jangan sangka pisang tak boleh berbuah dua kali...jangan fikir kita duduk didunia ni seorang diri...tak percaya ke??kalau tak percaya tak pe..sebab tak da kaitan entry MK kali ni dengan semua benda tu..hehe..sedar dalam tak sedar - percaya ataupun tidak - hari-hari kita sebut dewa mereka..ha yang ni baru ada kaitan dengan entry MK kali ni tau..minda khayalan sedang berkhayal ke??memang sedang berkhayal pun masa buat entry ni..tapi ingat bukan berkhayal kosang tau..hehehe..
berbalik kita pada tajuk entry yang begitu panjang dan yang paling panjang di kalangan terpanjang..huh! berbelit lidah..sedar tak yang kita sedang di bentuk dengan dakyah-dakyah memuja tuhan-tuhan berhala yahudi dan nasrani dalam keadaan yang paling halus dan menghaluskan..perkara ini berlaku seawal kita berumur 4 tahun lagi..mmm lama tu kan..nak tahu apa dia...mm nanti la dulu..belum habis lagi ni intro dia..hehehe..
semua ini ada kaitan dengan Bahasa Inggeris..kenapa dengan bahasa inggeris ni..bagi yang da tahu kena baca jugak..yang mana tak tahu lagi pun kena baca jugak..semat kan la budaya membaca dalam diri kita ek..hehe..ok sebelum MK berkhayal lebih panjang baik kita teruskan dengan tajuk utama entry ni....di sebalik pengertian bulan dan hari Masehi..
Pengertian Bulan-Bulan Masehi
- Januari - berasal dari perkataan Janus, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat kebelakang.
- Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu Februo yang bermaksud kesucian. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
- Mac - berasal dari perkataan Mars, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
- April - berasal dari bahasa latin iaitu Aperto yang bererti terbuka atau berkembang. Dalam bulan ini biasanya bunga- bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon menggelar bulan ini sebagai Easter kerana menghormati tuhan musim panas (summer).
- Mei - berasal dari perkataan Maia iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama Atlas.
- Jun - berasal dari perkataan Juno, salah satu tuhan orang Romawi.
- Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah Julius Caesar yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
- Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu Caeser Augustus bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama Sextilitis (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
- September - berasal dari perkataan Septem yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
- Oktober - berasal dari perkataan Octo yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
- November - berasal dari bahasa latin iaitu Novem yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
- Disember - berasal dari bahasa latin Decem yang bererti sepuluh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang keduabelas.
- Sunday - berasal dari perkataan Suns Day ertinya matahari.
- Monday - berasal dari perkataan Moons Day bererti hari bulan.
- Tuesday - berasal dari perkataan Day of Tyr sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama Tyr.
- Wednesday - berasal dari perkataan Woden nama salah satu dewa suci Rom.
- Thursday - berasal dari perkataan Day of Thor sempena nama dewa Rom iaitu Thor yang bermakna Dewa Halilintar.
- Friday - berasal dari perkataan Day of Freya iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama Freya.
- Saturday - berasal dari perkataan Saturnus yang bererti bintang Saturnus mengikut kepercayaan orang Romawi.
rupanya dorang telah merancang segala perbuatan dan perilaku dorang dari awal lagi tanpa kita sedari..patot la bahasa inggeris menjadi bahasa pengantar dunia...dan patot la mereka menjajah setiap pelusuk negeri..rupa nya ada makna tersirat yang paling halus dan menkhayalkan...patot la kita semakin hari semakin lalai..huhu..tapi tak pe..disebabkan islam adalah agama yang paling sempurna maka kita boleh mengatasinya..TAPI kita harus menjaga satu perkara iaitu SOLAT..solat adalah tiang agama..itu yang paling penting..sempurna solat seseorang maka akan sempurna la kehidupan dia..ha MK da solat ke...mmmm ok2...MK pegi solat dulu...salam