Assalamualaikum semua...

korang sihat tak hari ni??da makan ke belum???kalau belum lagi..pegi la makan dulu..kalau nak tunggu MK belanja memang tak tau la lagi bila kan...hehe...

sedar dalam tak sedar, tak lama lagi kita akan berpuasa kan..sekejap je masa berlalu...huhu...apa pun...hari ni MK nak kongsi dengan korang pasal peristiwa lama dan peristiwa baru...hehe...sekadar peringatan kepada kita sebelum kita menempuhi bulan puasa yang penuh berkat ni...mudah-mudahan bulan ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun2 sebelum nya...

ok...kita mula dengan peristiwa KARAMNYA KAPAL TITANIC...


seperti yang kita semua tahu...kapal titanic adalah kapal yang paling mewah dan paling selamat di zaman nya..menurut pakar pada zaman titanic tu, kemungkinan besar kapal titanic untuk karam adalah sangat kecil...mungkin 0.1% kot..hehe..tapi sangat kecil la kemungkinan tu...berapa peratus tak tau la kan...hehehe...di sebabkan kesombongan dan keangkuhan mereka pada zaman itu la menyebabkan Allah yang maha berkuasa menidakkan segala kemungkinan yang mereka yakin kan tu...pada pelayaran pertama sahaja Allah telah menunjukkan kekuasaan NYA dengan menengelamkan kapal titanic dan dianggarkan beribu-ribu nyawa telah hilamg...

peristiwa seterusnya bangunan WTC New York telah rebah ke bumi...


bangunan ini juga telah dibangga-bangga kan oleh para pereka2 pada zaman pembinaan nya..mereka dengan angkuh mengatakan bahawa bangunan ini adalah bangunan yang paling selamat di dunia dan tidak akan runtuh atau rebah ke bumi walau apa pun bencana yang menimpa...tapi jangkaan mereka meleset sama sekali...bangunan tu akhirnya mencium bumi dengan rakus sekali setelah dirempuh oleh kapal terbang sahaja..ini menunjukkan Allah telah menengelamkan sifat keangkuhan mereka hanya dalam sekelip mata sahaja..dan sampai sekarang mereka masih takut akan peristiwa ini kerana Allah telah mencampakkan ketakutan dalam hati mereka...

peristiwa yang terbaru adalah KERETAPI PALING LAJU di negara china di sambar petir..

mereka juga seperti golongan di atas...bangga dengan ciptaan mereka..mereka terlampau yakin dengan kelajuan kereta api yamg mana mereka anggap kereta api terpantas di dunia..tapi ciptaan mereka tidak sama sekali dapat mengatasi ciptaan Allah...panahan petir telah mengalahkan kelajuan kereta api ciptaan mereka...


WENZHOU, China - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh apabila dua kereta api berkelajuan tinggi berlanggar di timur China kelmarin. Kemalangan tersebut yang turut mencederakan 210 penumpang merupakan nahas terburuk pernah melanda perkhidmatan kereta api China sejak 2008. Insiden itu berlaku apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah kereta api lain yang terhenti di atas sebuah jambatan dekat sini, sekitar 1,380 kilometer ke selatan ibu kota China, Beijing. Ketika kejadian, kereta api pertama kehilangan kuasa akibat dipanah petir sebelum ia dirempuh sebuah kereta api peluru yang bergerak di belakang kenderaan itu. Anggota-anggota pasukan penyelamat memasuki bangkai empat gerabak yang terjatuh ke bawah jambatan dalam usaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup.Menurut agensi berita Xinhua, pihak berkuasa China menghentikan 21 perjalanan kereta api selepas kemalangan tersebut berlaku yang turut mengorbankan dua warga asing. - Reuters.

kesombongan dan keangkuhan adalah milik Allah..perkara ini telah disebut didalam hadis dan Al-quran....

Al Isra’ {17}:37

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung."
hadis riwayat muslim :

Keagungan adalah sarungKu dan kesombongan adalah pakaianKu. Barangsiapa merebutnya (dari Aku) maka Aku menyiksanya..
Hadis Riwayat Ahmad:

Barangsiapa membanggakan dirinya sendiri dan berjalan dengan angkuh maka dia akan menghadap Allah dan Allah murka kepadanya..

p/s: jangan la kita bersifat sombong, walaupun kita hanya sombong dan angkuh kerana mempunyai kecantikkan dari segi rupa paras sahaja..ingat la kita hanya meminjam kecantikan itu dari Allah....ini adalah peringatan yang nyata dari Allah untuk orang-orang yang berILMU