Assalamualaikum semua...


harini aku nak kongsikan pasal nombor mengenai wanita..korang tahu tak..dengan nombor je kita dapat tentu kan wanita itu adalah terbaik ataupun tidak..

mungkin para wanita diluar sana tak bersetuju dengan benda ni..ye lah.. dengan nombor je kita dapat tahu wanita tu terbaik ataupun tidak kan..

kalau nak tahu wanita tu terbaik atau pun tidak..paling kurang pun kita kena tahu hati budi mereka kan..baru kita boleh tentu kan wanita tu terbaik ataupun tidak..betul tak??


tapi aku tak tipu..adakalanya kita kena bersetuju..lagi2 kalau benda ni datangnya dari kata2 seorang tokoh islam yang terkemuka dalam bidang Matematik iaitu AL-KHAWARIZMI..

sape tak kenal beliau kan..nak tahu apa kata2 beliau mengenai wanita terbaik :

Telah ditanya kepada Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam., mengenai wanita terbaik. Lalu dia menjawab:

"Jika wanita itu solehah (beragama) = 1"

"Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10"

"Jika dia kaya tambah lagi 0 = 100"

"dan jika dia dari keluarga yang baik-baik, tambah lagi 0 = 1000"


"akan tetapi, jika '1' tiada, maka tiada apa pun yang tersisa kepada wanita itu melainkan '0' "

Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara:
Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

[ sumber ]

so..pe kata korang pulak...nak bantah?? atau pun nak sokong??..nak sokong?? atau pun nak bantah??..mmm fikir lah sendiri ek..

p/s: anda perlu befikir dan terus berfikir..selagi anda boleh berfikir..dan berfikir untuk memikirkan yang terbaik di kalangan terbaik..