Assalamualaikum semua..
ha...da lama MK tak update pasal yahudi ni..bukan nak suruh korang ikut cara yahudi ni tapi nak ajak korang berfikir kenapa dan kenapa mereka boleh pintar..Adakah disebabkan mereka sendiri atau kebetulan je..sebelum ni MK ada ceritakan tentang mereka dari segi persiapan awal mereka menyambut kelahiran zuriat dan cara pemakanan mereka..bagi yang belum membaca lagi dua entri ni..boleh la klik disini..YAHUDI: KEBETULAN ATAU MANUSIA SENDIRI dan YAHUDI: KEBETULAN ATAU MANUSIA SENDIRI (2)..
ini entri terakhir dari MK..tapi bukan terakhir untuk belog ni..tapi terakhir bagi cerita tentang yahudi ni..sebelum ni kita baca pasal kasih dan sayang mereka terhadap keturunan mereka..betapa mereka sayang kan keturunan mereka dengan menjaga keturunan mereka sejak dalam kandungan lagi...lepas tu..mereka begitu menitik beratkan tentang pemakanan terhadap anak2 mereka..ADAKAH REMAJA SEKARANG ROSAK DISEBABKAN PEMAKANAN MEREKA???..MK pun tak tahu..sebab tak de kajian lagi tentang benda ni..tapi kemungkinan itu pasti ada kot..betul tak??..
ok kita sambung dengan PENDIDIKAN mereka pulak..
darjah 1 hingga 6
kanak2 Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains..wah!!! kecik2 lagi da belajar pasal perniagaan biar betul..huhuhu..kalau kita "eh budak tu kecik lagi kenapa diajar benda macam tu"..patot la orang kata teknologi Israel dah mendahului 50 tahun kedepan..tapi betul ke??..kemungkinan betul tu ada kot kan..mana tak nya..budak sekolah rendah dorang da ajar macam budak tu sekolah menengah..huhu..kalau sekolah menengah dorang ajar apa la pulak kan???..
ok..sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka..sukan yang menjadi keutamaan mereka adalah memanah, menembak dan berlari..memanah tu kan sunnah Rasulullah??..memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara..wah!!korang tengok..kecik2 lagi da ada persiapan untuk Negara..tapi kita bila ada PLKN da kecoh satu Negara..dorang dari kecik da diajar tau..tak de kecoh pun..jatuhnya empayar melaka adalah disebabkan tentera mereka terdiri daripada tentera upahan tau..ingat tu..mmm fikir la ek...
sekolah tinggi (menengah)
di peringkat sekolah menengah ni pulak dorang ditekankan mempelajari pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk..pelajaran sains lagi??..kalau korang mesti boring kan asyik belajar sains je..tapi dengan sains la kita dapat menguatkan lagi kepercayaan kita tentang kewujudan Allah tau..tak percaya..korang pegi la wat research..hehe..
ok..walaupun kadangkala kelihatan produk dorang ni lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti..mmm menarik gak ni…patot la ciptaan dorang pelik2 kan..ntah2 UFO pun dorang yang buat kan..kita je tak kaji pasal dorang..huhuhu..
ha ni lagi pelik tau..berkaitan fakulti perniagaan dorang..dalam tahun last dorang kena buat satu projek dan hanya akan lulus jika kumpulan dorang memperolehi keuntungan sebanayak $US1juta dan mereka terdiri daripada 10 pelajar setiap kumpulan..korang terperanjat ke???
tapi Itulah kenyataan yang korang kena tahu, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen..ha???yeke???
Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja bukan..). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. . banyak betul duit persatuan dorang..bagi pinjaman tapi tak da faedah..patot la dorang boleh kaya..sebab dorang TAK KEDEKUT..huhuhu..
nak masuk sikit tentang isu murtad ni..isu murtad di kalangan kita pun disebabkan kita sendiri jugak tau..nak tahu kenapa???sebab kita terlampau PENTINGKAN DIRI KITA SEMATA-MATA tanpa ingin untuk maju bersama..apa salah nya kita bantu mereka yang memerlukan..buat apa nak pinggirkan mereka..bila isu murtad dah semakin besar dan merebak baru lah nak kecoh satu negara..ape benda semua ni..adui da macam edisi siasat la pulak..huhu..ini hanya pendapat MK la kan..
kesimpulan nye..untuk menjadi bijak dan pintar bukan nye semudah ABC atau 123 je..tapi memerlukan masa yang panjang dan masa yang lama untuk membentuk kepintaran dan kebijaksanaan itu..tidak hairan lah tokoh2 islam terdahulu begitu hebat..kerana mereka sudah di didik sejak mereka dari kecik lagi..kalau tak silap MK seperti IMAM SYAFIE..kecik2 lagi da hafal Al-Quran..tapi kita..hafal lagu..mm fikir la untuk kebaikan bersama..
nota khayalan : bukan nak suruh korang untuk ikut cara mereka..tapi nak kita sama2 buka minda..sebab islam pun ada cara tersendiri tapi kita yang abaikan cara islam..patot ke??