Assalamualaikum semua...
- ini entry sebelum berbuka....
AptiQuant bukan firma penyelidikan????habis yang buat kajian tentang internet explorer tu tak betul la..kira pengguna IE bukan golongan yang mempunyai IQ yang rendah la..dorang bukan bodoh atau dorang bukan lembap mahupun terencat akal???..mmm selamat la MK tak percaya bulat2 dekat entry MK sebelum ni..[pengguna IE memiliki IQ yang rendah]..jadi betol la apa yang difikirkan MK..ada motif yang nak menjatuh kan internet explorer (IE) yang mana IE adalah perisian enjin carian Internet keluaran firma Microsoft yang diasaskan oleh orang kedua terkaya di dunia, Bill Gates....
laman web AptiQuant ni telah menggunakan image dan text yang sama dengan sebuah firma penyelidikan dikenali sebagai Central Test..Pembohongan itu jelas terbukti apabila Computer Business Review (CBR) menerima kenyataan daripada Central Test menyatakan, ia tidak tahu tentang AptiQuant walaupun kedua-dua syarikat memiliki banyak persamaan..ini bermakna ada orang yang telah menipu tentang kajian IE ni..orang itu adalah, seorang jurutera web..jurutera ini telah mengaku melakukan penipuan tersebut kerana dia berasa kecewa dengan IE..
jurutera itu berkata:
"Saya amat kecewa dengan IE kerana cuma satu versi perisian tersebut boleh digunakan pada sesuatu masa untuk menguji laman web dan Saya kemudian menciptakan helah itu untuk meyakinkan orang lain supaya berhenti menggunakan IE"...
pandai betul jurutera ni kan..meyakinkan pengguna internet dengan kajian yang telah di manipulasikan..adakah ini cara terbaru meyakinkan pengguna internet??..bagaimana pulak dengan kajian yang lain??...Adakah telah di manipulasikan juga atau kajian yang itu betul2 benar?? so korang jangan la cepat percaya dengan sumber yang datang dari internet ni...berhati-hati la sebelum mempercayai nya...sebab tak semua benda betul adalah benar...
sumber : kosmo