gambar hiasan
KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibelasah kekasihnya sehingga mengakibatkan mukanya berdarah dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat karaoke di sini kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Kejadian berlaku apabila teman lelaki mangsa ternampak mangsa ditegur beberapa kawan lelaki ketika berada dalam pusat karaoke terlibat.
Berang dan cemburu terhadap perlakuan mangsa, suspek bertindak menumbuk, menendang dan kemudiannya menerajang mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka.
Mangsa yang ketakutan kemudiannya melarikan diri ke tingkat bawah pusat hiburan itu sebelum ditemui anggota polis Cawangan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim.
Mangsa berkata, dia hanya mengenali teman lelakinya sehari selepas beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah kepadanya.
“Saya baru sahaja mengenali teman lelaki saya itu dan tidak mengetahui nama sebenarnya. Ketika kejadian, saya berada dalam bilik karaoke dan menyanyi bersama beberapa rakan lain. Kekasih saya kemudiannya menyerang dan mencederakan saya.
“Suspek mengajak beberapa rakannya untuk memukul saya tetapi mereka enggan berbuat demikian sebaliknya hanya melihat saya dibelasah. Dia juga mengugut saya. Kerana tidak tahan ditendang, saya melarikan dari bilik itu,” katanya.
Suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
[sumber]
Hantu tomyam : tu la mudah sangat nak jadi kekasih tanpa berfikir..kan dah kena belasah..bagi perepmpuan di luar sana..hati-hatilah semasa memilih pasangan anda ok..yang lelaki pulak..jangan sesuka-suki hati korang pulak nak buat anak orang macam tu..kena kat adik beradik korang nanti pandai lak nak melenting...