gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dan cukup sifat, ditemui di kawasan pembuangan sampah di Jalan 4/6 Pandan Perdana, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata bayi itu ditemui sekumpulan pekerja sebuah syarikat memungut sampah pada kira-kira 5.30 petang.

"Mayat bayi ditemui dalam keadaan berbungkus dengan baju wanita dan tuala biru muda," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.

Beliau berkata mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

"Temu bual dengan penduduk setempat setakat ini tidak memberi sebarang maklumat lanjut. Bagaimanapun kita sedang mengesan individu yang bertanggungjawab," katanya. - BERNAMA

[sumber]

Astagfirullah hal adzim...

kesian nya kat bayi ni...melampau betul da dorang ni..

ingat bayi ni sampah ke..boleh main buang2 macam tu je..teruk betul la...

bertaubat la...

sebelum ajal mendatang...hmmm...