Assalamualaikum semua...


astagfirullahalazim...

semakin hari semakin banyak berita pelik yang aku dengar dan yang aku baca..dari peristiwa santai sampai ke peristiwa yang boleh mengegarkan Arash Allah..

ok berdasarkan tajuk entri mesti korang da tahu kan siapa pelaku nya..betul tak??

siapa lagi kalau bukan anak remaja kita kan..sedih aku tengok..sampai surau pun dorang da jadikan syurga untuk dorang melakukan maksiat..sedih tau..mana silapnya ek..=(


ikuti berita selanjut nya disini..

BUKIT MERTAJAM - surau yang terbiar di Kompleks Bukit Mertajam di sini, di salah guna oleh segelintir remaja sebagai syurga untuk melampiaskan nafsu seks mereka.

surau yang terletak di tingkat dua bangunan usang itu menjadi lokasi popular untuk pasangan bercinta memadu kasih.

malah lebih menyedihkan ramai dalam kalangan yang terlibat terdiri daripada remaja dan juga pelajar sekolah.

pekerja di sebuah premis dekat kompleks itu Ramzam Shah Mohd Abu Bakar,36, berkata ada peniaga di situ terserempak dengan pasangan berbogel melakukan hubungan seks di dalam surau berkenaan.

menurutnya keadaan itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu menyebabkan tiada sesiapa dalam kalangan pekerja mahu pun pengunjung naik ke sana.

bukan setakat surau malah kebanyakan kemudahan yang disediakan sudah rosak malah pengunjung juga semakin berkurangan.

kini tinggal kira-kira tujuh peniaga yang kebanyakkan nya mengusahakan kedai jahit, katanya.

[sumber : sinar harian]

walaupun surau itu dah tidak digunakan tapi ianya masih status surau..surau beb..korang bayangkan lah kalau dekat surau pun dorang da berani buat maksiat..eh bukan dekat surau tapi dalam surau ni..adui....

dan kebanyakan nya pelajar sekolah dan remaja..

ADAKAH REMAJA KITA SUDAH SEMAKIN ROSAK ATAU SUDAH BENAR2 ROSAK??

apa punca nya..adakah dari ibubapa??diri sendiri atau pengaruh rakan??

tapi punca utama nya adalah dari pemakanan..pemakanan dan pemakanan..anda fikirkan lah..

hantu tomyam kata : tak boleh nak kata apa dah..lidah sudah kelu..=(