Assalamualaikum semua...

tengok angka kat tajuk entri ni pun da cukup mengerunkan..bayangkan la banyak ni jugak arash Allah telah BERGEGAR..mana tak nya..ibarat kita telah meruntuhkan MASJID hampir 200 RIBU kali..huh!..banyak tuuuuuuuuuuuuu...

MK tahu.. MK tak layak nak sebut pasal kawin2 lagi ni..sebab MK pun belum kawin lagi..bujang tau..hehehe...tapi just nak share je la kan..sebab MK gerun la tengok angka yang begitu mengerunkan ni..mana silap nye ek???agak2 korang la kan...apa punca mereka ni bercerai ek..mmmmm??????

adakah hawa nafsu penyebab utama..??? ATAU adakah perkahwinan ini tidak mendapat restu dari ibu dan bapa?? ATAU mereka kahwin secara terburu-buru?? ATAU mana satu ek??


nak tahu berita selanjut nya disini...isu ni dikupas oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut......

SENAI – Faktor terlalu mengikut hawa nafsu menjadi penyumbang terbesar kepada punca penceraian kepada lebih 200,000 pasangan suami isteri Malaysia seperti yang dilaporkan di pejabat agama Islam seluruh negara kira-kira 10 tahun lalu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut memberitahu, perkahwinan pada masa kini berlaku dengan terlalu terburu-buru melalui proses perkenalan yang sangat singkat berbanding perkahwinan pada zaman dahulu.

"Kita lihat pasangan yang baru berkenalan dalam masa tiga atau empat bulan terlalu tergesa-gesa mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga tanpa meluangkan masa untuk betul-betul mengenali pasangan mereka.

"Tambahan pula, ibu bapa langsung tidak dilibatkan dalam mendapatkan restu perkahwinan mereka dengan alasan yang mahu berkahwin bukanlah ibu bapa tetapi diri mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Pada masa dahulu katanya, pasangan perlu mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk melalui proses merisik, bertunang dan berkenal-kenalan dengan lebih dekat.

"Sekurang-kurangnya mereka dapat mengenal :pasangan masing-masing dan ibu bapa juga dilibatkan dalam proses pra perkahwinan itu walaupun bakal mempelai itu bukanlah pilihan ibu bapa,” katanya.

Beliau memberitahu, pasangan yang akan berkahwin juga perlu prihatin terhadap persediaan untuk menempuh alam perkahwinan selain memikirkan tentang tanggungjawab dan peranan yang perlu mereka galas.

"Sekarang ini, ramai pasangan yang mahu berkahwin tetapi solat lima waktu pun tidak dikerjakan, jadi mana datangnya berkat dalam rumah tangga yang bakal dibina nanti.

"Ada juga yang tidak tahu untuk mengucap dua kalimah syahadah dan lebih memalukan lagi, ada juga yang belum berkhatan,” katanya.

Noh berkata, sepatutnya perkara yang berkaitan agama itu jangan terlalu diambil mudah kerana sekiranya ditinggalkan, ia akan mendatangkan banyak masalah.

ooo baru aku mengerti..rupa-rupa nya faktor NAFSU punca terbesar penCERAIan ek..betul gak kata Datuk Noh Gadut ni...baru kenal seminggu da percaya KAW2..sanggup mati bersama la konon nya..tak boleh blah..huhu..

alamak terasa la pulak aku ayat yang ni.."ramai pasangan yang mahu berkahwin tetapi solat lima waktu pun tidak dikerjakan"..huhu..diam kejap..

tapi yang ni aku paling risau.."tidak tahu untuk mengucap dua kalimah syahadah" dan yang ni "ada juga yang belum berkhatan"..

mmm fikir2 kan lah tapi jangan sampai stress..huhu...tata..=)

[sumber]