KUALA BERANG - Pertemuan dengan bekas kekasih membawa kenangan hitam bagi seorang gadis apabila dia dicabul dalam kereta pada 22 Disember kira-kira jam 3.30 petang di tepi jalan Kampung Gerdong, Kuala Berang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, pada hari kejadian, mangsa berumur 19 tahun datang sendiri dengan rela hati berjumpa dengan lelaki terbabit dan masuk ke dalam kereta bagi berbincang serta menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Ketika hendak pulang, lelaki tersebut telah menarik kepala mangsa ke arah badannya sambil meraba buah dadanya tanpa membuka baju dan membuka zip seluar serta memasukkan jari kiri ke dalam kemaluan mangsa.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Langkap, Sungai Tong, Setiu kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan mendapatkan rawatan di Hospital Setiu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pasangan itu dipercayai menjalinkan hubungan sejak lima tahun lalu dan memutuskan hubungan pada Mei 2011 kerana mendapat tentangan daripada keluarga perempuan yang tidak menyukai lelaki berkenaan.

Menurutnya, suspek berumur 23 tahun dari Kampung Felda Belara, Kuala Terengganu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.[sumber]

Hantu Tomyam : ape punya laki..terlebih tengok video lucah la ni..bagus pun perempuan ni tak pilih laki ni jadi suami kan..huhu..lagi satu, tak de tempat lain ke nak bincang..dalam keta juga yang di pilih..huhu..apa pun tak boleh..