Assalamualaikum semua...
IQ rendah sama dengan otak lembab..IQ rendah juga sama dengan bodoh..biar betol ni...korang semua guna apa..MK tak guna internet explorer (IE)...MK guna Mozilla firefox..so MK punya IQ tinggi la kan..hehehe..ni bukan nya borak kosong tapi ni di buktikan dengan kajian tau..tapi tak tahu la motif sebenar kajian ni apa kan..
tapi kajian ni menyatakan pengguna IE memiliki IQ yang rendah..maybe IE ni lebih mudah digunakan..terlampau banyak function untuk memudahkan pengguna yang tak pandai nak guna browser lain..maybe sebab tu kot dorang cakap pengguna IE ni ada IQ yang rendah..biasa la dorang kan banyak kajian sampai benda macam tu pun dorang boleh simpulkan..hehehe...
motif lain pulak maybe dorang nak jatuhkan IE kot..sebab IE ni Bill Gates yang buat..maybe Bill Gates tak ngam dengan dorang..dorang pun buat la kajian macam ni..hehe..bagi menjatuhkan populariti IE..hoho...apa pun tu semua pendapat MK je..kalau korang tak setuju pun tak pe..hehehe..
nak tahu lebih lagi tentang kajian dorang..baca berita ni...
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.
Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunakannya.
- Agensi
nota Khayalan : ha dengki la tu dengan IE sebab masih popular di kalangan pengguna internet..ish3..motif sebenar tentang kajian internet.html