Assalamualaikum semua...

ha korang percaya tak kat MK ni...percaya la ek..hehehe..

ha MK terjumpa satu artikel pasal entry ni..kejam siot...tanye pun kena cincang..lau kat sini orang yang tanya yang kena ragut..tapi tempat lain orang yang tanaya pulak kena cincang..orang kata malu bertanya sesat jalan..tapi ni lain pulak jadi nya..huhuhu...MK nak kita sana2 layan cerita ni kejap ek....


NEW YORK - Seorang budak lelaki berumur lapan tahun yang sesat semasa berjalan pulang berseorangan di kawasan kejiranan Yahudi di New York, kelmarin, dibunuh dan dicincang seorang lelaki selepas kanak-kanak itu bertanya arah jalan kepada suspek.

Polis menemui bahagian kaki Leiby Kletzy yang berlumuran darah di dalam peti sejuk di rumah suspek manakala anggota badan lain ditemui di dalam tong sampah di kawasan kejiranan berdekatan.
Penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak malang itu mengejutkan komuniti kecil Yahudi ortodoks di Brooklyn kerana kawasan itu dianggap paling selamat dan kerana suspek juga adalah seorang penganut Yahudi ortodoks.

Suspek, Levi Aron, 35, mengaku membunuh Kletzy dengan melemaskan mangsa menggunakan tuala sebelum mencincang badannya selepas panik apabila mengetahui orang ramai sedang mencari kanak-kanak itu.