Assalamualaikum semua....

adui sedih aku tengok..kerana duit sanggup dia buat macam ni..

tapi kerana duit dia jadi kreatif kan..ada pulak idea dia nak buat macam tu untuk dapatkan duit..

apa la nak jadi orang2 kita zaman sekarang ni..semakin hari semakin menjadi-jadi..

bila ditegur melenting..bila tak tegur makin teruk la pulak kan...

kan ada cara lain yang lebih halal nak dapatkan duit..kalau buat macam ni bukan nye berkat..

tu sebab la duit yang kita dapat tu tak pernah rasa cukup walaupun dapat beribu-ribu ringgit sekali pun..

nak tahu kenapa??

sebab duit tu tak de KEBERKATAN..

bila duit yang kita dapat tak dapat keberkatan memang cepat je habis tau..lagi satu duit tu tak tahan lama..harini dapat esok dah habis..

sebelum aku membebel lebih panjang lagi..korang boleh baca berita selanjutnya kat bawah ni..

KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.

Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.

“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.

[sumber]

bagi wanita-wanita diluar sana..jangan la kerana duit kita jadi macam ni..terutama nya student2 yang terdesak nak gunakan duit..

carilah duit yang halal walaupun susah sekali pun..dan jangan la cari duit dengan cara yang mudah tapi tidak halal..

banyak keburukan nya dari mendatangkan kebaikkan..sebab keburukan yang diperolehi akan berpanjangan..

anda fikirkan lah..