Gila kreatif...

Salam tahun baru 1433h...

tahun silih berganti..tapi azam tak pernah dicapai lagi..huhu..tahun ni aku nak berazam untuk tunaikan azam aku yang lepas2..ok tak??..

korang macam mana pulak??nak tambah azam lagi atau nak tunaikan azam lama??

ok..kita kembali ke tajuk asal..mana la datang idea dorang yang kreatif ni kan..rajin betul..mana taknya..rokok yang kecik tu dorang buat permaidani..bayangkan dorang nak susun rokok tu..gila rajin...

lepas tu hasil dia..pergh cantik gila..tengok ni...


RICHMOND - Siapa sangka ratusan ribu rokok boleh menghasilkan kerja seni unik seakan menyerupai permaidani bulu harimau.

Seorang artis berpengaruh kelahiran China, Xu Bing, 56, menggunakan kepakarannya menghasilkan permaidani dengan 500,000 batang rokok sebagai simbol perdagangan global selain memberi peringatan mengenai bahaya tabiat tidak sihat itu.

Jurucakap Muzium Virginia tersebut menyatakan projek permaidani Xu Bing itu menggambarkan hasil seni seorang artis kontemporari dan inovatif kerana beliau telah melakukan kajian terhadap pengeluaran tembakau di beberapa negara sebelum ini.

“Beliau telah melawat ladang tembakau, gudang dan kilang rokok sebelum memulakan projek untuk pameran tersebut,” menurut jurucakap muzium itu lagi.

Kurator Jabatan Seni Moden, turut menyatakan pengunjung juga berpeluang untuk melihat buku dicetak menggunakan kotak mancis dalam pameran tersebut.[sumber]

ha..smart kan..dah boleh bagi kat skuad harimau muda dah..hehehe..