harga rokok sebenar hanya 5sen je..

Assalamualaikum semua..

wahai perokok, anda jangan terkejut pulak dengan entri ini..entri ini cerita tentang anda..

ya memang benar..rokok hanya 5 sen sahaja.. tapi bukan sekotak..tapi 5sen untuk sebatang..sungguh murah bukan..

la tak percaya ke??dan masih tak percaya???

jom kita kira sama2...

dengan membayar 50sen untuk sebatang rokok anda telah membelanjakan;

  • 24sen untuk cukai hasil tembakau,
  • 14sen untuk keuntungan pengilang rokok,
  • 5sen untuk peruncit,
  • 1sen untuk keuntungan pemborong / pengedar rokok dan
  • 1sen untuk dinikmati penanam / pengawit tembakau..

so nilai sebenar sebatang rokok hanya 5sen je kan wahai perokok..betul tak MK kira ni??

5sen je harga rokok sebenarnya..rugi tak rugi tak..

tapi anda akan bertambah rugi bila anda menghisap sebatang rokok..eh bukan rugi la..tapi anda telah mendapat hadiah dari sebatang rokok yang anda hisap tu..hadiah nya;

  • 20 kali lebih risiko kanser paru-paru
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung
  • 2 kali lebih berisiko serangan strok dan
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok

tapi yang paling penting sekali anda telah menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda..

anda sayang mereka anda patot berhenti..MK percaya anda mampu berhenti demi orang tersayang....