Burung umumnya tidak dianggap binatang cerdas, sehingga seseorang merendahkan oranglain menyebutnya dengan "Otak Burung". Tetapi suatu hari, saya (Sahar El-Nadi) membaca sebuah ayat dari Quran yang melibatkan burung , yang membuat saya berhenti dan berfikir tentang makna dari sebuah ayat. Berikut adalah petikan ayat tersebut:

"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia orang-orang yang merugi. Kemudian Allah menyuruh seekor gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil:'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal." (Al Maidah : 30-31)

Ini memberi saya petunjuk agar melihat lebih dekat dan mempelajarinya lebih dalam. Jadi saya menganggap perkara ini berkaitan dengan burung gagak kerana ayat ini jelas menunjuk burung ini sebagai mentor bagi manusia, dan jelas menunjukkan bahawa manusia seperti "direndahkan" oleh penyelesaian yang ditunjukkan oleh gagak untuk beberapa masalah kritikal mereka.

Akibatnya, saya bertanya-tanya: Binatang apakah yang paling cerdas setelah manusia? Seperti banyak orang, saya teringat pada ikan lumba-lumba untuk kehormatan itu, tapi setelah pencarian online yang sangat menyenangkan, saya dapati satu kejutan besar.

Pengkajian terbaru menunjukkan calon tidak terduga dari kategori binatang tercerdas adalah Gagak. Yang ternyata binatang inilah yang merupakan binatang super cerdas!



Majalah American Scientific menerbitkan hasil penyelidikan para ilmuwan, Bernd Heinrich danThomas Bugnyar - Vermont University, Kanada dan St Andrews University, Scotland - yang menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa dari gagak.

"Burung ini menggunakan logik untuk memecahkan masalah dan beberapa kemampuannya malah melampaui dari kera besar," kata mereka.

Dalam pergujian ini, gagak diberi tugas yang sangat kompleks yang gagak belum pernah lakukan sebelumnya dan naluri gagak tidak diprogram untuk melakukannya secara semulajadi, namun gagak selalu berjaya mencari kreativiti dan penyelesaian logik untuk menyelesaikan tugas-tugas tersebut.

Yang lebih mengejutkan lagi, gagak melakukannya dengan benar sekali sahaja, setiap kali, tanpa proses trial and error apapun!

Beberapa pergujian menunjukkan bahawa burung gagak yang licik boleh menjadikan binatang lain bekerja untuk gagak, menjadikan binatang lain mencarikan makanan untuk gagak atau minimanya mempermudah gagak.

Bukti lain kecerdasan yang tinggi dari gagak adalah bahawa gagak boleh beradaptasi dengan kawasan yang sangat berbeza, dari padang pasir ke pergunungan. Gagak belajar untuk mencari makanan malah dalam keadaan paling sukar, dan gagak tahu bagaimana dan bila harus menggunakan binatang lain untuk membantu gagak mendapatkan makanan yang gagak tidak boleh mendapatkannya sendiri.

Ketika para penyelidik melihat gagak lulus dari ujian yang sukar, para penyelidik bertanya-tanya apa tujuan semua kecerdasan ini berfungsi, kerana burung lain menjalani hidup dengan baik walaupun dengan kepintaran jauh lebih sedikit..

Mungkinkah gagak memiliki tujuan yang lebih tinggi di alam daripada kehidupan burung yang sederhana, wallahualam...

[sumber]