Assalamualaikum semua....
ha cuak tak bila baca entry ni..mesti cuakkan...benda ni kenyataan dan reality....harini berapa lama korang duduk sambil blogwalking ni...kalau duduk lebih dari 12 jam sehari hati2 la ek...kurang kan duduk je tau....bagi yang keje kat ofis..buat2 la bangun sikit..buat exercise sikit lepas sejam korang duduk tu...bagi darah korang jalan2 sikit...banyak pulak sikit nye kan...sikit lama2 jadi bukit..hehehe..ha korang tak percaya lagi...mari baca berita ni........
SHEFFIELD, Britain - Kegilaan seorang pemuda, Chris Staniforth bermain permainan video Xbox hingga 12 jam sehari menyebabkan nyawanya melayang apabila saluran darahnya tersumbat, lapor sebuah akhbar semalam.
Bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.
Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.
"Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu," kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth.
Menurut David, anak lelakinya itu mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum rebah baru-baru ini.
Lelaki berkenaan memberitahu, anaknya tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya atau komplikasi kesihatan sebelum ini.
ha ni la bukti dia...so sekarang korang da percaya kan...hehehe...jangan sangka duduk lama tak boleh menyebabkan darah beku tau...
ok la....MK nak pegi buat pergerakan badan jap....salam...
sumber : Kosmo