Assalamualaikum semua..
di zaman yang semakin mencabar dalam dunia islam..dengan isu murtad yang menjadi-jadi di kalangan umat islam..pendekatan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan tiada sebarang kesilapan kandungan Al-Quran dilakukan..KDN mewujudkan pelekat hologram pada Al-Quran yang di lengkapi dengan ciri keselamatan berteknologi tinggi dan nombor bersiri sebagai rujukan..
mm menarik juga pendekatan ini kan..bagi MK, MK tak dapat la nak tahu kandungan Al-Quran ini betul atau pun tidak..tapi dengan cara ini ia lebih selamat kerana telah mendapat kelulusan dari KDN..betul tak???
berita selanjut nye.......
PUTRAJAYA: Umat Islam dinasihatkan hanya membeli al-Quran yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu yang berpelekat hologram bagi memastikan tiada sebarang kesilapan.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Abd Aziz Md Nor, berkata konsep hologram pada al-Quran itu diperkenalkan sejak 1 Ogos lalu yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan.
"Semasa memilih al-Quran, bungkusannya cantik. Tetapi kita tidak tahu betul ke tidak betul. Jadi apabila dilulus KDN dan ada hologram, sah ia dilulus KDN. Jika ada masalah berbangkit, kita akan tengok nombor siri pada hologram.
"Banyak al-Quran di pasaran itu benar (sama ada yang diterbitkan di dalam atau luar negara), tetapi dipasarkan tanpa kebenaran KDN. Kita takut jadi isu lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya semua teks al-Quran yang ingin dicetak, diterbit dan dijual perlu mendapat Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN terlebih dahulu.
Sehubungan itu, beliau berkata pengedar dan pengeluar al-Quran diberi masa sehingga Oktober ini untuk menyertakan pelekat hologram pada Al-Quran yang ingin dijual.
Sehingga kini Abd Aziz berkata, sambutan agak menggalakkan dengan lebih 30,000 pelekat hologram terjual.
Katanya, mereka juga boleh mendapatkan pelekat itu di ibu pejabat Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Putrajaya atau melalui negeri-negeri, kata beliau. - BERNAMA