Lagi cerita pasal bayi yang dibuang..tapi kali ni lebih menarik..bayi itu ditemani oleh seekor kucing..
mungkin kucing itu lebih mengenali bayi itu lebih dari ibubapa nya..atau pun kucing itu lebih berfikiran dari ibubapa si bayi berkenaan..tak pun kucing itu mempunyai sifat perikemanusian yang lebih berbanding ibubapa si bayi..
banyak betul andaian yang aku buat..huhu..tapi ianya berlaku disini bukan di luar negara tau..
gambar hiasan
PARIT PANJANG – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan atas kerusi di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam. Ketika ditemui, bayi malang berkenaan hanya ditemani seekor kucing.
Penoreh getah, Maimunah Bidin, 55, berkata, dia mendengar tangisan bayi kira-kira jam 12 tengah malam namun tidak mempedulikannya kerana menyangka ia adalah tangisan bayi jirannya yang berusia lapan bulan.
“Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi tangisan bayi itu didengari namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus.
“Bagaimanapun, sewaktu anak saya bersiap-siap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencari sebelum terlihat kaki bayi terjulur keluar dari kain pelikat yang membaluti badannya,” katanya kepada Sinar Harian.
Maimunah yang lebih dikenali sebagai Mak Tam berkata, ketika dia menemui bayi berkenaan, kucing kesayangannya kelihatan tidur di sebuah lagi kerusi, seolah-olah menemani bayi yang tidak berdosa itu.
Kira-kira jam 7.50 pagi semalam, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Panjang membawa bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim. - SH Sungai Petani/ROSNANI SAAD & RIZAL ABDULLAH
[sumber]
hantu tomyam kata : adakah kucing ini berakal??
3 | seDanG MakaN ToMYam


3 KhaYaLan:
-
Vidic
said... @
17 October 2011 at 20:42
-
sumber not found ... what tat means ???
-
KaK LimAh Si SupiR
said... @
18 October 2011 at 00:17
-
kucing p0n lg berperasaan dr makpak dye =_=
*alololo..comeyyyy ny kucing tuu peluk baby tuuu dlm gmbr tuuu ^_^ -
Unknown
said... @
18 October 2011 at 11:49
-
MANUSIA SKRG YG SEMAKIN TAK ADA AKAL...
KaLau sUKe BoLeh LIKE...
Entri BusuK
ToMYam YanG SedaP MinGGu iNi
- SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER
- BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER
- BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?
- Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI
- KEPADA BLOGGER PEREMPUAN: NAK TANYA SIKIT BOLEH??
- BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?
- KAD RAYA FLASH UNTUK BLOGGER
- PERKARA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS RAYA
- KENALI WANITA MELALUI BANTAL
- MANA NI..TAK NAMPAK PUN..KORANG ADA NAMPAK TAK??