SYDNEY - Golongan remaja yang mengalami tekanan lebih cenderung untuk menghantar gambar bogel atau imej berunsur lucah daripada telefon bimbit mereka, menurut kajian baru di Australia yang menggelar fenomena itu sebagai :sexting.:

Penyelidik di Universiti Melbourne, Shelly Walker berkata, kajiannya menunjukkan golongan remaja merasakan mereka perlu :sext: kerana kononnya ia adalah tingkah laku normal dan dapat melepaskan tekanan.

Hasil tinjauan dilakukan Walker terhadap 15 remaja lelaki dan 18 perempuan, berumur 15 hingga 20 tahun mendapati golongan itu mengalami kejutan budaya yang mendedahkan mereka dengan imej seksual secara tanpa had sehingga mencetuskan tekanan, sekali gus menyebabkan golongan tersebut mula terlibat dengan gejala :sexting.:

“Kajian kami menunjukkan sukar untuk mengubah gejala :sexting: dalam kalangan remaja tetapi ia mungkin boleh dibendung jika langkah sewajarnya diambil,” menurutnya lagi.

[sumber : sinar]


huh! ..bahaya sungguh budaya ni beb..aku harap ianya tak kan menular di negara kita yang kebanyakkan nya adalah orang islam..aku harap remaja islam kita akan jauh dari benda2 macam ni....