Assalamualaikum semua..

bila anda hidup pasti anda akan mati..mengingat kematian adalah cara terbaik menjadikan kita lebih sedar dan insaf akan diri kita..sebab kita akan sedar yang kita ni hanya hidup sementara..dan bukan kekal abadi didunia ini..

ingat!!..hidup sementara bukan menghalalkan kita untuk melakukan apa saja didunia ini tanpa berlandaskan ajaran islam..tapi mencari keberkatan didunia dan bekalan untuk digunakan di Akhirat kelak..

begitu juga la kehidupan di dunia ini..yang kuat akan menjadi lemah..yang muda akan menjadi tua..dan bila kita tua pasti jalan pun kita akan mengeletar kan..jadi, bumi kita sedang mengalami fasa yang sama bila kita sudah tua..FASA MENGELETAR..ni bermakna bumi kita sudah semakin tua..dan menunggu ajal yang pasti kunjung tiba..tapi bila???hanya Allah sahaja yang tahu..kita hanya diberi pentunjuk sahaja..

hampir setiap hari kita dengar pasal gempa bumi kan..itu menandakan Allah masih sayang kan kita..kerana sentiasa memberi peringatan kepada sekalian umat manusia..tapi pernah ke kita sayang akan-NYA??..hanya kita je tahu niat masing2..

ni bukti apa yang MK cakap kan tadi......

WASHINGTON: Gempa bumi luar biasa melanda bahagian pantai timur Amerika dan Kanada kelmarin, menggegarkan bangunan dan memaksa pengosongan bangunan pejabat di beberapa bandar dan menangguhkan penerbangan di New York.

Pada masa sama, pihak berkuasa memulakan langkah berjaga-jaga berikutan taufan Irene yang sedang bergerak dari Caribbean dan dijangka membadai wilayah itu hujung minggu ini.

Tiada sebarang laporan kemusnahan teruk atau kecederaan akibat gempa bumi dengan magnitud 5.9 yang dilaporkan Jabatan Geologi Amerika Amerika sebagai berpusat di Mineral, Virginia pada kedalaman satu kilometer.

Tiga menara di Gereja Nasional Washington, kawasan perkuburan negeri untuk beberapa Presiden Amerika Syarikat rosak dan patah, manakala tempat kongres bersidang, US Capitol mengalami kerosakan kecil kelmarin akibat gempa bumi.

Pengarah komunikasi gereja Episcopal, Richard Weinberg, berkata menara pusat setinggi 30 tingkat mengalami kerosakan ketara dengan tiga corak bunga lili pecah dan jatuh.

Gereja Nasional dengan berat 150,000 tan dan dibina menggunakan batu kapur dan mengambil masa 83 tahun untuk disiapkan adalah puncak yang tertinggi di Washington.

Kakitangan Pentagon dan US Capitol diarah mengosongkan bangunan. Pekerja pejabat yang panik keluar ke jalan di bandar itu selepas waktu makan tengah hari yang menyebabkan peralatan pejabat jatuh dari rak serta tempat penyimpanan.

“Kami dapat berasa gegarannya,” kata Larry Beach yang bekerja di Agensi Perkembangan Antarabangsa Amerika Syarikat di pinggir Washington, yang terletak kira-kira 133 kilometer dari pusat gempa.

LIMA: Gempa bumi kuat 7.0 magnitud menggegarkan timur Peru hari ini dengan gegaran dapat dirasakan 480 kilometer (km) dari bandar Lima serta negara jiran, Ecuador dan Brazil.

Ahli Seismologi dari Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa bumi di 80 kilometer dari selatan Pucallpa, sebuah bandar terpencil pemisah antara pergunungan Andes dan hutan Amazon dengan kedalaman 145 kilometer dari aras bawah tanah.

Belum ada laporan kerosakan atau kecederaan direkodkan dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada tsunami berlaku selepas gempa bumi itu. - AFP

SYDNEY: Gempa kuat berukuran 6.2 magnitud melanda pantai Kepulauan Selatan Pasifik Vanuatu awal pagi ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa melanda di kedalaman 10 kilometer di sekitar 77 kilometer di barat laut ibu negara, Port Vila.
Ia berikutan beberapa gempa susulan berdekatan kepulauan itu beberapa hari lalu termasuk gempa berukuran 7.5 mangnitud, Ahad lalu. - AFP


kita patot bersyukur menjadi rakyat Malaysia..kerana kita jarang di uji dengan bencana sebegini..gempa bumi dan gunung berapi memang jauh sekali..kalau ada pun hanya sekadar getaran kecil sahaja..berbanding yang di alami oleh mereka..tapi jangan menduga kekuasaan Allah..kerana Allah mampu melakukan benda yang diluar jangkaan kita..

ingatlah..bersyukur dan bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita..dan jangan lalai dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita..kerana ia akan mengundang bencana disebabkan kita sendiri..