7 Perkara tertolaknya doa dari langit
  • Melakukan amal yang memurkakan Allah SWT dan tidak bertaubat serta tidak menyesalinya.
  • Mengakui sebagai hamba Allah SWT tetapi tidak berlaku sebagai seorang hamba Allah SWT yang patuh kepada majikanNya.
  • Membaca Al-Quran tetapi tidak memerhatikan perintah-perintah dan larangan-larangan yang terkandung di dalam Al-Quran Nul Karim.
  • Mengakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi tidak berminat untuk melakukan sunnah Rasulullah SAW dan masih tetap makan benda yang haram.
  • Mengakui dunia ini tidak bernilai di sisi Allah SWT walau sesayap nyamuk tetapi masih berasa tenteram dan nyaman di dalamnya.
  • Berkata dunia ini akan hilang tetapi sikap yg di tunjukkan seakan-akan kekal selamanya.
  • Mengakui Akhirat lebih baik daripada dunia tetapi tidak bersungguh-sungguh dalam usaha amal Akhirat, bahkan tetap mengutamakan dunia daripada Akhirat.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 612

[sumber]

jangan salahkan sesiapa sekiranya doa kita masih tidak dikabulkan..mungkin masih ada kekurangan yang belum kita sempurna kan..

fikir-fikirkan lah dan hindari lah dari melakukan perkara diatas...