara ni bukan lah 100% cara mengelakkan akaun kita dari di hack..tapi sekadar nak mencegah tu boleh la..kan mencegah itu lebih baik dari mengubati..=)