Assalamualaikum semua..

Rasulullah adalah rasul terakhir dimuka bumi ini..tapi sejauh mana kita mengenali beliau..

walaupun beliau tiada lagi di dunia ini dan kita tidak pernah bertemu dengan beliau..tapi kita masih boleh mengenali sifat2 fizikal Rasulullah..

bagaimana caranya??..macam ni..........jom kenali fizikal Rasulullah..


Annas ibnu malik r.a meriwayatkan yang bermaksud :

Postur Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak pendek. kulit beliau tidak terlalu putih dan tidak gelap. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak lurus terurai. Allah swt mengutuskan beliau sebagai rasul ketika memasuki usia yang keempat puluh. beliau tinggal di Mekkah selama sepuluh tahun. Beliau wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh, sementara uban di rambut dan janggut beliau tidak mencapai dua puluh helai..

( Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad )

Al-Bara' ibn Azib meriwayatkan yang bermaksud :

" Postur tubuh rasulullah saw sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bahagian badan diantara kedua bahunya lebar. rambut beliau lebat, hujungnya menyentuh daun telinga bahagian bawah. beliau memiliki baju berwarna merah.saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau.. "

( Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad )

Jabir ibn Samurah r.a meriwayatkan yang bermaksud :

" Mata Rasulullah saw putih kemerah-merahan dan daging tumit beliau sedikit. "

( Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Baghawi, Abu Dawud ath-Thayalisi dan Ahmad )

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan yang bermaksud :

" Gigi depan Rasulullah saw nampak renggang. ketika berbicara, diantara gigi depan beliau itu seperti keluar cahaya. "

( Riwayat Tirmidzi, Bagawi, Darimi, Baihaqi dan Thabrani )

Jabir Ibn Samurah r.a meriwayatkan yang bermaksud :

" saya melihat Rasulullah saw pada sebuah malam yang terang benderang oleh cahaya bulan. beliau mengenakan baju berwarna merah. saya menatap beliau dan memandang bulan. sesungguh nya, beliau lebih indah daripada bulan. "

( Riwayat Tirmidzi, Darimi, Abu syaikh, Hakim dan Thabrani )

Alhamdulillah..selepas mengetahui sifat fizikal rasulullah ini..mudah-mudahan kita akan tertarik untuk mengetahui dan mengenali sifat2 lain yang terdapat pada Rasulullah..

[ sumber : buku tentang keperibadian Muhammad saw ]