12 MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W




12 MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W




1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.



PASTI KORANG GERAM BILA TENGOK GAMBAR NI # 2





ok...bagi yang suka kat benda ni pasti korang akan rasa geram bila tengok benda ni...

tapi jangan sampai menjerit-jerit tau...kalau nak menjerit pun jangan kuat2 ek..heehe..

kang terkejut pulak benda ni..terus demam benda ni..huhu..

ok lah..kalau nak tau pe dia..meh klik button tekan sini...








** ha tu dia..macam mana..geram tak??..oopps...jangan jerit...
LIKE!!!! je.....

[sumber]




GADIS DICABUL BEKAS KEKASIH DALAM KERETA





KUALA BERANG - Pertemuan dengan bekas kekasih membawa kenangan hitam bagi seorang gadis apabila dia dicabul dalam kereta pada 22 Disember kira-kira jam 3.30 petang di tepi jalan Kampung Gerdong, Kuala Berang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, pada hari kejadian, mangsa berumur 19 tahun datang sendiri dengan rela hati berjumpa dengan lelaki terbabit dan masuk ke dalam kereta bagi berbincang serta menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Ketika hendak pulang, lelaki tersebut telah menarik kepala mangsa ke arah badannya sambil meraba buah dadanya tanpa membuka baju dan membuka zip seluar serta memasukkan jari kiri ke dalam kemaluan mangsa.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Langkap, Sungai Tong, Setiu kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan mendapatkan rawatan di Hospital Setiu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pasangan itu dipercayai menjalinkan hubungan sejak lima tahun lalu dan memutuskan hubungan pada Mei 2011 kerana mendapat tentangan daripada keluarga perempuan yang tidak menyukai lelaki berkenaan.

Menurutnya, suspek berumur 23 tahun dari Kampung Felda Belara, Kuala Terengganu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.[sumber]

Hantu Tomyam : ape punya laki..terlebih tengok video lucah la ni..bagus pun perempuan ni tak pilih laki ni jadi suami kan..huhu..lagi satu, tak de tempat lain ke nak bincang..dalam keta juga yang di pilih..huhu..apa pun tak boleh..



APA YANG TAK BETUL TENTANG GAMBAR NI? #3





apa yang korang rasa tak betul tentang gambar ni..korang tengok la sendiri ek..kalau dah jumpa baru klik button bawah ni tau...

AMARAN !!! : kalau dah jumpa baru klik tau..jangan jadi pemalas..hehehehe..




pelik tak..mane la datang benda tu kat situ kan..memang ada yang tak betul kan tentang gambar ni..huhu




PUNCA UTAMA OSBON DAN BOBOI LAYAK KE FINAL MLM








ML Mega 2011 [Minggu 9] - Osbon [1]



ML Mega 2011 [Minggu 9] - Osbon [2]



ML Mega 2011 [Minggu 9] - Boboi [1]



ML Mega 2011 [Minggu 9] - Boboi [2]





ha ni la punca dorang layak ke final..betul tak??
mmm...nampaknya ramai yang setuju la kan..
mm bagus2....
tapi jangan lupa sokong dorang dengan cara mengundi dorang k..
JANGAN LUPA UNDI OSBON dan BOBOI tau..
LIKE!!!!



KUCING SUPER PANTAS SEPERTI NINJA ( NINJA CAT )





jangan sangka kura2 ngan panda je leh jadi ninja..kucing pun boleh tau..
tak caya..meh tengok sini..




gila lah kucing ni kan..awat hang pantas sangat ni..comel nya..belajar kat mana dulu ni ha???



ADAB-ADAB KETIKA MENGUAP





Assalamualaikum semua...

Hantu Tomyam - ok..arini aku nak kongsi sikit pasal adab2 menguap..aku rasa ianya agak penting jugak untuk kita ketahui walaupun ianya tak nampak penting..huhu..bukan makan or belajar je kita perlu beradab..tapi ketika menguap pun kita perlu beradab..dan baru ku tahu makruh bila kita mengangkat suara ketika menguap..oopss..selepas aku tahu benda ni..sekarang aku dah tak menguap macam tu ok..huhu..ni bukan sekadar pesanan orang tua2 tau...

1. Menahan menguap sekadar termampu 

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r a., daripada Nabi s.a.w ., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin & membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.

Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya."

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w . yang bermaksud:

"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya."

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad & At-Termizi daripada Nabi s.a .w. katanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin & membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Nabi s.a .w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT membenci mengangkat suara ketika menguap & bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah SWT."

BETULKAN YANG TERBIASA & BIASAKAN YANG BETUL

[sumber]




2 TAHUN TERPAKSA LAYAN NAFSU BAPA





Hantu Tomyam : adui...ada lagi bapa yang makan anak ni ek..buat rosak nama bapa2 sedunia betul la laki ni..merosakkan masa depan anak ko je la..pe la perasaan dorang ni kan sampai tergamak buat macam ni kat anak sendiri..ntah pape ntah...huh!..

KULIM - Haruan makan anak. Begitulah yang dapat digambarkan perlakuan jijik seorang bapa yang sanggup menjadikan anaknya tempat pelepas nafsu.

Sikap terlalu memanjakan anak perempuannya itu yang berusia 14 tahun terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan bapanya yang sering memaksa melakukan hubungan seks.

Mangsa yang tinggal bersama keluarganya di sebuah taman perumahan di sini terpaksa menyembunyikan perbuatan sumbang bapanya itu kerana takut dan malu sekiranya diketahui oleh orang lain.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh mengesahkan laporan dibuat remaja terbabit.

Menurutnya, dalam laporan dibuat, mangsa memaklumkan perbuatan terkutuk berkenaan sudah berlanjutan selama dua tahun iaitu sejak mangsa berusia 12 tahun lagi.

“Kejadian terakhir berlaku di bilik bapa mangsa beberapa hari lalu.

“Mangsa diminta tidak memaklumkan perbuatan itu kepada ibunya kerana ia akan menjejaskan hubungan mereka suami isteri,” katanya.

Bagaimanapun, isteri suspek curiga dengan sikap suaminya yang terlalu memanjakan mangsa sedangkan pasangan itu memiliki anak perempuan lain.

“Isteri suspek berasa pelik dan curiga kerana apa sahaja yang dilakukan oleh mangsa, tidak akan ditegur suaminya walaupun perbuatan itu salah.

“Berikutan itu, dia tergerak hati menyoal anaknya jika ada perkara yang tidak baik dilakukan suaminya itu," katanya.

Ghuzlan berkata, curiga si isteri terjawab apabila anaknya membongkar perbuatan terkutuk suaminya.

Dia kemudiannya membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Kulim.

Katanya, perlakuan seks yang melibatkan remaja bawah umur, diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perbuatan itu.

“Remaja sering menjadi mangsa perbuatan terkutuk ini, lebih menyedihkan ia dilakukan oleh ahli keluarga mereka sendiri.

“Anak-anak sepatutnya disayangi dan dibimbing, bukan dilakukan sebegitu rupa,” katanya.[sumber]



BELASAH TEMAN WANITA SELEPAS TERKANTOI CURANG




Hantu Tomyam : apa ke banggang nya laki..ko dah kantoi dengan awek ko sendiri pasal ko curang..ko pegi belasah pulak awek ko ek..sampai tulang pipi dia patah pulak tu..apa jenis laki la ko ni..

AMARAN!!!: Jangan cari lelaki jenis macam ni..tak de guna punya orang.

Gambar Hiasan

AMPANG- Hanya kerana rahsia kecurangannya terbongkar, seorang lelaki sanggup membelasah teman wanitanya sehingga retak tulang pipi.

Wanita berusia 20-an itu bukan saja cedera akibat diperlakukan sedemikian malah trauma dan terpaksa menerima rawatan di hospital sebelum dibenarkan keluar serta nekad membuat laporan polis kelmari.

Sumber memberitahu mangsa pergi ke rumah teman lelakinya di Pandan Indah, di sini untuk bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu.

"Malangnya, sebaik tiba di rumah teman lelakinya itu, mangsa melihat lelaki berusia 20-an itu bersama seornag wanita lain di dalam rumah.

"Mangsa yang berang dan yakin teman lelakinya itu curang naik angin dan memarahi lelaki terbabit dan bertanyakan mengenai wanita itu", katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terjatuh akibat tindakan ganas lelaki itu terpaksa menahan kesakitan dan bangun semula untuk pulang ke rumahnya di Klang.

"Bagaimanapun, sebaik tiba dirumah, mangsa dikatakan mengalami bengkak muka dan pengsan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan doktor mendapati tulang pipi mangsa retak dan memerlukan rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang.

Selepas lebih seminggu dimasukkan ke wad, mangsa dibenarkan pulang dan membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

sumber : Haraian Metro



BMW 325i MILIK FASHA SANDHA LESAP




MODEL kereta BMW 325i milik Fasha yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kereta jenis BMW 325i miliknya lesap, dipercayai dicuri di kawasan letak kereta Jalan Wangsa Delima berhampiran pusat beli-belah Wangsa Walk, di Wangsa Maju di sini semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Fasha, 27, yang ditemani ibunya dikatakan meninggalkan kereta itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran premis tersebut.

"Fasha yang keluar semula menuju ke arah keretanya 10 minit kemudian terkejut apabila mendapati kereta BMW 325i berwarna putih miliknya telah hilang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jelas sumber itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Fasha di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kehilangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu, Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Penanggal mengesahkan kehilangan kereta tersebut.

[sumber]

Hantu Tomyam : kesian fasha sandha..tak de rezeki la tu kan cik fasha sandha..sabar tau..banyakkan berdoa ek..



JAKIM SAHKAN BURGER RAMLY TIADA DNA BABI




JAKIM SAHKAN BURGER RAMLY TIADA DNA BABI


IPOH: Orang ramai diminta tidak was-was berhubung status halal burger Ramly selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk frankfurter jenama Ramly yang dijual di pasaran tempatan adalah halal.

Pengesahan Bahagian Hab Halal Jakim itu sekali gus menafikan dakwaan produk frankfurter jenama Ramly mengandungi DNA babi.

Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk produk frankfurter jenama Ramly yang dikeluarkan Bahagian Hub Halal Jakim masih sah sehingga 14 Januari 2012.

"Bahagian Hab Halal Jakim dan Kementerian Kesihatan sudah mengambil beberapa contoh produk dari kilang terbabit untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan pada 14 November lalu.

"Hasil uji kaji Jabatan Kimia Malaysia mendapati produk berkenaan tidak mengandungi sebarang DNA babi," kata Jakim dalam kenyataan.

Jakim menegaskan, mereka tidak akan bertolak ansur dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara terutama membabitkan isu halal dan berlaku pelanggaran undang-undang berkaitan.

Justeru, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan membabitkan isu halal, orang ramai diminta untuk merujuk melalui laman web Bahagian Hab Halal http:// www.halal.gov.my.

Sebarang pertanyaan berkenaan status halal sesuatu produk boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, Jakim di talian 03-83150200.

[sumber]

Hantu Tomyam : sapa lah yang nak sabotaj RAMLY ni..aduiyai...ni lah satu-satunya produk dari anak melayu yang terkenal didunia..



REKAAN BANGUNAN YANG PELIK




MUZIUM Wonderworks di Ohio, Florida menampilkan konsep bangunan terbalik.

RUMAH Kiub di Rotterdam, Belanda direka bagi mengurangkan penggunaan tanah.

TANGKAI bangunan ini memiliki berat 150,000 kilogram dan boleh dipanaskan semasa cuaca sejuk.



KEJAM !! 70 RIBU TULANG DAN TENGKORAK UMAT ISLAM DIJADIKAN SEBUAH GEREJA




Assalamualaikum semua...

hantu tomyam : ok..harini aku terjumpa satu artikel yang agak menyedihkan aku..dan aku rasa nak kongsikan dengan hang pa semua..

korang boleh bayangkan tak.. 70 ribu tulang dan tengkorak dijadikan gereja..pergh memang sadis la kan..

yang membuat aku bertambah sedih lagi..tulang dan tengkorak tu adalah tulang umat islam beb..ini dah melampau la kan..

kalau sikit tak pe lagi..ni dah sampai beribu-ribu..dah boleh mendatangkan marah la kan..

kalau korang nak tahu artikel seterusnya ada kat bawah ni..sekali dengan gambar tulang dan tengkorak tu..

GEREJA DI CHECH YANG BERUSIA LEBIH 1000 TAHUN LAMPAU DIBINA DENGAN TULANG DAN TENGKORAK ORANG-ORANG ISLAM. PADA TAHUN 1318 PEMBINAAN BARU TELAH BERJAYA MENGUMPUL 30 RIBU TULANG UMAT ISLAM YANG DIBUNUH OLEH TENTERA SERBIA.

PADA TAHUN 1870 TENTERA SERBIA BERJAYA MENGUMPUL 40 RIBU TULANG DAN TENGKORAK ORANG ISLAM,

MEREKA MENGHIASI GEREJA-GEREJA MEREKA DENGAN TULANG DAN RANGKA UMAT ISLAM YANG MEREKA BUNUH..





BEGITULAH UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN YANG MASIH LENA DENGAN KEMEWAHAN DANG PANGKAT , PINGAT, GELARAN TERSOHOR BERTARAF DUNIA YANG DIBERI OLEH KUNCU-KUNCU YAHUDI SERTA PENJAJAH DI MERATA DUNIA…

MEREKA ( UMAT ISLAM ) TIDAK AKAN BANGKIT MENENTANG SYAITAN TETAPI MEREKA AKAN BERBINCANG DENGAN SYAITAN-SYAITAN MANUSIA, BAGAIMANA CARA MEMBINA ISLAM DAN NEGARA ISLAM… SEHINGGA KINI MEREKA MASIH BERBINCANG DAN BERMESYUARAT DEMI KEBAIKKAN AGAMA ALLAH MENGIKUT VERSI-VERSI YANG DIPERSETUJUI OLEH SYAITAN-SYAITAN DUNIA… WALAH A’LAM SAMPAI BILA KITA MENERUSKAN PERBINCANGAN INI… HANYA SALAHUDDIN AL-AYUBI SAHAJA YANG DAPAT MENGAJAR MEREKA… YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADA KAMI PEMIMPIN YANG LAHIR DARI ZURIAT KAMI YANG PALING SUCI UNTUK MEMIMPIN KAMI.. AMIN YA RABBAL ALAMIN…[sumber]

kejam kan..bila umat islam nak bersatu balik ni..hmmm=(



APA YANG TAK BETUL TENTANG GAMBAR NI? #2





gambar yang akan korang tengok nanti bakal menimbulkan banyak persoalan...
seperti banyak persoalan yang berada di minda..ok tak payah fikir banyak ..kita tengok je ek..huhu..

|    |
|    |
|    |
|    |
|    |
|    |
|    |
|    |

macam2 andaian dan persoalan yang bakal kita buat..tapi apa yang penting mesti ada yang tak betul tentang gambar ni..apa dia ek.....



25 PESANAN YANG INDAH DARIPADA LUQMAN AL HAKIM




Assalamualaikum.....


Hantu Tomyam : bagi aku 25 pesanan Luqman Hakim kepada anak-anaknya adalah pesanan yang begitu indah dan mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat..jadikan lah pesanan ini sebagai satu teknik dalam penyampaian untuk membentuk remaja yang berguna pada zaman yang penuh cabaran ini..

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


16Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

[sumber]

p/s : kenapa aku bold  kan pesanan ke-15 dan 16..sebab aku tertarik dengan pesanan ini..kerana pada zaman sekarang ni ramai orang yang menuntut ilmu tapi tidak mengamalkan apa yang dituntutnya..dan tidak ramai sahabat yang membantu kita bila kita dalam kesusahan..so kalau nak cari kawan sejati..ujilah mereka terlebih dahulu..fikirkan lah...



BUDAK 12 TAHUN JADI HAMBA SEKS BAPA KANDUNG





KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tergamak menjadikan anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebagai hamba seksnya sejak setahun lalu di Jinjang.

Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa lelaki berusia 37 itu juga terpaksa menanggung rahsia besar bapanya yang mengugutnya supaya tidak membocorkan perbuatan jijik berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahan menjadi hamba seks bapanya nekad menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Jinjang selepas dia sekali lagi dirogol suspek, kelmarin.

Sumber berkata, episod hitam itu bermula pada tahun lalu apabila bapa kanak-kanak berkenaan membawanya ke tempat kerja di ibu kota dan merogol mangsa.

“Dia yang gagal melawan hanya mampu berdiam dan menangis ketika menjadi mangsa nafsu seks bapa."

“Mangsa yang ketakutan hanya mampu berdiam dan terus menyimpan rahsia itu kerana bimbang dicederakan,” katanya.[sumber]

Hantu Tomyam : adui...tergamak dia buat macam tu dekat anak sendiri..apa jenis bapa la kalau da buat anak macam ni..sedih betul aku tengok..merosakkan nama SEORANG BAPA je la ko ni..huh!



INI DIA RUPA SEBENAR TENTERA AMERIKA DAN ISRAEL





mungkin korang tak percaya apa yang aku tengok ni..tapi korang akan percaya bila korang da tengok..

kalau korang nak tahu rupa sebenar tentera amerika dan israel..korang boleh tengok sendiri...

| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |


ha ni la dia...sama tak..konfem sama kan..hakhak..perangai dorang pun dah macam benda ni kan..



BAHAYA - MENGUAP BOLEH BERJANGKIT




LONDON: Tabiat menguap mempunyai kesan negatif kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain, lapor satu kajian.

Hasil kajian itu yang disiarkan jurnal Public Library of Science, menyatakan menguap adalah ikatan empati yang terjadi dalam sesuatu kelompok sosial.

Kami berusaha memahami faktor paling penting yang mempengaruhi penularan menguap kepada manusia dengan mengumpulkan data selama setahun dari beberapa negara berlainan di dunia, kata ketua pengkaji di Universiti Pisa Itali, Prof Elisabetta Palagi.

Beliau berkata pihaknya melakukan kajian ke atas 109 dewasa, 53 daripadanya lelaki di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika selama 12 bulan. Sebelum ini menguap sering kali dikaitkan dengan tanda keletihan, tekanan atau perasaan bosan.

Kami membahagikan mereka kepada dua kumpulan dengan kelompok pertama menjadi orang yang mula menguap dan satu kelompok adalah pihak yang menghadapi mereka yang menguap, katanya.

Prof Palagi berkata, sepanjang tempoh kajian, pihaknya mendapati ada 480 kes menguap dengan setiap seorang mula menguap dalam tempoh tiga minit.

Kajian menunjukkan hampir separuh daripada responden yang mudah terjangkit menguap adalah mereka yang kenal satu sama lain seperti keluarga, teman rapat dan orang asing atau baru dikenali.

Faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menularkan tabiat menguap bukanlah kaum, warna kulit, jantina atau usia, tetapi lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka, katanya. - Agensi [sumber]

Hantu Tomyam : mmm patot la bila member aku menguap aku pun terus menguap..rupanya menguap ni boleh berjangkit la..huhu..apa kata korang pulak???



REMAJA 15 TAHUN DIBELASAH KEKASIH




gambar hiasan
KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibelasah kekasihnya sehingga mengakibatkan mukanya berdarah dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat karaoke di sini kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Kejadian berlaku apabila teman lelaki mangsa ternampak mangsa ditegur beberapa kawan lelaki ketika berada dalam pusat karaoke terlibat.

Berang dan cemburu terhadap perlakuan mangsa, suspek bertindak menumbuk, menendang dan kemudiannya menerajang mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka.

Mangsa yang ketakutan kemudiannya melarikan diri ke tingkat bawah pusat hiburan itu sebelum ditemui anggota polis Cawangan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim.

Mangsa berkata, dia hanya mengenali teman lelakinya sehari selepas beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah kepadanya.

“Saya baru sahaja mengenali teman lelaki saya itu dan tidak mengetahui nama sebenarnya. Ketika kejadian, saya berada dalam bilik karaoke dan menyanyi bersama beberapa rakan lain. Kekasih saya kemudiannya menyerang dan mencederakan saya.

“Suspek mengajak beberapa rakannya untuk memukul saya tetapi mereka enggan berbuat demikian sebaliknya hanya melihat saya dibelasah. Dia juga mengugut saya. Kerana tidak tahan ditendang, saya melarikan dari bilik itu,” katanya.

Suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

[sumber]

Hantu tomyam : tu la mudah sangat nak jadi kekasih tanpa berfikir..kan dah kena belasah..bagi perepmpuan di luar sana..hati-hatilah semasa memilih pasangan anda ok..yang lelaki pulak..jangan sesuka-suki hati korang pulak nak buat anak orang macam tu..kena kat adik beradik korang nanti pandai lak nak melenting...



MODEN SANGAT KE AKU??








moden sangat ke aku?
kalau aku masih melihat kejayaan orang lain tapi aku masih seperti dulu

moden sangat ke aku?
kalau aku masih mengikut orang lain tanpa mengetahui apa yang aku ikutkan dari mereka

moden sangat ke aku?
kalau aku berpakaian tapi aku masih tidak menutup apa yang patot aku tutupkan

moden sangat ke aku?
kalau aku masih berperangai dengan perangai seperti golongan yang terdahulu

moden sangat ke aku?
kalau aku masih bertuankan nafsu untuk menentukan masa depan aku

moden sangat ke aku?
kalau aku mempunyai degree dan diploma tapi masih tidak mempunyai ilmu

moden sangat ke aku?
kalau aku mempunyai teknologi yang canggih tapi masih melupakan Al-quran dan Al-sunnah

oh..modennya aku..
tapi..............
apa itu moden?

M-mudah
O-otak
D-ditipu
E-ekoran
N-nafsu

ooooo...ini ke zaman moden???..

berfikirlah sementara kita masih boleh berfikir..
berpesanlah sementara kita boleh berpesan..
dan berkongsilah sementara kita boleh berkongsi..



7 CARA MEMAGAR DIRI DARI ILMU HITAM (SIHIR)




Assalamualaikum semua...


Hantu Tomyam - mungkin aku bukan lah ustaz atau pun tok guru yang mahir dalam bab2 macam ni..tapi  aku ingin berkongsikan info yang boleh membantu kita dari terkena ilmu hitam yang berpunca dari gangguan syaitan.. tapi kita jangan lah terlampau meletak kesalahan ini 100% terhadap syaitan.. kerana ianya juga berpunca daripada kesilapan kita sendiri.. kerana kita tidak mengamalkan apa yang sepatutnya kita lakukan untuk mengelakkan diri kita dari ILMU HITAM.. dengan kesilapan kita ini lah yang membuatkan syaitan mudah untuk menyesatkan kita.. so korang boleh baca info ini untuk korang amalkan.. mudah-mudahan kita terhindar dari ILMU HITAM atau lebih dikenali sebagai SIHIR..

7 CARA MEMAGAR DIRI DARI ILMU HITAM (SIHIR)

Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
[Riwayat al Bukhari]

Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]

Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima (5)

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu"
[Riwayat al Bukhari.]

YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI

[sumber]

Hantu tomyam kata : dan ingatlah Allah juga lah yang berkuasa terhadap sesuatu..



APA YANG TAK BETUL TENTANG GAMBAR NI? #1





Oh bukan gambar yang atas ni la...gambar atas ni hanya persoalan je..
kalau korang nak tahu apa yang tak betul tentang gambar ni..korang boleh tengok gambar tu kat bawah ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
|


ha pe yang korang rasa tak betul tentang gambar ni..???
kalau tengok betul2 memang tak kan nampaknya...lalalalala...

hantu tomyam : mencari benda yang tak betul..huhu



Video Yang Akan Buat kan Anda Memakai Tudung [ Untuk Wanita ]








orang yang memakai tudung tidak semestinya menutup aurat..
dan orang yang menutup aurat sudah tentu dia memakai tudung..

fikirkan lah..menutup aurat bukan la sekadar fesyen..
tapi adalah perintah ALLAH



10 MAYAT DI GUNUNG EVEREST













errkkkk...seram pulak aku tengok..terbatal sudah niat aku nak pegi sana..huhu



KaLau sUKe BoLeh LIKE...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri BusuK