Assalamualaikum semua...

haritu MK ada buat entry pasal kurma ni kan..ingat lagi tak..tak ingat..ish cepatnya tak ingat..hehe..tapi takpe..kalau korang tak ingat korang boleh baca kat SEJARAH KURMA DAN JENISNYA..

ha lepas da baca baru lah boleh tahu bagaimana nak pilih buah kurma ni..dalam bahasa yang lebih ringkasnya TIPS PILIH KURMA..jangan ingat baju-bajuan je kita kena pilih2 ni..kurma pun ada jugak tau..

antara faktor2 yang perlu kita titik berat kan adalah:
  • pilih kurma yang kulit luarnya KERING dan isinya TEBAL
  • pilih kurma yang TUA atau MATANG, tanda buah kurma matang adalah isinya mudah dlepaskan dari biji.
  • pilih kuran yang bertekstur buahnya LUNAK namun RANUM seperti manisan buah basah.
  • selaput buah kurma LUAR atau KULIT tidak ROSAK. tidak melekat apabila di pegang bagi MEMASTIKAN kurma tidak mempunyai lebihan GULA atau MADU.
  • pilih kurma yang warnanya COKLAT MERAH KEKUNINGAN.
  • pilih yang berbentuk BESAR.
  • buah kurma DIBUNGKUS dengan KEMAS dan BAIK, bukan dalam longgokan keran ianya terdedah kepada debu-debu pasir yang menjejaskan kualiti kurma.

dekat sini MK nak selit kan juga KEGUNAAN LAIN bagi kurma ni..
  • biji benih kurna boleh dijadikan MAKANAN HAIWAN
  • kurma juga boleh MENGHASILKAN MINYAK
  • biji kurma yang dibakar rentung akan menjadi ARANG
  • biji kurma yang dikisar dan digunakan sebagai pra-campuran ke atas KOPI
  • daun yang diproses pulaboleh digunakan sebagai TONGKAT JALAN, PEMYAPU
  • pengeluar utama kurma dunia ialah ARAB SAUDI,IRAQ,IRAN,MESIR,TUNISIA,dan ALGERIA
ok...tu jela info pasal kurma yang MK nak kongsikan dengan korang..lepas ni korang boleh la praktikan macam mana nak pilih buah kurma ni..tak de la main ambil je janji itu kurma kan..hehehe..sekian terima kasih..lalala..