assalamualaikum semua..
korang sihat tak??.kalau tak sihat sila bertemu dengan doktor ek..hehe
di kesempatan ini aku nak wish dekat pasukan Selangor kerana masih meneruskan misi ke-33 piala Malaysia..walaupun pada mula nya agak berat untuk ditelan tapi mereka berjaya meneruskan nafas untuk menjulang piala Malaysia..Tahniah aku ucapkan kepada pasukan SELANGOR..
GOOD LUCK!!!!
ok berbalik pada kisah semut ini..korang nak tahu tak kenapa semut ni berhenti sekejap ketika bertemu dengan semut lain..mesti korang tak tahu kan..sebab aku pun baru tahu..hehehe..
ok lah kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal semut ni korang boleh baca kat bawah ni..kajian ni telah dijalankan oleh TC Schneirla. seorang saintis di Universiti New York..
Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.
Dari eksperimen itu Schneirla menyimpulkan bahawa bahan kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan kawannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Kemudian, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) adakah di kawasan sekitarnya ada makanan ataupun ada musuh.
kesimpulannya, Umat Islam pun amat digalakkan bersalam ketika bertemu temannya yang lain. Dengan bersalam biasanya akan bertanya khabar. Dan dengan ini kita boleh mengetahui adanya berita baik atau pun berita buruk..betul tak???
tapi yang malangnya orang kita sekarang ini terutama di bandar yang saling tidak menyapa antara satu sama lain. adakah kita kenal 40 orang jiran di kanan rumah anda, 40 orang di kiri rumah anda, ke depan dan belakang?
bukan setakat orang bandar je..aku ni pun sama jugak..huhu..kadang-kadang 40 orang kat dalam kelas pun aku tak kenal semua..hehehe..
hantu tomyam kata : setiap kejadian perlu diperhatikan..dan setiap yang diperhatikan perlu diambil iktibar sama ada ianya satu pengajaran atau peringatan..fikir-fikirkan lah...=)
sumber