Assalamualaikum semua...
Hantu Tomyam - ok..arini aku nak kongsi sikit pasal adab2 menguap..aku rasa ianya agak penting jugak untuk kita ketahui walaupun ianya tak nampak penting..huhu..bukan makan or belajar je kita perlu beradab..tapi ketika menguap pun kita perlu beradab..dan baru ku tahu makruh bila kita mengangkat suara ketika menguap..oopss..selepas aku tahu benda ni..sekarang aku dah tak menguap macam tu ok..huhu..ni bukan sekadar pesanan orang tua2 tau...
1. Menahan menguap sekadar termampu
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r a., daripada Nabi s.a.w ., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin & membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.
Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya."
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w . yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya."
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad & At-Termizi daripada Nabi s.a .w. katanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin & membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Nabi s.a .w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT membenci mengangkat suara ketika menguap & bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah SWT."
BETULKAN YANG TERBIASA & BIASAKAN YANG BETUL
[sumber]