huh! kecoh sekarang ni pasal 6% cukai yang akan di kenakan terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini..Ha?? khamis ni..adui naik lagi la kos hidup aku ni..baru nak jimat sikit duit ni..nak simpan untuk masa depan aku nanti..tapi semua nya bakal berubah la pulak..hmmm!!

tadi aku terbaca tentang telco berbincang dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tentang cukai 6% ni..katanya nak ditangguhkan..betul ke??ke ayat manis je tu..

"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu..

[sumber]

tapi..........................

fikir-fikir balik..benda ni hanya ditangguhkan je..bukan nya dibatalkan terus..aduiyai..sama je kot..apa bezanya diteruskan dengan ditangguhkan...kalau ditangguhkan lambat laun nanti kena bayar jugak 6% cukai tu kan..kalau dibatalkan baru la aku seronok..huhu..