Assalamualaikum semua..

ikan keli emas??..biar betul ni..eh2 betul la..ikan keli emas la..

semalam aku ada baca pasal perbezaan ikan keli halal dan ikan keli haram oleh dePalma SP..bagus info tu tau..

tapi pagi ni aku terjumpa pasal ikan keli emas ni pulak kat FB..agak nya minggu ni cerita pasal ikan keli je kot..hehe..

ha ikan keli emas ada kat bawah ni....tengok la..


SUNGAI LIMAU – Seorang petani terkejut apabila ikan keli yang ditangkap menggunakan serkap tidak seperti ikan lain kerana berwarna emas.

Roslin Abdul, 45 berkata, kira-kira jam 3 petang dia ke sawah untuk menangkap ikan, ketika sibuk menangkap dia terlihat seekor ikan keli yang siripnya kebiru-biruan berkilau lalu dia menangkapnya.

“Pada mulanya memang susah, bila saya tangkap dengan serkap, bila saya seluk saja dalam serkap itu tidak ada apa-apa pun, saya terfikir juga mungkin ikan ini berpuaka saya terus mencuba sehinggalah sampai ke tempat yang agak kering, akhirnya saya berjaya menangkapnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, dia bertanyakan hal ikan berkenaan kepada orang tua-tua kampung itu yang berumur 70 hingga 80 tahun namun kebanyakan mereka mengatakan ikan itu istimewa.

“Orang-orang tua di kampung ini berkata sepanjang hidup mereka ini kali pertama mereka melihat seekor keli yang berwarna emas.

sumber : sinar harian

ini hanya sebahagian bukti keagungan Allah di akhir zaman..fikir2 kan la..ini sebagai peringatan kepada hamba nya..

siapa hamba nya???

siapa lagi kalau bukan kita..oo kita ni hamba je..ingat kita hanya HAMBA..

hantu tomyam kata orang yang kreatif adalah orang yang berfikir selepas mendapat ilmu..lalala...