Assalamualaikum semua..

eh tolong la jangan bagi alasan macam ni..hang kata hang baru habis belajar..bagi la alasan macam orang habis belajar..

jangan la bagi alasan macam budak baru sekolah..aduiyai..tolong lah..tukar la sikit alasan tu..bagi benda tu nampak menarik..


contohnya macam ni..

" ini adalah asignment untuk saya sebelum saya menempuhi alam pekerjaan "

tak pun korang boleh cakap macam ni..

" ini adalah sebahagian daripada research saya tentang peragut..dengan melakukan aktiviti ini ianya dapat membantu saya untuk menyiapkan final year project yang tengah saya buat ni "

ha kan menarik kalau macam tu..silap hari bulan ko boleh lepas beb..lau tak percaya try la..

tapi jangan la bagi alasan macam ni..dah tak sesuai la..

KUALA LUMPUR: "Saya meragut sebab tak ada duit... lagipun saya baru habis belajar," demikian pengakuan salah seorang daripada dua suspek yang ditahan selepas cuba meragut beg seorang wanita di Jalan Sultan Ismail di sini, awal pagi semalam. [ berita selanjut nya ]
ko ingat ko sorang je ke tak de duit..orang buta pun pandai cari duit halal la..

kalau mak ko dengar mesti dia sedih tau..anak dia dah jadi peragut..oh tidak..hancur luluh hati mereka..hmmm malu mak bapa je la ko ni..kalau ko dah takde maruah..tolong la jaga maruah mak bapak ko..mereka masih ada maruah..

tolong la fikir...

pesanan dari MK : tolong la.. jangan pilih jalan hitam untuk kesenangan kita tapi dalam masa yang sama kita memberikan kesusahan kepada orang lain..kejam namanya tu..