Hantu Tomyam : apa ke banggang nya laki..ko dah kantoi dengan awek ko sendiri pasal ko curang..ko pegi belasah pulak awek ko ek..sampai tulang pipi dia patah pulak tu..apa jenis laki la ko ni..

AMARAN!!!: Jangan cari lelaki jenis macam ni..tak de guna punya orang.

Gambar Hiasan

AMPANG- Hanya kerana rahsia kecurangannya terbongkar, seorang lelaki sanggup membelasah teman wanitanya sehingga retak tulang pipi.

Wanita berusia 20-an itu bukan saja cedera akibat diperlakukan sedemikian malah trauma dan terpaksa menerima rawatan di hospital sebelum dibenarkan keluar serta nekad membuat laporan polis kelmari.

Sumber memberitahu mangsa pergi ke rumah teman lelakinya di Pandan Indah, di sini untuk bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu.

"Malangnya, sebaik tiba di rumah teman lelakinya itu, mangsa melihat lelaki berusia 20-an itu bersama seornag wanita lain di dalam rumah.

"Mangsa yang berang dan yakin teman lelakinya itu curang naik angin dan memarahi lelaki terbabit dan bertanyakan mengenai wanita itu", katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terjatuh akibat tindakan ganas lelaki itu terpaksa menahan kesakitan dan bangun semula untuk pulang ke rumahnya di Klang.

"Bagaimanapun, sebaik tiba dirumah, mangsa dikatakan mengalami bengkak muka dan pengsan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan doktor mendapati tulang pipi mangsa retak dan memerlukan rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang.

Selepas lebih seminggu dimasukkan ke wad, mangsa dibenarkan pulang dan membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

sumber : Haraian Metro